9 Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki : Boyfriend/ Suami/ Ayah

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki : Boyfriend/ Suami/ Ayah l Kepada yang masih confused nak beli hadiah apa untuk lelaki sempena hari jadi atau ulang tahun perkahwinan, disini aku senaraikan benda-benda yang sesuai dan boleh dijadikan hadiah. Antaranya : 



PERFUME
Kenal pasti terlebih dahulu pasangan korang tu suka perfume atau tak. Lelaki ada dua jenis, yang suka pakai perfume dan yang tak suka perfume, mungkin sebab pening dengan bau perfume kot. Membazir pulak kalau beli tapi tak guna. Kalau nak beli perfume sebagai hadiah hari jadi, aku cadangkan beli perfume jenama :

1. Ferrari for Men
2. Giorgio Armani Acqua Di Gio for Men
3. Dunhill Desire Red for Men
4. Paco Rabanne 1 Million for Men
5. Calvin Klein Eternity for Men
6. Ralph Lauren Polo No. 1 for Men
7. Romano
8. Polo Black
9. Gucci Guilty Men
10.Calvin Klein Euphoria


WALLET
Hadiah yang lelaki paling suka. Sebab lelaki biasanya 2 hingga 3 tahun baru tukar wallet baru, selagi tak hancur lunyai selagi tu la recycle guna yang tu je. Kalau perempuan, setahun tu rasanya dah 5 handbag kan? Wallet lelaki ada dua jenis, short and long wallet. Kalau lelaki yang bekerjaya, diorang lebih prefer long wallet sebab banyak slot disediakan untuk letak kad dalam tu. 

TALI PINGGANG
Cuba tengok belt atau tali pinggang pasangan korang. Tali pinggang ni lebih kurang macam wallet jugak. Paling banyak ada 2 je, pastu duk ulang pakai yang sama sampai terputus. Kalau nak bagi hadiah tali pinggang, memang seronok la lelaki. Biasanya lelaki hanya guna 2 warna sahaja untuk tali pinggang iaitu black and brown.

BAJU
Kalau nak beli baju sebagai hadiah, kena tahu taste pasangan korang tu dulu. Masa keluar dating, dia selalu pakai baju jenis macam mana dan saiz apa. Baju t-shirt, jersi atau baju shirt lengan panjang? Dan satu lagi warna baju tu pun kena fikir jugak masa nak beli. Warna hitam, biru, merah antara kegemaran lelaki. Baju couple pun boleh dijadikan hadiah tapi bagi aku tak suka baju jenis camtu.

JAM
Sebab lelaki tidak mempunyai pilihan aksesori yang banyak seperti wanita. Jadi, untuk menonjolkan imej mereka untuk nampak menarik, handsome dan bergaya, sekurang-kurangnya seutas jam tangan mesti ada pada mereka. Tak kisah jenama jenis apa, tapi kalau aku suka yang jenis sport watches macam Casio, Adidas dan Fossil. Nak beli jam murah kat SINI.

PEN
Sesuai diberikan bagi lelaki yang berkerjaya. Nasihat aku, kalau nak bagi hadiah pen, jangan beli pen yang ballpoint yang jenis mata macam nak tulis khat. Kalau aku dapat yang macam tu memang jadi hiasan la sebab susah nak guna. Beli yang ballpoint biasa je, yang boleh digunakan untuk urusan harian. 

GADGET
Cuba tengok gadget apa yang pasangan korang guna sekarang ni? Kalau still guna yang jenis cikai tu, elok la korang upgrade dengan beli yang baru. Kalau handphone, yang dapat whatsapp dan ada kamera pun dah ok. Gerenti dia suka giler-giler la dapat gadget baru. Kalau dapat Iphone lagi bertambah sayang kat korang. 

AKSESORI 
Kena tengok apa minat dia. Kalau suka make up kereta macam aku, bagi hadiah aksesori kereta macam audio player. Tapi kos nak beli tu agak tinggi jugak la. Kalau dia suka main bola, boleh beli jersi pasukan kegemaran dia atau kasut bola. Yang minat fotografi, boleh belikan dia kamera DSLR. Kalau dia suka makan, beli je dapur gas suruh dia masak..hehe

KASIH SAYANG
Kalau tak mampu nak sediakan senarai yang ada kat atas ini, memadai dengan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya pada pasangan korang kerana ia merupakan hadiah yang tidak ternilai bagi mereka. Setia dan jangan curang !

Sekarang dah tahu kan apa hadiah yang lelaki suka?

Post a Comment

16 Comments

  1. BERI HADIAH YG DIPERLUKAN BUKAN SEKADAR UNTUK BERGAYA SAKAN...

    ReplyDelete
  2. Selalu pening nk pk hadiah utk lelaki..hehe

    ReplyDelete
  3. AsSalam,
    Tidak kira apa pun jua hadiahnya... Lelaki wajar terima seikhlasnya kerana itu tanda kasih sayang seorang isteri...

    p/s: Relaks Minda kini beroperasi di blog baru @ www.dammahumnib.com. Selamat datang...

    ReplyDelete
  4. hari tu nak beli baju. tgk baju lelaki semua macam sama jer. tak tau nak pilih. gi pulak kat belt pun sama tak tahu nak pilih mana.. last2 sampai skrg belum jumpa lagi hadiah apa...

    ReplyDelete
  5. good entry... senang sikit buat wanita nak piker nak bagi hadiah apa kat pakwe dieorang

    ReplyDelete
  6. kalau susah2 sangat, bagi kiss jer. atau buat kek hari jadi sendiri

    ReplyDelete
  7. kasih sayang tu lbh ptg .setiap hari kena beri lagi dan lagi ...

    ReplyDelete
  8. bagi hadiah sorg lagi baby pun okkkkk... hehe

    ReplyDelete
  9. kasih sayang kena bagi setiap hari.. Hadiah paling utama.. Bagi hadiah material, tambah pengikat kasih sayang. ikut sunnah. Jika kamu sayang seseorang, maka bagilah hadiah kepadanya..

    ReplyDelete
  10. Tiap2 taun ni la masalah ny..kekal lerr perah otak nk bg hadiah ape kt en.tunang..

    ReplyDelete
  11. Tiap2 taun ni la masalah ny..kekal lerr perah otak nk bg hadiah ape kt en.tunang..

    ReplyDelete
  12. Minat nk kasi baju tp takot salah pilih size..xkn time date tu nk tgk size kat bj dia..adehhh..pusingg dehh ��

    ReplyDelete
  13. Ni tahun ke 3.. Tahun pertama kawen tempah cake arsenal special untuk dia n baju tahun ke 2 masak je mkn kegemaran dia.. Tahun ni xlarat nk g shopping sbb dah preggy ank ke2.. So tahun ni suruh dia belanja sy mkn je la...

    ReplyDelete
  14. aiiyooo.,.,cikma dah pening nii..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.