Cara Untuk Blogger Malaysia Buat Duit Melalui 6 Syarikat Pengiklanan

Cara Untuk Blogger Buat Duit Melalui Pengiklanan Dan Program Affiliate Ramai juga yang masih mencari-cari cara terbaik buat duit dengan blog. Bagi mereka yang ada blog, rugi dibiarkan blog begitu sahaja tanpa ada inisiatif untuk dapatkan hasil daripadanya. Ramai blogger yang dah dapat rasa hasil buat duit dengan blog ini dengan menerima bayaran sama ada dalam bentuk MYR atau USD, termasuklah aku sendiri.

Bermacam-macam jenis platorm pengiklanan yang ada di Malaysia atau luar negara yang boleh digunakan oleh blogger untuk mendapat pendapatan yang lebih. Nak berharap pada gaji sahaja memang sangat tak cukup. Hari ni gaji masuk, esok lusa dah nak habis bayar hutang sana sini. Untuk pengetahuan, hasil dari pengiklanan Adsense sahaja aku dah boleh guna untuk bayar hutang bulanan kereta. 

BUAT DUIT MELALUI SYARIKAT PENGIKLANAN

Cara yang paling mudah untuk buat duit dengan blog ialah melalui syarikat pengiklanan. Antara syarikat pengiklanan yang biasa digunakan oleh blogger ialah Nuffnang, Adsense, Innity, H12 Media, Genie, Adnow dan sebagainya. Hanya perlu mendaftar akaun secara percuma dan meletakkan kod iklan di blog. Pendapatan akan dijana bagi setiap pageview yang terhasil atau jumlah iklan yang diklik. Minima untuk cashout income bergantung pada syarikat pengiklanan dan ia boleh terus masuk ke akaun bank (wire transfer), terima melalui cek atau masuk melalui Paypal.

JENIS-JENIS SYARIKAT PENGIKLANAN

NUFFNANG
Antara medium pengiklanan yang banyak digunakan di Malaysia terutamanya blogger baru dalam menjana pendapatan secara online. Earning yang terhasil melalui CPUV dan CPC dan ianya dibayar dalam bentuk MYR. Syarat untuk daftar akaun Nuffnang adalah terbuka kepada semua blogger tanpa mengira jumlah pageview dan unique visitor sama ada tinggi atau rendah. Walaubagaimanapun, trafik blog adalah penting sebab walaupun blog anda mendapat kempen CPUV tetapi trafik sikit, jadi earning yang dapat pun sikit. Untuk mendaftar, boleh ke Cara Daftar Dengan Nuffnang 

Earning yang dapat dari Nuffnang

ADSENSE
Syarat nak daftar Adsense ni tak seketat syarat nak daftar Innity. Kalau Innity, syarat utama untuk daftar pageview dan unique visitor mestilah menepati kriteria yang telah ditetapkan. Yang menariknya Adsense ini, ianya tak ada tetapan minimum untuk pageview dan unique visitor. Maksudnya kalau blog anda UV 50-100 setiap hari pun tak ada masalah untuk daftar. Tetapi untuk nak dapatkan earning tinggi, trafik mestilah tinggi jugak. Walaupun trafik blog tak ditekankan, tapi ada syarat lain yang mesti dipatuhi. Setiap earning yang terhasil akan dibayar dalam bentuk USD. Baca disini langkah-langkah untuk mendaftar dengan Cara Daftar Google Adsense Di Blog

Earning yang dapat dari Google Adsense

H12 MEDIA
H12 Media merupakan platform buat duit yang dikira masyuk jugak untuk blogger baru dan lama. Tak kisah la sama ada trafik blog anda slow macam siput sedut, dengan H12 Media, anda masih berpeluang untuk menjana untuk menjana wang dalam USD. Sekiranya anda menulis blog secara konsisten serta mendapat ramai pelawat setiap hari, mungkin anda boleh menggunakan kesempatan itu dengan meletakkan iklan daripada H12 Media. Kalau berminat untuk daftar dengan H12 Media, boleh klik disini Cara Daftar Dengan H12 Media Advertising 

Earning yang dapat dari H12 Media

ADNOW
Merupakan platform pengiklanan yang terbaru untuk buat duit dalam USD. Seperti medium pengiklanan yang lain, anda yang perlu daftar dan letak iklan di dalam blog apabila blog sudah di-approve. Yang menariknya earning meningkat dengan cepat. Jika berminat, boleh daftar akaun pengiklan Adnow disini Cara Daftar Dengan Iklan Adnow.

