Berhati-Hati Bila Terima Panggilan Dari Nombor +375, +371 Atau +266

PDRM mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu yang mengenakan cas yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih. Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau 081 (missed call/panggilan yang tidak dikenali).
 
Jika anda membuat panggilan semula ke nombor tersebut, pemanggil dikenakan caj yang tinggi (premium rates) iaitu sebanyak $15-$30 dan semua senarai contact akan disalin dalam masa 3 saat. Jika anda mempunyai maklumat akaun bank dalam smartphone, mereka akan menyalinnya.


Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui. Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah siber.
 
PERINGATAN TERBARU DARI PDRM
 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebaran mesej melalui aplikasi "WhatsApp" berkenaan "miscalled" dari nombor telefon +265882615012 dan +265882615017 yang bertujuan memerangkap penerima panggilan. Mangsa yang membuat panggilan semula (return call) kepada kedua-dua nombor berkenaan akan menanggung caj panggilan yang tinggi oleh penyedia perkhidmatan terbabit. 
 

JANGAN ANGKAT JIKA TERIMA PANGGILAN KOD +375, +371 DAN +266
 
Pihak polis telah membuat semakan dan mendapati nombor telefon +265882615012 dan +265882615017 dibuat dari negara Malawi serta telah diklasifikasikan sebagai "harrasment call terror" dan "scam terror". Manakala nombor telefon +375602605281, 37127913091 dari negara Belarus dan Latvia.

Semalam lebih kurang dalam pukul 8.15, tiba-tiba ada panggilan masuk. Tengok nombor +09179928883 terpapar kat skrin. Macam pelik je nombor telefon ni, terus reject call. So, kalau terima panggilan dari nombor-nombor telefon macam kat atas ni, buat dek je. Semua ni scammer!

 
 


Berhati-Hati Bila Terima Panggilan Dari Nombor +375, +371 Atau +266 Berhati-Hati Bila Terima Panggilan Dari Nombor +375, +371 Atau +266 Reviewed by Nick Nashram on 14:33:00 Rating: 5

2 comments:

  1. terima kasih berkongsi maklumat penting...mesti sentiasa berhati-hati agar xditipu...

    ReplyDelete
  2. bahaya betul sekarang ni dah macam-macam hal kan Nick .

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.