Pergi Bazar Pakai Baju Ketat Sampai Nampak................


PAKAI BAJU KETAT DI BAZAR

Yang pergi bazar beli juadah berbuka puasa mesti tahu macam mana suasana kat bazar tu. Kesian kat lelaki yang berpuasa, dari pagi hingga petang berpuasa..sampai je bazar ramadhan 'kurus' pahala puasa. Macam-macam jenis 'nasi lemak 50 sen' dan aset lain, dari atas sampai bawah ditayangkan tanpa segan silu supaya menjadi tontonan umum . Maaf la ye kalau ada yang terasa. Tapi itulah hakikatnya. Pergi bazar nak beli makanan, pahala puasa pulak lesap.


LELAKI KENA TUNDUK MASA JALAN?

Maksud status kat atas tu..wanita sepatutnya memakai pakaian yang sopan dan longgar. Seelok-eloknya pakailah baju kurung masa nak pergi bazar. Kalau tak pakai baju kurung pun, pakailah baju yang tak menampakkan bentuk tubuh tu. Atau cover sikit la 'bumper depan' tu dengan jaket atau cardingan. 

Ada yang kata, lelaki yang kena jaga mata, tunduk dan jangan pandang. Kalau tunduk macam mana nak tengok jalan di hadapan tu? Takkan nak jalan dongak ke langit pulak. Di suruh kita jangan pandang, sedangkan masa nak membeli juadah tu, kalau tak pandang macam mana nak tengok gerai-gerai yang jual juadah berbuka tu. Kadang-kadang tu mak cik yang menjual tu pun pakai baju ketat sampai tersembul yang tak sepatutnya nampak. Apatah lagi orang yang kiri kanan depan tu.

Nampak gayanya pak guard yang jaga bazar ramadhan tu kena buat sesuatu ni. Apa kata, sediakan kain batik banyak-banyak, mana-mana yang datang pakai baju ketat, pakai legging, datang nak tunjuk 'nasi lemaknya', serkup je dengan kain batik. Entri ini bukan untuk mengumpat, tapi untuk menegur saudara sesama islam sebab kena ingat, mati nanti kubur lain lain. Sekian tazkirah untuk hari ni.

Pergi Bazar Pakai Baju Ketat Sampai Nampak................ Pergi Bazar Pakai Baju Ketat Sampai Nampak................ Reviewed by Nick Nashram on 10:50:00 Rating: 5

19 comments:

  1. SELAMAT BERPUASA HARI KE5...TEGUHKAN IMAN TAHAN GODAAN...DOAKAN MRK YG LEMAH TAPI JELITA NI MNDPT HIDAYAHNYA DI RAMADAN MULIA...

    ReplyDelete
  2. saya tak nafikan perkara tu ibarat menjadi kebiasaan pada para wanita kita sekarang sedangkan itulah yang perlu dilindungi serta ditutup dengan tertib. saya yang perempuan ni tengok pun sakit mata...wallahualam

    ReplyDelete
  3. saman sape yg pakai ketat2.. haha

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,
    bagus jugak idea kain batik tu huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Betul tu...dah lah bulan puasa tak ad rasa hormat langsung pakaimcm tu :( moga kite sesama amik iktibar

    ReplyDelete
  6. Bukan time di bazar je time pasar malam or kat shopping complex lagila ramai/.

    www.adarain.com

    ReplyDelete
  7. Di mana-mana saja ada benda macam ni tuan. Kadang-kadang nak berpaling ke belakang pun hampir terlanggar nasi lemak..

    http://sihatberduit.com

    ReplyDelete
  8. Selain pemakaian ketat, berlaga laga/ berhimpit2 antara lelaki perempuan ( di bazar yg sesak) pun boleh jejaskan puasa.

    ReplyDelete
  9. Mane nasik lemak 50sen oi....tahap nasi lemak ayam

    ReplyDelete
  10. biarlah dia..nasi lemak dia... huhu

    ReplyDelete
  11. perkara normal. geram jugak. suka hati je tayang macam tu. sepatutnya bulan puasa ni diorang kena la hormat sikit...

    ReplyDelete
  12. hohoho mmng malas nk berasak kt bazar ni bln2 baik ni la nk buat perubahan yg baik kn...smga mereka2 itu mndapat hidayah utk berubah

    ReplyDelete
  13. Salam Ramadhan..
    dah selalu sgt perkara di tegur kan..tapi ada juga yg masih tak faham..yg kesian nya, kita yg tengok ni terkurang pahala puasa... huhu.. sabor je lah

    ReplyDelete
  14. hahahaha. ketuk je kepala mana mana yang terlebih seksi tu.. hehe.

    ReplyDelete
  15. Hai. Maisarah blogwalking kat sini.
    Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  16. di mana2 pun ada saja manusia berpakaian begitu, bulan ramadhan tak bulan ramadhan pun ada juga...yg sendat...apapun sekali pandang rezeki dua kali pandang dah dosa..hihihi

    Jom la sertai

    GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015

    GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 hadiah lumayan tau RM3100 untuk dimenangi...ada juga duit raya kalau menang...

    ReplyDelete
  17. yg menjual lbh seksi itu hakikat ... cari rezeki cara tu kurang barakahnya ... tidakkah mrk fikir ? ... semoga mereka mendapat hidayah Nya .

    ReplyDelete
  18. kesian para lelaki.. 2 thn dh tak ke bazar. mana ada lelaki jalan tunduk

    ReplyDelete
  19. Biasa dah tu Nick. Di mana2 ada nasi lemak. =P

    ZH Blogger

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.