Resepi Ais Limau Asam Boi : Menu Untuk Ramadhan


Waktu berbuka puasa, benda yang korang buat minum dulu kan? Maklum la, tekak dah terlalu kering. Segelas konpem tak cukup, kalau boleh satu jug nak minum. Apa kata hari ni minuman untuk berbuka puasa tu cuba resepi Ais Limau Asam Boi pulak. Tak payah nak singgah gerai tepi jalan untuk beli. Buat sendiri sebab mudah, murah dan nak minum bergelas-gelas pun takde hal la. Aku pun nak cuba buat hari ni.

Bahan-bahan yang perlu disediakan :

1. Asam boi (kelabu & tebal)
2. Limau kasturi (banyak juga, dalam 30 biji camtu)
3. Air gula secukupnya
4. Air secukupnya
5. Ais secukupnya

Cara-cara untuk membuat Ais Limau Asam Boi

1. Buat air gula (air + gula, masak atas dapur)
2. Rebuskan asam boi hingga agak kembang, air sedikit je
3. Cuci dan bersihkan buah limau kasturi, potong dua (melintang), buang biji (tak buang pun takpe)
4. Blend dengan kulit-kulit sekali (kulit limau bagus untuk rawatan bau badan tau)
5. Tapis, masukkan dalam jug
6. Masukkan air dan air gula, kacau hingga tahap kemanisan yang korang nak.
7. Masukkan ais, akhir sekali masukkan asam boi yang telah kembang direbus tadi. Airnya terserah, nak campur sekali boleh, tak campur pun takpe (takut faktor kemasaman berganda)

Sumber : Facebook

Resepi Ais Limau Asam Boi : Menu Untuk Ramadhan Resepi Ais Limau Asam Boi : Menu Untuk Ramadhan Reviewed by Nick Nashram on 11:50:00 Rating: 5

10 comments:

  1. menarik! dah balik rumah nanti nak cuba..
    selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  2. betul la buat sndri lgi puas hti

    ReplyDelete
  3. perghhhh tergugat puasa iollss
    http://nuruleimanhikmah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. perghhhh tergugat puasa iollss
    http://nuruleimanhikmah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. JUS SEDAP NI ...LIMAU KASTURI BLEND DGN KULIT SEKALI...BARU TAU....BOLEH CUBA NI...

    ReplyDelete
  6. selalu buat cuma x blend limau je la ...

    ReplyDelete
  7. tiba2 rasa dahaga gila.. baru pkl 12 hahahahah

    ReplyDelete
  8. rasa mcam pernah komen entri ni. nape tak de ek? kena delete ke?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.