Kena Hentam Sebab Tulis Status Minta Tolong Dalam Bahasa Inggeris

Kerana minta tolong melalui status yang ditulis di Facebook, seorang perempuan yang dikenali sebagai Khairunhanisah Azlan Hanif telah dikritik dan dihentam oleh sesetengah pengguna sosial media. Pada asalnya, niat beliau nak bantu ayahnya yang mengalami kerugian apabila kereta ayahnya dipecah masuk dan beberapa barang dan dokumen mengenai penyakit bapanya telah dicuri. Sebab dihentam?


KENA HENTAM SEBAB TULIS STATUS DALAM BAHASA INGGERIS

Tujuan ditulis status nak minta tolong pada sesiapa yang terjumpa barang ayahnya yang kena curi tu supaya dikembalikan. Tapi disebabkan beliau tulis status minta tolong dalam Bahasa Inggeris, timbul pula isu menyampah dari pengguna media sosial kerana menganggap belaiu berlagak speaking dan kononnya tidak memartabatkan bahasa ibunda, iaitu Bahasa Malaysia.

Bermacam-macam komen negatif yang dilemparkan kepada beliau. Antara komen-komen pedas daripada pengguna media sosial yang mengkritik Khairunhanisah.


"Awak? Lepas selesai semua tu, ambil kelas bahasa melayu.. Majoriti orang Malaysia cakap bahasa melayu dan ada sesetengah yang tak faham bahasa inggeris..” 

"Ckp melayu xleh ke kak? Bukan ku xpaham tp ku menyampah sbb org melayu speaking lagak terror"

Komen di forum

JENIS GOLONGAN YANG BODOH TAK BERTEMPAT 

Melayu mengutuk melayu lain cakap Bahasa Inggeris memang satu kegemaran sesetengah rakyat melayu kita. Pada pandangan mereka, bangsa lain je boleh guna Bahasa Inggeris. Kalau orang melayu guna, dikatakan berlagak dan nak menunjuk-nunjuk pandai. Pemikiran masih di takuk lama.

Isu begini pun mereka nak kecoh. Padahal status yang ditulis dalam Bahasa Inggeris yang simple je. Lagipun yang baca status tu bukan melayu sahaja. Macam mana lah melayu nak maju bila orang cakap Bahasa Inggeris je, dikeji diumpat. Padahal mereka yang tak berapa bijak, bila orang cakap Bahasa Inggeris, rasa insecure pulak. Shallow minded people!

BAHASA ALIEN DIAGUNGKAN

Sekarang bahasa jenis kipidap, dongibab, yukenduit, jasduit, dudebes,bidebes, yodebes diagung-agungkan pulak dalam perbualan. Bahasa macam ni yang banyak mempengaruhi budak-budak sekolah sekarang. Hatta, dalam karangan diorang pun terjumpa jenis-jenis bahasa macam ni. Habis hancur bahasa, tapi takde pulak yang duk hentam, keji dan maki. Stress cikgu Bahasa Inggeris bila students tulis esei guna perkataan sedemikian.


Satu lagi sejenis bahasa alien yang baru dijumpai. Bahasa yang tidak pernah dilihat dan diguna sebelum ini...mohon simenkan dalam tong drum dan buang dalam laut hindi sebelum mereka membiak. Kesian cikgu Bahasa Melayu dapat anak murid macam ni.

Kena Hentam Sebab Tulis Status Minta Tolong Dalam Bahasa Inggeris Kena Hentam Sebab Tulis Status Minta Tolong Dalam Bahasa Inggeris Reviewed by Nick Nashram on 14:04:00 Rating: 5

11 comments:

  1. heh..heh..pening cikgu melayan gen y yg asyik dgn why why ni...sabar je lah cikgu...

    ReplyDelete
  2. Saya rasa tiada masalah langsung untuk tulis dalam bahasa inggeris. Betul tu, bukan orang melayu saja yang akan baca status tu. Pasal penggunaan bahasa inggeris pun nak tak puas hati. Pelikkkk... Geram pun ada juga dengan mereka jenis begini. Haih..

    ReplyDelete
  3. Asalam Nick Hasram ..jumpa pula blog ni..syukran nak balik jadi bloglist ya...
    hal BI tu ..boleh ja kita jadi positif..nak kayakan bahasa dalam masa sama Bahasa Melayu kita perteguhkan..

    ReplyDelete
  4. erm macam-macam kerenah manusia di media sosial.. sabar je lah kan nick :)

    ReplyDelete
  5. kesiannya wanita tu.. ya rakyat malaysia masih di takuk lama. pelik perangai org melayu skrg

    ReplyDelete
  6. memang sakit hati baca komen negatif tu, padahal diorang yang komen tu pun guna perkataan english, speaking la , terror la , translate la ... haha , kat mana la tempat nak practice speaking kalau dalam fb pun kena sound ... haihhh

    ReplyDelete
  7. Ntah lah org kita ni..bila kita spekeng londong sikit dikata berlagak.. tak salah pun nak guna BI.. haha.. ada ja nak cari salah org..minta tolong je pun.. nak tolong syukur..tak tolong jangan lah kutuk..kan org tu tengah di timpa musibah...huhuhu

    ReplyDelete
  8. tula sape suruh inggeris dimartabatkan inilah jadinya. biarla dia nak tulis inggeris. hmmm

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.