Adakah Status Glitterati Nuffnang Akan Hilang Kalau Letak Google Adsense?

Kalau anda jadikan blog untuk menjana side income, kenapa harus bergantung pada satu advertiser sahaja? Awal bulan April, berita gembira untuk para blogger di Malaysia kerana Google Adsense telah mengumumkan bahawa platform pengiklanan mereka telah menerima kandungan Bahasa Melayu (Malay). Sebelum ini, ianya terhad kepada blog yang berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa yang supported sahaja. Ini bermakna anda boleh mendaftar dengan Google Adsense untuk menjana pendapatan yang mana earning yang diperolehi dibayar dalam bentuk dollar.


Aku dah hantar permohonan untuk letak iklan Google Adsense. Lebih kurang seminggu, permohonan tu dah approved. Syarat nak letak iklan Google Adsense mudah je. Antaranya 
  • Kandungan blog yang ditulis mesti original, no copy paste.
  • Kandungan blog tidak mengandungi entri lucah.
  • Gambar yang digunakan mestilah hak milik diri sendiri. 
  • Jangan klik iklan sendiri, kalau tak kena akaun kena banned.
Walaupun permohonan dah approved, tapi sekarang ni masih dilema samada nak letak atau tidak. Semalam dah letak iklan Google Adsense tu tepi sidebar tapi sebab takut Nuffnang tak 'sekepala' dengan Google Adsense ni, terus buang balik. Kena setia pada yang satu kalau guna platform pengiklanan Nuffnang ni. Kalau curang, hilanglah status Glitterati tu. 

Diambil dari Nuffnang, "Exclusive Nuffnanger" is a Nuffnang blogger who has NO advertisements from, mentions of, or links to other ad networks originating from South East Asia, or any ad networks we deem as competitors on his/her blog.
  • Is Nuffnang considered a competitor by Google Adsense? 
  •  Adakah Status Glitterati Nuffnang Akan Hilang Kalau Letak Google Adsense?
Mohon pencerahan kalau siapa yang tahu pasal ni. Kalau boleh pasang iklan Google Adsense sekali dengan iklan Nuffnang, bertambah jugak side income nanti. Dah hantar tiket pasal ni kat Nuffnang, tapi tak balas lagi. Nak tahu Nuffnang jawab apa, stay tuned for the next entry.

Adakah Status Glitterati Nuffnang Akan Hilang Kalau Letak Google Adsense? Adakah Status Glitterati Nuffnang Akan Hilang Kalau Letak Google Adsense? Reviewed by Nick Nashram on 17:09:00 Rating: 5

8 comments:

  1. saya ada baca kat satu blog , nufnang merajuk ... HH nasihat , jgn letak sama dgn nuffnang . Jadinya bukalah blog baru klu rajin ...

    ReplyDelete
  2. hmm xfaham juga tentang ni...

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum... nick,

    wahh semakin maju .. pasang google adsense. Semoga cikgu bertambah maju k...

    mselim3

    pls: suka visit sini... entry santai.. nice.

    ReplyDelete
  4. bagus juga Google Adsense ni kan..tapi tulah confuse hilang tak status glittery di Nuff tu...:)

    ReplyDelete
  5. pernah apply adsense ni...x pernah dapat.

    ReplyDelete
  6. jemput singgah sini

    http://www.bakul2011.com/2015/04/peringkat-ketiga-review-like-fan-page.html

    ReplyDelete
  7. dah lama sis guna nuffnang + adsense...ok jer...

    ReplyDelete
  8. huhu kena setia pd yg satu ek iklan pon pandai nk jdi setia ;p

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.