Bonus RM500 Dan Kenaikan Gaji 2 Kali Setahun Untuk Penjawat Awam : Antara Ringkasan Bajet 2016


RINGKASAN INTIPATI BAJET 2016

KAKIKTANGAN AWAM

1. Pemberian bonus khas RM500 dibayar pada Januari tahun 2016 untuk penjawat awam. Manakala pesara dibayar RM250. 

2. Pengerakan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan ikut gred. (2 kali kenaikan gaji).

3. Gaji permulaan terendah RM1200, pencen minimum RM950.

PEKERJA SWASTA 

1. Gaji minimum swasta dinaikkan kepada RM1000 bagi semenanjung manakala RM920 bagi Sabah, Sarawak, Labuan.

2. Kelayakan gaji caruman PERKESO dinaikkan kepada RM4000.

BR1M

1. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2016 untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM950 kepada RM1,000.
  • Isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 dinaikkan daripada RM750 kepada RM800.
  • Individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

3. Semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM1,050 manakala bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian RM1,000 akan diteruskan.


 
CUKAI INDIVIDU

1. Pelepasan pengajian anak bawah 18 tahun naik kepada RM2000.


2. Pelepasan bagi pasangan yang tidak bekerja naik kepada RM4000.

3. Pelepasan untuk sara ibu bapa masing-masing RM1500.

4. Pelepasan pengajian anak belajar di IPT naik kepada RM8000.

5. Pelepasan bagi anak OKU kepada RM8000.

GST

1. 4415 lagi jenama ubat dikecualikan. Turur diberi pengecualian susu bayi berasaskan kacang soya, susu organik, kacang dhal, gula merah,mi kolok.

2. Hasil jualan tahunan bagi pendaftaran GST dikurangkan kepada RM50,000.

3. Pengguna telefon prabayar dapat rebat.


Post a Comment

6 Comments

  1. wah lega cikgu dengan bajet 2016 ni...kerajaan amat prihatin dgn kebajikan penjawat awam...

    ReplyDelete
  2. terkilan juga sebab tak dapat bonus setengah bulan gaji..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..semoga semua rakyat Malaysia merasa kesenangan

    ReplyDelete
  4. Kiranya berita gembira juga dalam bajet tu ya. Syukran

    ReplyDelete
  5. sume rakyat mesia mende. org gomen gaji naik. org swasta apecerita. x adil langsung. sampah.

    ReplyDelete
  6. SORRY....KATA 1 MALAYSIA...APASAL GAJI SWASTA SABAH, SARAWAK DIBEZAKAN DENGAN SEMENANJUNG??? KALAU NAK ADIL, SAMA RATAKAN LAH UNTUK SEMUA

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.