Cara Daftar Google Adsense Di Blog Bahasa Melayu : Earning Terkumpul RM 1000

Cara Nak Daftar Google Adsense Di Blog Bahasa Melayu l Sebenarnya syarat nak daftar Adsense ni tak seketat syarat nak daftar Innity. Kalau Innity, syarat utama untuk daftar UV kena setinggi langit baru dipertimbangkan. Yang menariknya Adsense ini, ia tak ada tetapan minimum untuk UV/PV. Maksudnya kalau blog korang UV 50-100 setiap hari pun tak ada masalah untuk daftar. Walaupun trafik blog tak ditekankan, tapi ada syarat lain yang korang kena follow.

Masa mula-mula apply Google Adsense, 3 kali aku permohonan aku tak lulus disebabkan unsupported language. Masa tu Adsense hanya meluluskan blog yang kandungannya dalam bahasa inggeris dan bahasa indonesia sahaja. Bila Adsense dah menerima kandungan bahasa Melayu, apply sekali je terus diterima. Haaa..kalau nak tambah income selain dari Nuffnang, Adsense adalah yang terbaik. Tengok income yang diperolehi dari blog aku setakat ini melalui Nuffnang dan Adsense. 



Hasil Adsense $200 x 4.26 = RM 851.76. Hasil Nuffnang RM 203.69. So, earning yang terkumpul setakat ini ialah RM 1000. Adsense tu ambil masa 4 bulan. Berminat nak daftar Adsense tak?

SAYA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK APPLY ADSENSE?

Syarat nak apply Google Adsense mudah je. Antaranya pastikan blog korang :
  • Ada Google akaun iaitu Gmail. 
  • Kandungan blog yang ditulis mesti original, no copy paste.
  • Artikel mestilah ditulis dalam linkungan 500-800 patah perkataan.
  • Perlu ada sekurang-kurangnya 25 post yang berkualiti dalam blog.
  • Blog telah berusia 6 bulan.
  • Kandungan blog tidak mengandungi entri lucah.
  • Tak ada Non Google Ads dalam blog seperti Infolinks, BuySellAds, Clicksor, Chitika, Amazon Associates, Media.net etc.
  • Template blog mestilah nampak kemas, bersih dan profesional.
  • Ada pages Disclaimer, About Me dan Contact macam kat navigation bar atas tu.

  • CARA UNTUK DAFTAR GOOGLE ADSENSE
1.Pergi ke Dashboard dan pilih option Earnings.

2. Kemudian, akan keluar halaman macam di bawah ini. Tekan Sign Up for Adsense. Jika bilangan posts entri dan juga usia blog tidak mencukupi, butang Sign Up for Adsense akan disable .


3. Bila dah tekan Sign Up for Adsense, korang akan dibawa ke paparan di bawah ini. Kalau rasa tak faham bahasa inggeris boleh tukar ke bahasa melayu di Change Language.  Tekan Yes, proceed to Google Account sign in (maksudnya nak daftar Adsense menggunakan akaun Google blog korang). Kalau nak tukar kepada akaun Google lain, klik No, create a new Google Account. 


4. Seterusnya, korang dikehendaki memasukkan URL website/blog di I will show ads on dan pilih jenis bahasa yang digunakan di website/blog korang tu di Content language


5. Langkah terakhir ialah ialah mengisi maklumat peribadi. Pastikan Paye name ( which is the name of the person who will be paid) sama dengan nama di akaun bank korang.


Dan klik butang send. Akan keluar arahan seperti dibawah. 

Your Adsense account is awaiting approval.

Selepas dihantar, pihak Adsense akan buat review terlebih dahulu sama ada website/blog korang menepati syarat yang ditetapkan atau tidak. Email kelulusan akan dihantar sekiranya blog korang lulus tapisan pertama dan korang dikehendaki letakkan kod html Adsense ke dalam blog.



6. Selepas letak kod html, yang keluar hanya blank space sahaja. Korang kena tunggu kelulusan tapisan kedua supaya iklan yang betul keluar di blog. Pihak Adsense akan menghantar email seperti dibawah untuk memaklumkan iklan Adsense dah diluluskan.



Maksimum iklan Adsense yang korang boleh letak ialah 3 content ads + 3 link ads + 2 search ads. Contoh boleh tengok di blog aku. Jangan letak lebih dari tu takut nanti kena banned kecuali korang ni Premium Adsense Publishers. Jom buat duit dengan Adsense...masyukkk :)

Cara Daftar Google Adsense Di Blog Bahasa Melayu : Earning Terkumpul RM 1000 Cara Daftar Google Adsense Di Blog Bahasa Melayu : Earning Terkumpul RM 1000 Reviewed by Nick Nashram on 11:30:00 Rating: 5

10 comments:

  1. ASSALAM...TENGOK EARNINGNYA MENGUJAKAN NK JOIN ADDSENSE..TAPI XLAYAK KOT..

    ReplyDelete
  2. syarat2 ni belum ada lagi T_T

    Artikel mestilah ditulis dalam linkungan 500-800 patah perkataan.
    Perlu ada sekurang-kurangnya 25 post yang berkualiti dalam blog.

    ReplyDelete
  3. cik akak dah berapa kali apply..tapi tak lepas lagi..hahaha

    ReplyDelete
  4. dah berapa kali apply tp x lepas lagi haha.. pakai nuffnang jela mampu T_T

    ReplyDelete
  5. blog usia sebln pun dah blh apply . guna email yahoo pun blh cikgu ... heeeeee

    ReplyDelete
  6. Terima kasih cikgu.dah lama cari info pasal,,adsense.:)
    http://kimchaa.blogspot.my

    ReplyDelete
  7. menarik idea nie. thx bro

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas info :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.