8 Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan : Girlfiend/ Isteri / Ibu

9 Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan : Girlfiend/ Isteri / Ibu l Pening kepala nak pilih hadiah untuk ulang tahun perkahwinan atau hari jadi girlfriend/isteri/ibu? Nak tahu apa hadiah yang perempuan suka?

Biasanya lelaki kurang sikit pengetahuan bila nak bagi hadiah kepada isteri atau girlfriend dia. Silap beli hadiah takut merajuk pulak perempuan. Maklumlah, perempuan kan cerewet sikit bab-bab hadiah ni. Kalau korang tanya aku hadiah yang paling sesuai untuk diberikan kepada perempuan, aku dah senaraikan 8 hadiah hari jadi yang boleh diberikan kepada pasangan korang.



BARANG KEMAS
Bila sebut barang kemas ni, 99.9% perempuan suka dengan emas.Untuk dijadikan sebagai hadiah hari jadi memang sesuai sangat la. Nak bagi cincin emas ke, rantai leher atau gelang tangan emas ke..ikut kemampuan masing-masing. Kalau rasa tak cukup dengan bajet, boleh beli cincin silver atau cincin couple. Tapi dinasihatkan tidak bawa pasangan ke kedai emas. Bayangkan korang dah pilih cincin yang bagi korang dah cantik dan sesuai dengan bajet. Bila pandang dia, tengok duk jeling-jeling cincin lain..kekeke. Tapi kalau nak beli untuk ibu kenalah special sikit. 

TEDDY BEAR 
Betul tak kalau aku cakap perempuan dari kecik dibesarkan dengan anak patung. Sampai dah besar pun teddy bear masih lagi jadi teman mereka di bilik tidur. Bagi mereka, teddy bear dapat mententeramkan mereka terutamanya bila sedih, takut, sunyi dan PMS. Satu lagi sebab teddy bear sesuai dijadikan hadiah kerana teddy bear ni gebu, gemuk dan perutnya buncit..memang sedap untuk dipeluk. Kalau gaduh pun, teddy bear boleh jadi tempat perempuan untuk melepaskan geram dan marah. Selamat korang!

BUNGA 
Perempuan mana yang tidak sukakan bunga? Lelaki kalau nak bagi bunga sebagai hadiah hari jadi kena tahu beberapa perkara. Antaranya jenis bunga kesukaan pasangan korang, dia alergik ke tak dan warna serta bilangan kuntum disebaliknya. Contoh korang nak bagi bunga ros.

Bunga Ros Merah : korang cinta dia setulus hati.
Bunga Ros Kuning : korang nak jadi kawan dia.
Bunga Ros Putih : cinta korang tu cinta sejati..sesuci ros putih itu.
Bunga Ros Merah Jambu : korang adalah cinta pertama si dia.


Semua sedia maklum yang bunga fresh ni memang mahal harganya. Kalau nak beli banyak kuntum, kena belanja lebih sikit. So untuk menjimatkan kos, korang bagi je 3 kuntum bunga yang bermaksud I Love You :)

PERFUME 
Perempuan memang suka bau-bau yang wangi ni. Tapi jangan tersalah bagi perfume khas untuk lelaki pulak. Walaupun wangi bagi lelaki tapi kadang-kadang tu busuk bagi perempuan. So, kenalah tahu jenis wangian atau jenama yang perempuan suka. Antara jenis perfume untuk wanita seperti Dolce & Gabbana Light Blue, Burberry Brit, Euphoria by Calvin Klein, Daisy by Marc Jacobs, Princess by Vera Wang, Far Away by Avon, Pleasures by Estee Lauder, Fantasy And Midnight Fantasy by Britney Spears dan banyak lagi. Korang search la sendiri.

JAM TANGAN
Jam tangan pun boleh dijadikan hadiah hari jadi sebagai tanda kasih sayang kepada pasangan korang. Macam-macam style jam yang ada sekarang. Kalau perempuan yang jenis suka bergaya, boleh beli jam tangan yang jenis fashion atau casual watches. Yang suka sport, boleh beli jam tangan Nike atau Adidas. Nak jimat boleh beli jam tangan couple. Bajet lebih kurang RM100 ke bawah rasanya. Hadiahkan jam tangan ni penting tau. Bila dia tengok masa terbayang muka korang. 

BANTAL CUSTOM MADE
Bantal custom made ni special sikit kerana kita boleh request nak bentuk macam mana dan tulis apa. Nak letak gambar korang sekali pun boleh. Jadi, bila peluk bantal tu, aura tu boleh membuatkan kita ingat kat pasangan masing-masing bila berjauhan. Memang comel dan sesuai sangat la kalau nak hadiahkan kat girlfriend atau isteri.

KASUT
Kalau nak jadikan kasut hadiah hari jadi, kena tahu saiz kaki dia. Nak suprisekan dia korang curi sebelah kasut dia dan cuba ukur. Tapi kalau nak mudahkan kerja korang, bawak je dia ke kedai kasut dan suruh dia pilih mana yang berkenan. Kalau dia pilih yang mahal, berhuhu lah korang jawabnya. Duit korang kan banyak..hehe. Jangan risau, hadiah kasut perempuan mesti suka punye. 

BAJU,TUDUNG ATAU HANDBAG
Contoh baju yang boleh dihadiahkan mungkin dress,blouse,jubah dan sebagainya. Nak bagi nampak elok, hadiahkan sekali dengan tudung, bagi pasangan yang bertudung. Sekarang ni macam-macam jenis gaya tudung yang ada, boleh dibeli di pasar raya atau secara online. Kalau rasa nak keluar dating pakai baju yang sama, korang boleh beli baju t-shirt couple. Lagi satu jangan dilupakan handbag tu. Serius aku cakap, kebanyakan perempuan nak handbag yang sederhana besar sebab segala barang dia nak letak dalam handbag tu.

8 Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan : Girlfiend/ Isteri / Ibu 8 Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan : Girlfiend/ Isteri / Ibu Reviewed by Nick Nashram on 19:29:00 Rating: 5

11 comments:

  1. Allhamdulillah.... dulu suka semua ni, skang dah ak fikir sangat... hikhik

    ReplyDelete
  2. hahaha..
    benda yang paling perempuan suka ialah dapatkan perhatian daripada pasangan dia sebenarnya. cukuplah pasangan dia selalu ada dengan dia dalam semua keadaan..

    Hadiah2 yang kat atas tu sampingan ja tu.. :D

    ReplyDelete
  3. berilah hadiah setakat kemampuan...

    ReplyDelete
  4. betul dah list tu Nick, kak ana ada anak perempuan dua orang ni kan, setiap tahun birthday benda-benda ni lah duk pusing-pusing balik hihi :)

    ReplyDelete
  5. hehehe...bertuah la sape jd isteri tuan blog....pndai cr hadiah....

    ReplyDelete
  6. bagi gift telekung siti khadijah pun ok gak...cantik2 telekungnya.

    ReplyDelete
  7. dapat kek 1 slice pun okay dah :) haha

    ReplyDelete
  8. kalau sapa yang cari hadiah untuk couple2 , adik beradik boleh tengok www.facebook.com/tawafjam / jamtawafofficial.blogspot.com / whatsapp 01126602100 . ada jual jam tawaf huhu

    ReplyDelete
  9. 📐3 hari lgi birthday aku sendiri . Then nk beli untuk diri sendiri pon jdi la. Janji puas.✋

    ReplyDelete
  10. hadiah yg mampu je la...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.