9 Tips Fashion & Selfie : Dari Gemuk Nak Nampak Kurus

Mereka yang berbadan besar selalu mengeluh kerana susah untuk mencari pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh badan mereka. Kalau korang jenis chubby, montel dan tembam, korang tak perlu lagi risau kalau nak berfesyen jika ikut 9 Tips Fashion & Selfie : Dari Gemuk Nak Nampak Kurus kat bawah ni. 


FASHION UNTUK NAMPAK KURUS

1. Pakai baju yang muat-muat dengan badan. Tak longgar, tak ketat. Kalau saiz L, jangan  pakai saiz S, terkeluar selulit nanti. Dan jangan pakai baju yang lebih besar dari saiz badan sebab akan nampak lebih besar dari saiz sebenar.

2. Pakai pakaian yang berwarna gelap sebab orang akan tertumpu pada warna, bukan bentuk badan. Bagi perempuan, aksesori tambahan juga seperti kasut, handbag, gincu dan tali pinggang digalakkan juga guna yang berwarna terang.

3. Pilih design vertical (menegak) bukan horizontal. Corak menegak lebih slim. Elakkan pakai pakaian yang ada corak besar.

4. Biasakan diri pakai high heels atau wedges yang sesuai dengan berat badan. Kaki akan nampak panjang gittew.

5. Pakai seluar yang jenis potongan lurus (straight cut).


SELFIE UNTUK NAMPAK KURUS

1. Jangan ambil gambar dari bawah (nanti akan ada double chin). Pastikan selfie pun dari sudut tinggi ke bawah.

2. Chin up, forward dan jangan hadap straight ke kamera (bagi angle sikit) untuk elak double chin.

3. Pose dengan satu kaki ke depan. Ini membantu mencondongkan badan dan beri ilusi bentuk badan yang lebih kurus.

4. Group shot di mana berdiri di tengah-tengah tapi sedikit ke belakang orang yang berada disisi.

Dah cuba 1001 cara, tapi masih tak berjaya kuruskan badan? Jangan risau, boleh download formula kurus yang berkesan kat sini Formula Kurus. Apply tips ni gerenti korang boleh kurus :)
 
9 Tips Fashion & Selfie : Dari Gemuk Nak Nampak Kurus 9 Tips Fashion & Selfie : Dari Gemuk Nak Nampak Kurus Reviewed by Nick Nashram on 17:18:00 Rating: 5

5 comments:

  1. dari kurus nak berisi sikit ade tak? haha

    ReplyDelete
  2. selpiaq pon ade tips? power! haha

    ReplyDelete
  3. kurus sgt pun xcantik juga...biarlah berisi sedikit barulah nampak berseri...

    ReplyDelete
  4. http://madey09.blogspot.my/
    apa khabar menarik perubahan gambar tu Nick

    ReplyDelete
  5. wahhhhhhh...selain mahir dlm bab cinta nick nashram juga kemain pakar bab fesyen nih..hehehehheheh :D
    YG BAB terkeluar selulit tuh lucu :p

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.