Kisah Hantu Jalan Raya Yang Seram


Tujuan orang yang membela hantu raya dan yang sewaktu dengannya adalah untuk meminta pertologan dari hantu aka jin aka syaitan untuk mencuri duit , menyihir orang, melindung diri, untuk menjadi kebal dan kuat, untuk cantik, pelaris, pengasih dan sebagainya. Ingat, hukumnya haram, syirik dan berdosa besar.

Tujuan orang yang menjadi hantu jalan raya dan yang sewaktu dengannya adalah untuk menyusahkan hidup orang lain, nak dapat duit dengan cara mudah dan mungkin juga untuk menyamun. Spesis hantu jalan raya adalah seperti berikut :

a. tabur paku atau skru di atas jalan raya untuk bocorkan tayar.
b. lontar telur ke atas cermin kenderaan.
c. simbah minyak atas jalan raya.
d. buat-buat kereta rosak dan lambai tangan minta tolong.
e. pura-pura jadi polis dan tahan kereta.
f.  langgar kereta dari belakang.

Banyak lagi cara hantu jalan raya ni nak menyamun. Tengok tayar kereta aku pun jadi mangsa kena cucuk skru. Satu tayar bocor, sepasang kena tukar. Kos tukar tayar baru dah RM 500. Bajet nak bagi RM 50 sorang kat mana-mana blogger yang datang beraya kat rumah aku :)
Kisah Hantu Jalan Raya Yang Seram Kisah Hantu Jalan Raya Yang Seram Reviewed by Nick Nashram on 09:27:00 Rating: 5

20 comments:

  1. Salam kenal..singgah BW dan follow sini..RM500? Banyak tu..hmm..sabar jelah, biar Allah yang balas perbuatan tu..

    ReplyDelete
  2. Sabar yer...dugaan bulan Ramadhan...saya pernah kena sekali waktu malam, xde pon lori, boleh pulak ada batu agk besar kena cermin depan...abis retak...nasib tak pecah...bawak slow2 g bengkel...org bengkel ckp area situ mmg kawasannya...nasib baik xberhenti...

    ReplyDelete
  3. HANTU JALANRAYA NI HANYA FIKIRKAN KESELESAAN DIRI DGN MEMPERTARUHKAN NYAWA ORANG LAIN...

    ReplyDelete
  4. besar tu skru yg melekat.. memang x berkat rezeki orang camni.

    dulu abang aku nyaris eksiden sebab ada minyak atas jalan. yang bagusnya depan tu sikit ada orang tow truck (bangsa melayu) yang frust sebab kereta abang aku x eksiden. cam haram je perangai..

    ReplyDelete
  5. Sama nasib dengan kereta kak ana, kena paku tapi suami gi injek semula je sb tak serius sangat..sabarlah Nick..cobaan..

    ReplyDelete
  6. nie hantu mengade2 namenye.. ambil kesempatan dalam kesempitan..haiyaa.. sabar je la nick.. banyak tu 500..hurmm

    ReplyDelete
  7. La ingatkan betul-betul hantu. :3

    ReplyDelete
  8. masih ada lagi ekk hantu macam ni :(

    ReplyDelete
  9. ni hantu plust celaka..
    serius.. sampai bila la diorg nak cari rezeki dgn cara mcm ni

    ReplyDelete
  10. Memang patut dipanggil hantu ... menyusahkan orang je. Bab langgar kereta dari belakang, takut jadi kes ugut.. jadihati hati beb

    ReplyDelete
  11. nih hantu yang maha keji
    minta simpang lah kan dari jumpa hantu macam nih

    ReplyDelete
  12. Hantu jalanraya lebih seram daripada hantu raya ^__^

    ReplyDelete
  13. woo..tabur paku tu slau dgr jugk..klu kt kwasan utara depa kta rajin depa tabur pku kt laluan motosikal..eii..scary kot..kna tyar mletup kita trpelnting ke, apa ke..

    ReplyDelete
  14. kalau blogger jauh tak ley dtg raya kene bagi gak 50 sorg hehe

    ReplyDelete
  15. hadoi la, lari bajet kahwin NN..hehe

    ReplyDelete
  16. Lagi2 nak raya ni. Lagi byk hantu jalan raya. Siannye..sampai rm500 tu. Sabar ye. :)

    ReplyDelete
  17. habis terus bonus raya . sis pernh jumpa jln licin sbb dilimpahi minyak dan paku bertaburan atas jln masa melakukan perjalanan untuk berhari raya . dia org ni mmg bkn manusia kot !

    ReplyDelete
  18. kalau hantu yang ni, memang sangat jahat

    ReplyDelete
  19. kalau dah hantu, perangai hantu jugak.. semoga yang jadi hantu tu berubah jadi malaikat..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.