Tips Dan Petua Bagi Pasangan Yang Bergaduh


TO WOMEN
  • A man who truly loves you will never let you go no matter how hard the situation is.
TO MEN
  • A woman who truly loves you will be angry at you so many things but never leave you. 

Hubungan kita dengan pasangan ni ibarat gigi dan lidah. Tengah sedap-sedap makan nasi, boleh pulak gigi tu gigit lidah. Have you ever bit the inside of your cheeck? Yeah, the pain is the worst. Macam tu jugak la hubungan kita dengan pasangan. Kadang-kadang ok, tapi silap hari bulan gaduh sakan. Lebih kurang macam Tom and Jerry jugak la, cerita kartun tikus dan kucing. Gaduh pastu berbaik semula.


Petua Bila Pasangan Bergaduh

1. Jika berlaku pertengkaran, cari jalan penyelesaian, bukan cari kelemahan pasangan anda.

2. Jika berlaku pertengkaran tentang sesuatu topik, janganlah ungkit perkara atau masalah lain kerana ia mungkin boleh membesarkan masalah itu. 

3. Jangan bertindak menggunakan fizikal atau melemparkan barang seperti pinggan mangkuk. Masalah bertambah sulit jadinya.

4. Jangan guna perkataan kasar dan menyakitkan hati. Guna perkataan yang lembut. Kalau tak mampu pun, cuba kawal nada suara tu.

5. Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ,kawan, ipar atau adik-beradik terbabit dalam pertengkaran kerana ia menambahkan kecurigaan dan api pertengkaran. Selesaikan secara baik antara pasangan.

6.  Kalau keadaan jadi makin tegang, ambil masa untuk tenangkan diri dan situasi. Sebab bila kita marah, kita lebih cenderung untuk buat keputusan mengikut emosi. Bila perasaan tu dah ok, baru bincang dan settle masalah tu.

7. Jangan bertengkar di depan anak-anak kerana ini menjadikan anak-anak tertekan dan mewujudkan masalah lain.

Kalau ada tips lain, sila tambah ye kat komen :)
Tips Dan Petua Bagi Pasangan Yang Bergaduh Tips Dan Petua Bagi Pasangan Yang Bergaduh Reviewed by Nick Nashram on 11:41:00 Rating: 5

10 comments:

  1. cepat matikan bara pergaduhan yg mula memercikkan api dgn beralah n saling memahami..insya Allah..pergaduhan suami/isteri mmg stres dibuatnya.

    ReplyDelete
  2. salah seorg kena beralah . klu dua2 berapi . terbakarlah semuanya ... klu small matter tu , ignore je ...

    ReplyDelete
  3. saling memahami n tau peranan masing2 ok dahh..

    ReplyDelete
  4. tolak ansur sgt penting & memahami...:)

    ReplyDelete
  5. Kasih sayang,Kesetiaan,kejujuran.komunikasi,memahami :-)

    ReplyDelete
  6. Bila sorang tengah marah, sorang agi, diam

    ReplyDelete
  7. Communication is the most important key too in relationship 😃 jkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree.. Worst communication wont help any relationship longer.. It brings pain on both side, even more hurts. 👀

      Delete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.