Gaji Masuk Awal - Jangan Boros Untuk Sambut Raya


Sudah menjadi kebiasaan bila tiba sambutan hari raya, majikan akan masukkan gaji seminggu lebih awal dari sebelum tarikh hari raya. Untuk gaji bulan 7, tarikh kemasukan gaji ialah 9.7.2015. Tapi jangan ingat masuk gaji itu merupakan satu rahmat sebab ia juga boleh jadi perangkap memandangkan gaji seterusnya ialah pada 25.8.2015. Bezanya hampir dalam 50 hari. Bayangkan 'azab' kita terpaksa tanggung semata-mata nak nak bergaya sakan di hari raya.

Jangan Tergoda Dengan Promosi Raya

Sekarang ni bermacam-macam promosi raya yang dibuat, sama ada di pasar raya mahupun website shopping secara online. Tawaran sehingga 90% memang sangat menggoda. Ditambah pula dengan ego kita yang nak menunjuk semuanya mesti baru di hari raya, tempoh menunggu gaji untuk bulan berikutnya tak fikir panjang dah. Dari baju raya sampailah ke perabot rumah, masing-masing berlumba beli yang baru padahal kelengkapan raya tahun lepas masih baru.   

  • Baju raya : tak perlu beli baru kalau yang tahun lepas boleh diguna. Kecuali baju tu dah sempit dan ketat, terpaksa tukar yang baru.
  • Perabot rumah : kalau masih dalam keadaan baik, tak perlu rasanya nak tukar keseluruhan. Mungkin kalau kerusi tu boleh tukar sarung kusyen untuk nampak baru sedikit.
  • Kuih raya : tak perlu nak beli sampai berbalang-balang untuk dihidangkan kepada tetamu. Tetamu yang datang bukan nak makan pun kuih raya tu. Hidangan yang biasanya 'cepat habis' macam bihun, nasi impit, ketupat, tapai, lontong..tu semua kesukaan tetamu dan boleh masak sendiri.

Jangan Sentuh Duit Gaji Sebelum Tiba Masanya

Salah satu cara untuk elakkan kebocoran gaji ialah dengan tidak menyentuh duit gaji sebelum tiba masa sebenar tarikh gaji tu masuk. Sebagai contoh, gaji masuk 9.7.2015, cuba jangan sentuh gaji tersebut walau tengah pokai dan kopak sekalipun sebelum tarikh biasa gaji masuk iaitu 25.7.2015. Kalau kita sentuh awal, maknanya bersedialah untuk hadapi masalah dengan pembayaran hutang seperti hutang bank, hutang kereta, hutang sewa rumah dan sebagainya.

Jangan Berhutang Semata-mata Sambut Raya 

Berhutang maknanya kita guna pendapatan pada masa depan untuk diguna pada masa sekarang. Benda yang tak perlu berhutang baik dielakkan. Jangan kerana nak nampak bergaya sehari tapi sengkek sebulan. Hidup dengan hutang memang tak tenang, duit selalu tak cukup. Gaji masuk hari ni, esok dah habis semata-mata nak bayar hutang. Mulalah terfikir nak pinjam dengan ceti haram, keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Aku hutang dengan bank untuk beli kereta pun dah rasa terseksa dengan bayaran RM 900 sebulan. So, berjimat cermat la ye.

    Gaji Masuk Awal - Jangan Boros Untuk Sambut Raya Gaji Masuk Awal - Jangan Boros Untuk Sambut Raya Reviewed by Nick Nashram on 11:39:00 Rating: 5

    9 comments:

    1. Good advice. Majikan saya pula memang bagi pekerja dia option, either nak minta advance salary (separuh gaji dibayar awal, kemudia di tolak pada gaji dua bulan berikutnya supaya tak terbeban sangat), atau tak nak amik advance salary, which means gaji masuk macam bulan-bulan tanpa perayaan yang lain.

      Untuk elak sebarang ketirisan haha, saya minta gaji masuk macam bulan-bulan tanpa perayaan je. Raya sederhana.

      ReplyDelete
    2. kena bajet perbelannjaan betul-betul ni agar xkering kontang sebelum masanya...berjimat cermat la ni bukan tren kehidupan tapi mmg perlu...xbijak mengurus kewangan terbelit dgn hutang sana sini.

      ReplyDelete
    3. yg part jgn sntuh gaji sampai waktu sepatutnya tu patut dipraktikkan..

      ReplyDelete
    4. tp kita bukan kakitangan kerajaan.. hew~

      ReplyDelete
    5. beli mengikut kemampuan bukan diluar kemampuan

      ReplyDelete
    6. klu dapat gaji awal..bayar hutang awal.

      ReplyDelete
    7. nasihat yg berguna.. utk private masuk jumaat ni.
      harap2 tgn tak gatal la beli macam2

      ReplyDelete
    8. my kakak dgn 6 org anak ni dah pening kepala . nasib baik suami dia keje swasta . gaji hujung bln . ada backup ... jimat nick jgn x jimat ... heheheee

      ReplyDelete
    9. Berjimat cermat amalan mulia. Sakit jugaklah kalau boros...adehhhh....

      ReplyDelete

    Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

    Terima kasih.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Powered by Blogger.