Trend Baru Penjenayah : Tunggu Mangsa Dalam Rumah

Kes pembunuhan kerani sekolah agama di Muar,Johor baru-baru ini menunjukkan penjenayah zaman sekarang ni dah guna cara baru untuk masuk dalam rumah. Tak jauh pun dari tempat aku. Mangsa ditemui mati terbaring di depan pintu bilik dipercayai akibat dijerut menggunakan tali pengikat langsir. Yang peliknya tak ada kesan pecah rumah. 

Kalau dulu, penjenayah ni tak berani nak masuk rumah kalau tuan rumah ada kat dalam. Kalau masuk jugak memang cari nahas la jawabnya. Zaman sekarang, selamba je diorang masuk mencuri,sama ada dengan cungkil pintu, masuk melalui bumbung rumah atau masuk ikut pintu depan. Jika tuan rumah melawan, teruk dibelasah dengan pisau dan parang.


TIPS ELAKKAN DARI JADI MANGSA PENJENAYAH 

1. Cuba elakkan terutamanya wanita pulang rumah sorang-sorang pada waktu malam.

2. Jangan naik kereta orang tak kenal..kalau dia tanya cakap je tengah tunggu suami datang walaupun korang single lagi.

3. Kunci rumah dengan guna padlock yang mahal..jangan berkira sangat dengan duit nak beli padlock mahal.

4. Jangan update status yang konon-kononnya duk sorang je kat rumah dan siap share lokasi lagi di Facebook.

5. Pintu rumah jangan bukak macam buat "open house". Tu memang nak suruh perompak masuk. Kunci grill rumah kalau tak keluar.

6. Jangan duk kenyit-kenyit mata dengan warga negara asing, tak kiralah hensem sekalipun..bahaya.

7. Jangan pakai seksi dan ketat bila keluar rumah kalau tak nak tetamu tak diundang ikut balik nanti.

8. Sediakan sekurang-kurangnya alat yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri seperti kayu,besi,pisau di tempat tidur.

9. Amalkan baca surah-surah pelindung seperti Surah Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas,Surah Al-Falaq,Surah An-Nas), ayat kursi dan ayat 1 hingga ayat 9 Surah Yasin. Baca jugak doa-doa tertentu sebagai pelindung diri, keluarga dan harta benda. 

10. Pastikan nombor telefon bilik gerakan polis daerah atau berhampiran tempat tinggal disimpan. Dan juga nombor telefon jiran sebelah, sebab apa-apa berlaku jiran akan tolong dulu.

11. Letak kunci kereta di tepi katil semasa hendak tidur dan kunci pintu bilik. Kalau dengar bunyi bising kat luar waktu malam, tekan alarm kereta sehingga penjenayah tu lari.

ANTARA KES- KES PECAH RUMAH

Seorang warga emas, ibu tunggal mangsa pecah rumah yang trauma dirompak pendatang Indonesia di Pagoh. Dalam keadaan terketar-ketar beliau mohon untuk meninggalkan rumahnya, keluar dari desa itu kerana ketakutan. Dalam tahun yang sama 2 kali beliau dirompak. Habis semua wang simpanan dan barang kemasnya.

Seorang ayah di Segamat memaklumkan terpaksa mengalah walaupun beliau mampu menumpaskan penjenayah apabila isterinya pengsan melihat parang tajam di leher anaknya. Beliau yang juga seorang peraih kampung terpaksa menyerahkan semua wang tunai melebihi RM30,000 dan barang kemas keluarganya demi keselamatan anak-anaknya. Suspek juga pendatang Indonesia.

Inilah fenomena semasa di mana-mana. Doa selamat untuk semua.

Post a Comment

4 Comments

  1. Mintak jauh la semua ini..seram plak maen tunggu2 dalam rumah. nasib baik ade no jiran kalau takde entah apa nak buat..sebab tuh pentingnya kenal jiran tetangga jangan MYOB sangat..kalau jadi macam nih sape nak tolong kan..thank you for the tips :)

    ReplyDelete
  2. assalam...jenayah la ni boleh berlaku dimana saja n amat menakutkan kita..moga Allah melindungi kita drpd sebarang gangguan musibah yg xdiingini..

    ReplyDelete
  3. zaman sekarang manusia semakin kejam, mungkin kerana desakkan kehidupan...ntah la...keselamatan pown mcm xterjamin...thanks yea atas igtan...

    ReplyDelete
  4. seramnya ... mintak dijauhkan dari diri kita semua ...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.