Cara Menjaga Kereta Dengan Mudah Yang Ramai Orang Tak Tahu

Ramai orang yang ada kereta tapi tak tahu menjaganya. Kurang ilmu dalam menyelenggara kereta menyebabkan pomen akan kaut untung ratusan ringgit malah sehingga ribuan ringgit dari poket anda. Sedangkan anda boleh elakkan kerosakan dan pembaziran wang pada pembaikpulihan kereta dengan mempelajari ilmu penjagaan kereta yang sebenar

Contoh :
  • Enjin selalu panas. Puncanya : kerana jarang memeriksa air di radiator.  
  • Enjin terasa berat. Puncanya : kerana salah memilih minyak hitam.  
  • Enjin perlu dioverhaul. Puncanya : tak pernah tukar minyak hitam.  
  • Kereta tak seimbang. Puncanya : alignment tayar lari.
  • Stereng jadi berat dan ketat. Puncanya : kurang tekanan angin.

AKIBAT KERETA TIDAK DIJAGA

Berikut adalah contoh kos yang perlu ditanggung oleh salah seorang pelanggan kereta. Pemilik kereta ini tidak menjaga keretanya dengan baik dan hanya tahu "main bawa" sahaja. Akibatnya, kereta beliau terpaksa di "overhoul" kerana terdapat kebocoran pada bahagian radiator serta pelbagai lagi masalah pada kereta beliau. Lebih parah lagi, kereta beliau adalah kereta buatan korea yang sememangnya agak sukar untuk mencari alat gantinya dan harganya juga agak mahal. 


TAYAR KERETA KEMPIS TAPI TIADA KESAN BOCOR

Benda ni pernah terjadi pada aku sekali. Baru je isi angin dan bila tengok pada keesokan hari, tayar dah pancit dan kempis. Bawak pergi bengkel untuk pemeriksaan. Bila pomen cabut tayar dan masukkan dalam air, takde pulak keluar buih-buih kecik tanda bocor. Rupa-rupanya angin keluar pada saluran tyre valve. "Dan ini disebabkan oleh getah pada saluran tyre valve tu dah haus", kata pomen pomen yang check kereta aku.


Katanya lagi, jika saluran tyre valve terpusing sekali semasa membuka penutup angin, itu tandanya  getah pada saluran 
tyre valve itu perlu ditukar. Kos untuk menukar getah tersebut hanya RM6 sahaja untuk setiap tayar. Gambar kat atas tu tayar kereta aku bocor sebab terpijak skru. Haishhh...sapelah yang letak skru atas jalan ni.

CARA MENJAGA KERETA DENGAN MUDAH 

Masalah-masalah lain yang mungkin akan berlaku jika kita masih bersikap sambil lewa kepada penjagaan kereta ialah :

  • Enjin kereta akan selalu panas. 
  • Enjin perlu dioverhaul di bengkel. 
  • Enjin terasa berat sedangkan originalnya ia lebih terasa ringan dan selesa dipandu. 
  • Kereta jadi bising tak tentu hala. 
  • Dashboard kereta akan nampak bertompok-tompok. 
  • Dan banyak lagi.

Jika korang tak tahu bagaimana masalah ini boleh terjadi, aku cadangkan korang download


Ebook “Mudahnya Menjaga Kereta!” 50 Tip Penjagaan Kereta Kekal TipTop

 
 
Ebook ini mengandungi 50 tips termasuk tips servis kerets, tips penjagaan enjin kereta, tips penjagaan tayar kereta, tips penjagaan luar dan dalam kereta yang sangat bagus dalam menjaga kereta sendiri tanpa perlu meminta bantuan pomen lagi. Ianya mudah difahami dan ditulis untuk mereka yang langsung tidak tahu menjaga kereta sendiri. 

Elakkan kerosakan kereta dan jangan sampai anda terduduk di kemudian hari kerana perlu bayar ratusan malah ribuan ringgit!

Cara Menjaga Kereta Dengan Mudah Yang Ramai Orang Tak Tahu Cara Menjaga Kereta  Dengan Mudah Yang Ramai Orang Tak Tahu Reviewed by Nick Nashram on 10:31:00 Rating: 5

7 comments:

  1. kak mmg xfhm langsung soal kereta tapi ada sorang anak yg jadi foreman kereta oklah tu kan...

    ReplyDelete
  2. hehe.. ciktie memang tau bawak je keta ni. kena try tengok2 dah pasni

    ReplyDelete
  3. thanks for the info..sgt berguna.

    ReplyDelete
  4. sangat berguna kepada yang ada kenderaan..rajinlah jaga kereta ..service kena atur

    ReplyDelete
  5. Tak tahu pun pasal kereta ni sebab tak ada kereta. Tapi In shaa Allah. Ada rezeki lebih, entry nilah yang jadi panduan nanti masa nak jaga kereta.

    http://angellovesoldier.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. salam cikgu...
    TQ tips jaga kereta ni...boleh bagi baca pada en suami... hehhe

    ReplyDelete
  7. Tak pandai nak rasa apa2 pun kelainan bila bawa kereta. biasa bila husb bawa suh husb tgk2 kan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.