Tekan cara datar dengan iklan adnow dan klik join

INNITY
Memerlukan pageview sebanyak 200,000 dan 40,000 unique visitor setiap bulan jika berminat untuk mendaftar dengan syarikat pengiklanan ini. Selain itu, ada juga syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi bagi memastikan trafik yang diterima itu valid. Setiap earning yang terhasil akan dibayar dalam MYR iaitu Ringgit Malaysia. Kelebihan Innity ialah bayaran yang mahal untuk setiap klik dan view tetapi iklan tak keluar sepanjang masa. Untuk mendaftar dengan medium pengiklanan ini, boleh layari Cara Daftar Dengan Iklan Innity 

GENIEE
Merupakan sebuah syarikat pengiklanan dari Jepun yang agak popular di Malaysia. Dibayar dalam USD. Sesuai untuk blog yang mempunyai unique visitor yang tinggi kerana earning diperolehi melalui CPM. Mudah cakap, semakin tinggi unique visitor, semakin tinggi earning yang kita akan dapat. Kelebihan Geniee ialah iklan sentiasa nampak dan boleh letak maksimum 6 iklan di satu blog. Kalau nak daftar, boleh sign up kat sini Cara Daftar Dengan Iklan Geniee

Cara Untuk Blogger Malaysia Buat Duit Melalui 6 Syarikat Pengiklanan Cara Untuk Blogger Malaysia Buat Duit Melalui 6 Syarikat Pengiklanan Reviewed by Nick Nashram on 21:49:00 Rating: 5

12 comments:

  1. innity paling terbaik so far. geniee tu mula2 ok, then lama2 susah pulak earning dia naik.

    ReplyDelete
  2. Sekarang dok guna nuffnang yang siput tuh jer.belum beralih lagi sebab tak tahu nak guna yang mana..nak guna innity confirm2 tak lepas T__T..mampu nangis kat bucu katil jer..haha

    ReplyDelete
  3. adnow tu okay ke nick, setakad ni kak ana masih dengan nuffnang, innity tu macam payah nak capai target uv tu sebab ada masanya trafik ni bermusim ikut entri , tq so much atas info2 ni :)

    ReplyDelete
  4. Nak try laa guna salah satu :D

    ReplyDelete
  5. tksh infonya boleh juga dicuba...harapkan nuffnang pun xberapa lepas.

    ReplyDelete
  6. setia sangat dengan nuffnang .. hahaha. harap2 kesetiaan aku terbalas laaaa...

    ReplyDelete
  7. Perhh hebat juga tuan punya blog dpt income melalui blog ni...Boleh jadi tunjuk ajarku sifu la lepas ni...bagi tip2 yang menarik... :-D

    ReplyDelete
  8. nice tips nik.. boleh cuba bg org yg ada UV tinggi. setakat ni nuff masih lg ok :)

    ReplyDelete
  9. baru tau pasal adnow ... thanks .

    ReplyDelete
  10. Baru daftar Geniee, dah ada akaun tu mcm mana nak letak iklan eh dlm blog?

    ReplyDelete
  11. buat duit dengan www.kakigosip.biz ...adsense dan nuffnang alternative

    ReplyDelete
  12. tapi adsense bukan ke hanya ambil blog berbahasa inggeris admin?.
    Saya dak putus asa buat blog dan hanya kerja online sekarang. siapa kata kerja online tak wujud. ingin kongsi jika admin tak keberatan.

    [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.