Analisis Prestasi Blog Sepanjang Tahun 2015

Analisis Prestasi Blog Sepanjang Tahun 2015 l Ini adalah entri yang selamat tinggal 2015 yang mana dalam entri ini aku nak kongsikan jatuh bangun blog ini selama 3 tahun bertapak dalam dunia blog. Mungkin ramai lagi yang tak kenal dengan blogger Nick Nashram. Secara keseluruhan, analisis prestasi blog ini sepanjang tahun 2015 adalah baik tapi masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. 


TRAFIK BLOG
Mengikut analisis dari blogger statistik dan pageview, blog ini mencatatkan trafik yang baik dengan purata PV setiap hari antara 5000-6000. Kutipan PV blog setiap bulan melebihi 170,000. Berdasarkan kiraan PV harian dan bulanan sepanjang 2015, PV blog ini telah menghampiri 4 juta. 

Banyak faktor yang menyebabkan prestasi blog dikategorikan tidak memberangsangkan pada 2015. Sebelum ini, entri-entri mengenai download movie merupakan penyumbang trafik terbesar dimana view untuk entri-entri tersebut adalah 100,000 view dan PV harian antara 8000-10,000. Tetapi disebabkan ianya menyalahi polisi pengiklanan Google Adsense, entri-entri tersebut terpaksa di buang. Baca entri Cara Daftar Google Adsense Di Blog Bahasa Melayu

Yang kedua disebabkan mood untuk bloging yang tidak konsisten. Memiliki kerjaya tetap, memang susah untuk bahagikan masa antara blog dan kerjaya. Kadang-kadang 1 dan 2 entri sahaja ditulis setiap bulan. Bila sibuk, nak menulis pun tak ada idea. Blog ni pun pernah ditutup buat sementara waktu kerana masalah coding.


INCOME YANG DAPAT DARI BLOG
Boleh dikatakan hampir beribu jugak hasil sampingan yang dapat melalui blog pada tahun 2015. Pendapatan bukan dijana melalui satu sumber sahaja, tetapi melalui pelbagai cara. Boleh baca entri Cara Untuk Blogger Malaysia Buat Duit. Dari segi pengiklanan, blog ini berfokuskan pada pengiklanan Nuffnang, Adsense dan H12, yang mana masing-masing dibayar dalam RM dan USD. 

Income Nuffnang masih belum mencapai tahap setiap bulan boleh cashout. Biasanya dalam 3 bulan sekali cashout dengan pendapatan mencecah RM300. Sekarang ni diletakkan sekali dengan iklan Adsense. Masa trafik mencecah 10,000 sehari, pernah beberapa kali earning dari Adsense mencecah USD 10.00 sehari. Bayangkan kalau berterusan selama sebulan..kayolah den.

Bukan setakat itu sahaja, hasil dari advertorial (KLIK SINI) juga menyumbang income kepada blog ini. Untuk 2016, fokus utama untuk tambah pendapatan ialah dengan penulisan advertorial. Salah satu daripada review produk yang ditulis, hasil yang aku dapat melebihi RM2000. Berbaloi fokus pada advertorial.


SEO DAN JUMLAH FOLLOWERS
Secara ringkasnya, masih banyak lagi tips SEO yang aku kena belajar. Untuk blogger baru, aku galakkan korang belajar tips SEO tentang keywords dalam entri, keywords dalam gambar, inbound dan outbound link, H2tag, categories, tags dan juga meta description. Nampak biasa tapi tips SEO ni membolehkan entri korang hebat di mata enjin carian.

Jumlah follower Google Friend Connect lebih kurang 1870 followers manakala jumlah follower Google+ ialah seramai 779 followers. Sebenarnya jumlah follower Google Friend Connect dah mencecah 2000 tapi jumlah ini berkurangan menjadi 1870 kerana Google dah buang mereka yang follow blog kita dengan sign in melalui Twitter, Yahoo,Orkut dan OpenId yang lain. Hanya mereka yang follow blog kita dan sign in melalui akaun Google sahaja yang dikira. Baca entri ini Cara Nak Tambah Follower Blog Dengan Mudah

So, prestasi blog anda macam mana?

Analisis Prestasi Blog Sepanjang Tahun 2015 Analisis Prestasi Blog Sepanjang Tahun 2015 Reviewed by Nick Nashram on 12:22:00 Rating: 5

4 comments:

  1. tahniah abang. i will always support you. u are always in my prayers. :)

    ReplyDelete
  2. Assalam Cikgu Nik,
    Hebat juga trafik dan income blog ni. Tahniah! InsyaAllah...semoga tahun 2016 akan lebih berjaya.
    Cuba beralih kpd https:// kerana google pandang lebih pada https berbanding http mulai tahun hadapan. Blog blogspot ada kelebihan ini!
    Namun ada masalah apabila semua link http yg ada dalam html turut terpaksa guna https agar ianya berfungsi...

    ReplyDelete
  3. Tahniah prestasi blog yg sgt baik...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.