Perkara Yang Kita Selalu Terlupa : Renew Roadtax, Terlanggar Kucing Semasa Reverse & Tak Tutup Seterika Iron


TERLUPA RENEW ROADTAX

Kadang-kadang kita ni bila sibuk, boleh terlupa bila roadtax kereta mati. Berminggu-minggu bermaharaja di jalan raya tanpa sedar yang roadtax tu dah expired dan kena renew. Kena saman dengan JPJ, melayang duit RM300/RM400. Aku pun baru perasan yang roadtax aku dah seminggu lebih expired. Mujur selama ni bergerak sana sini tak bertembung dengan roadblock polis atau JPJ. Biasanya roadtax akan diperbaharui sekali dengan insuran. Maklumlah, roadtax mati tak berbau.


CARA UNTUK RENEW ROADTAX

Korang boleh memperbaharui roadtax dan insuran dengan ejen melalui agensi insurans atau secara online melalui MyEg Services. Selalunya kita akan menyerahkan 100% kepada ejen takaful atau insurans untuk menguruskannya sehingga memperoleh roadtax. Sila semak maklumat perlindungan takaful atau insurans yang korang ambil supaya tidak diperdaya.

Sebagai pengguna, kita berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang kita bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful kereta. 


TERLANGGAR KUCING DI BELAKANG KERETA

Apa perasaan korang bila terlanggar binatang seperti kucing? Rasa sedih dan bersalah kan.Biasanya kucing memang suka tidur bawah kereta terutamanya waktu panas, sebab bawah kereta sejuk. Mungkin korang tak perasan masa nak reverse, bila bunyi macam tulang patah baru sedar terpijak kaki atau kepala kucing. Sebab itulah, perkara pertama sebelum nak start enjin, pastikan belakang kereta korang clear, takde ada binatang seperti kucing dan juga kanak-kanak.


TERLUPA TUTUP SETERIKA IRON

Penyakit yang paling bahaya ialah penyakit lupa nak tutup iron. Disebabkan iron, boleh terbakar satu rumah. Aku pun kalau rushing nak pergi kerja, memang ada masa tu terlupa nak tutup iron. Keesokan hari bila nak iron baju, aku tengok iron suisnya masih lagi tengah ON. Arghhhh! Rupanya aku terlupa nak OFF suis iron masa gosok baju sebelum pergi kerja. Marahnya kat diri sendiri la jawabnya ! Nasib baik kedudukan iron tu menegak. Kalau tak...mau terbakar iron board tu.  

Perkara Yang Kita Selalu Terlupa : Renew Roadtax, Terlanggar Kucing Semasa Reverse & Tak Tutup Seterika Iron Perkara Yang Kita Selalu Terlupa : Renew Roadtax, Terlanggar Kucing Semasa Reverse & Tak Tutup Seterika Iron Reviewed by Nick Nashram on 10:52:00 Rating: 5

6 comments:

  1. SALAM JUMAAT...HMM...SEMAKIN BERUSIA SEMAKIN PELUPA...RECALL SELALU APA YG NK DIBUAT N TELAH DIBUAT...

    ReplyDelete
  2. pernah terlanggar kucing sendiri depan rumah...terus masuk bilik menangis ..tak nak tengok pun kucing tu...asben yg setelkan...sedih..

    ReplyDelete
  3. renew roadtax di jabat pos je kite kihkih

    ReplyDelete
  4. uii siannya kucing tuu, kak ana pula selalu lupa renew lesen memandu, tahun ni lepas dua bulan baru perasan.

    ReplyDelete
  5. Lagi satu, lupe tutup api dapo kalau panaskan lauk

    ReplyDelete
  6. ngerinya gambar kucing tu!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.