Kisah Pengantin Baru Di Malam Pertama Yang Mengerikan!


Sepasang pengantin baru berada di bilik pengantin di malam pertama. Pada tengah malam pertama itu, tiba-tiba isterinya mengerang...

"Aduh .. sakit bang ! Macam mana malam pertama boleh jadi macam ni bang ?" 

Suaminya terus memenangkan isterinya sambil berkata,

 "Sayang, jangan nangis.. nanti emak dan ayah dengar, diorang belum tidur lagi tu" 

Kebetulan bilik mertua mereka juga bersebelahan dengan bilik pengantin. Maklum la rumah kayu, bimbang takut didengari oleh mertua mereka. Pada masa yang sama, isterinya teresak-esak menangis menahan kesakitan.

"Sakitnyaaaa bang..saya dah tak tahan ni "

Disebabkan tidak dapat menahan sakit, si isteri telah mengerang dengan kuat. Terkejut suaminya dengan jeritan tersebut. Mahu tak mahu, kali ni suaminya berkata dengan nada yang lebih keras,

"Sabar la sikit sayang ! Tahan je la, besok baru cabut "

Rupa-rupanya bapa mertua mereka belum tidur lagi. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang tapi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, detik hatinya. Tapi setelah berkali-kali mendengar raungan kesakitan anaknya itu, kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bingkas bangun, pergi ke bilik pengantin dan menendang pintu bilik tersebut dengan penuh kegeraman.

Dengan penuh rasa geram si mertua berteriak,

"Tak faham ke ? Anak aku boleh mati kalau besok baru nak cabut ! Cabut sekarang juga !!!!"

Terkejut beruk kedua-dua pengantin macam ternampak kelibat hantu Kak Limah dengan teriakan bapa mertua mereka. 
Sambil tersipu-sipu, pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya, 

"Ayah, takkan sakit gigi pun boleh mati. Lagipun mana ada klinik gigi yang bukak tengah malam buta ni?" 

Dengan rasa malu yang teramat sangat, ayahnya berlalu masuk ke biliknya dengan muka merah kuning hijau biru...hehehe.

Moral of the story :
 

1. Berus gigi selalu kalau tak nak gigi berlubang.
2. Jangan main serkap jarang je kalau tak tahu cerita sebenar.
3. Pastikan 'line clear' sebelum melakukan sesuatu kerja :)
4. Suami kena jaga dan layan isteri dengan baik tak kira time susah atau senang.

Kisah Pengantin Baru Di Malam Pertama Yang Mengerikan! Kisah Pengantin Baru Di Malam Pertama Yang Mengerikan! Reviewed by Nick Nashram on 10:46:00 Rating: 5

7 comments:

  1. ish3 bahaya btol cite ni haha

    ReplyDelete
  2. hahhaa sengal pnya pak metua ;p

    ReplyDelete
  3. amboi tajuk...macam kena je kisahnya ye... tu lah siapa suruh tak gosok gigi elok2.. :)

    ReplyDelete
  4. Malu sangat FIL.. heheheh

    ReplyDelete
  5. Hahahah... jeng cerita ni..moralnya, sila gosok gigi..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.