Malam Pertama Di Air Terjun Gunung Ledang


HONEYMOON DI AIR TERJUN GUNUNG LEDANG


Bagi yang baru mendirikan rumah tangga, aku cadangkan korang datang dan luangkan masa berbulan madu di Air Terjun Gunung Ledang, Tangkak. Biasalah, honeymoon ni kena la kat tempat-tempat sejuk sikit..kehkeh. Pemandangan air terjun kat sini memang cantik dan bersih. Yalah, tempat ni memang diorang jaga sangat-sangat. Nak masuk kat kawasan ni korang kena jumpa pak guard dulu. Kalau korang dah tempah resort untuk bermalam kat situ, kereta boleh bawak masuk sampai dalam. Kalau sekadar nak datang mandi, datang nak usha awek cantik ke, kena parking kat luar.

AKTIVITI BBQ DAN MANDI

 
Biasanya hujung minggu, aku datang lepak kat sini. Alah, 15 minit je dari rumah aku di Tangkak. Air terjun Gunung Ledang memang sejuk giler, maklum la kawasan hutan, terjaga pulak tu.

Bayangkan korang letak mineral water dalam air mengalir tu dan tunggu lebih kurang dalam 10 minit korang ambik balik..perghhh, rasa macam baru keluar dalam peti ais je.   


Antara aktiviti yang best kalau korang datang sini ialah BBQ. Seronok bakar ayam ramai-ramai. Kitorang dah pecahkan tugas. Ada yang kena bawa buah, ayam, kuih, nasi dan macam-macam lagi la. 

Aku pulak kena masak spaghetti, tak sangka pulak pandai masak western..muahaha. Memang berselera makan dengan kawan-kawan. Ambik makanan pastu bawak masuk dalam air, terapung je..malas nak pegang..hehe

Dah siap makan, mandi la. Tapi dinasihatkan korang jangan terus menyelam, boleh beku..masuk dalam air slow-slow..grrrrrr..sejuk. Air nampak je cetek tapi paras pinggang jugak. Tempat aku mandi ni baru tingkat pertama. Ada banyak tingkat lagi..malas nak naik.

Waktu aku datang ni dah pukul 4 petang, boleh mandi dengan separuh badan je tenggelam. Kesejukan yang melampau.



Ada masa korang datang sini, roger-roger la ye. Boleh lepak sekali, sambil-sambil mengeteh ke :)

Malam Pertama Di Air Terjun Gunung Ledang Malam Pertama Di Air Terjun Gunung Ledang Reviewed by Nick Nashram on 09:02:00 Rating: 5

14 comments:

  1. seronoknya dapat mandi air terjun..sejuk, nyaman je rasa...

    ReplyDelete
  2. AMBOOOOIIII.. tak nyabor buat entri malam pertama,, honeymoon,, bulan madu,, pfftttt

    ReplyDelete
  3. wah sudah berhoneymoon di gunung ledang ya...tahniah...tempatnya indah n menarik...

    ReplyDelete
  4. hahaha hbs la muja. bawa naik cameron la nnt

    ReplyDelete
  5. Ngko macam tau je aku honeymoon kat sini mase baru kawen dulu....

    ReplyDelete
  6. best ar.. lama x mandi air terjun.. best...

    ReplyDelete
  7. Gunung Ledang syok brooo!Pekan Tangkak tu ada la dua tiga kali sampai masa adik aku duduk MRSM Tangkak.Bro,orang Tangkak takkan xde cerita-cerita legend pasal emas kot bro?or ape2 je cerita legend kat Johor.Johor banyak history.Kekadang tak masuk dek akal pun ada.

    ReplyDelete
  8. pernah g sekali.memang best pun sambil makan2 ngan family

    Berjaya Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee

    ReplyDelete
  9. dah lama tinggalkan aktiviti ni...sejak musim penyakit kencing tikus merebak dulu...

    ReplyDelete
  10. lah..dah banyak kali sampai Tangkak.. tapi tak tahu lah plak kewujudan air terjun ni... cantiknya..nyaman je tengok... :)

    ReplyDelete
  11. amboii tajuk tak menahan muahaha... lama nya la dh tak penah mndi air terjun ni....

    ReplyDelete
  12. zaman sis sekolah , tpt ni masih fresh aka blm dicomercialkan . x de guard , x kena bayar . sekarang dah ada resort ... air memang sejuk bro . lepas berendam , duduk sat, kejap jer baju dah kering balik ... dah lama x pergi huhuhuuu .

    ReplyDelete
  13. timm tempt cmni mmg trsangtlah suka! dpt dgr bunyi burung..tmpat hijau..sukanya!! pling best mndi mnda larr..hilang semua stress..

    ReplyDelete
  14. Hamboii..malam pertama katanye. Haha. Macam best je mandi air sejuk! :D kantoi dah kat mana tempat honeymoon kak muja nanti. Haha.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.