Bahaya Pakai Fake Braces Online


Dulu, orang pakai braces sebab nak memperbetulkan kedudukan dan struktur gigi. Sekarang timbul pulak fake braces dan orang pakainya sebab dah jadi macam trend. Kalau korang tinggal di Filipina, pakai fake braces ni dianggap sebagai satu simbol kekayaan. Tapi kalau di Amerika, sesiapa yang memakainya dianggap "uncool". Di Malaysia pulak macam mana ye...

BAHAYA KE PAKAI FAKE BRACES ? 

Biasanya mereka yang pakai fake braces ni akan mengalami ulser dan kereputan gigi disebabkan logam yang ada di dalam braces tersebut. Dan yang paling bahaya sekali, pakai fake braces ni boleh mencederakan diri korang sebab korang tak tahu/ tak dilatih untuk pakai braces dengan cara yang betul.

KENAPA ORANG BELI FAKE BRACES ?

Sebab utama kenapa ramai orang beli fake braces online dan memakainya sendiri kerana kos untuk pakai braces di klinik mencecah ribuan ringgit. Lepas tu setiap bulan kena pergi klinik untuk tukar braces. Kena keluarkan duit lagi. Dah la sakit, seksa pulak nak makan. Lagipun, pakai braces ni memerlukan penjagaan yang rapi untuk elakkan mulut berbau. Tapi kalau korang ada masalah struktur gigi, seboleh-bolehnya elakkan pakai fake braces online. Buat di klinik. Biar mahal asalkan selamat.


Kebanyakkan orang pakai fake braces sebab trend (mungkin bukan semua). Orang yang gigi dah cantik pun masih pakai braces dengan menggunakan fake braces. Tak percaya, tengok video kat atas,siap buat tutorial lagi. Biar sakit asalkan cantik..hehe. Yang tak rabun jangan minta rabun. Yang gigi elok jangan minta jadi macam ni ye. Kenal pasti kehendak atau keperluan. 

Sumber : Viral 4 Real.com

Bahaya Pakai Fake Braces Online Bahaya Pakai Fake Braces Online Reviewed by Nick Nashram on 08:31:00 Rating: 5

20 comments:

  1. Ngeri betol tengok, orang memang kumpul duit nak pakai braces yang betul2 next year..hahaah

    ReplyDelete
  2. tuelah kan. ramai yang jual online. ramai plak yang beli. hurmm... kalau benda-benda macam nih memang bahaya untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  3. pernah dengar sorang ustaz cakap kalau pakai braces buat kita mengaji al-Quran lagi sedap, buatlah. lepas tu terus sentap dan tak pikir dah pasal braces. hihi

    ReplyDelete
  4. Adoiiiiii..gigi kita dah cantik..so tak perlu pakai braces..he..he

    ReplyDelete
  5. redha je dgn gigi yg ada...ku terima seadanya. ewah. tapi kalau dah elok jgnlah gatal nak pakaikan. itu tempah penyakit namanya..

    ReplyDelete
  6. mula2 org pakai sebab keperluan...pastu lama2 dah jadik trend..

    ReplyDelete
  7. Fake braces ni guna paperclip ke? Baru tau hehe, eh bahaya la kalau macam tu

    ReplyDelete
  8. idok le anis nak pakai yg fake.. nak buat yg ori pon tggu dulu nie ha..huhu... ngiluu...

    ReplyDelete
  9. kalau dulu yang pakai braces ni terpaksa je kena pakai nak betulkan gigi 'Os', skrg dah trend pula ye..macam2 :)

    ReplyDelete
  10. Asalam tapi ramai yang memakaikan di desa Etuza juga ada yang pakai ni..ok nak baca lagi sekali

    ReplyDelete
  11. orang kalau bleh xmau pakai sbb menyusahkan. dia lagi nak pakai
    plan nak braces gak.huhu $$$

    ReplyDelete
  12. Kalau gigi dah elok rasanya tak perlu yg fake2 ni. Kalau ada masalah jumpa doktor yg terbaik.

    ReplyDelete
  13. ISHH...BESAR MASALAH TU...JGN BERANI2...

    ReplyDelete
  14. gitewwww nk cantik punya pasal kata nye ;p
    yg ptg keselamatan klu dh cantik memudaratkan lupakan je la..

    ReplyDelete
  15. Nice info cg nick. Huhu. Memang tak berani nak pakai. Serius seramm. Takut sakit. Ekekkee

    ReplyDelete
  16. kat area johor kat mne klinik yg boleh bukk fake brases

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.