Checklist Dan Bajet Kos Pertunangan


Sesiapa yang bercadang untuk melangsungkan upacara pertunangan, boleh baca kat sini checklist dan kos untuk majlis pertunangan tu nanti. Yang ni aku punye checklist. Nanti korang tambah sendiri la ye yang mana kurang.


Checklist Dan Bajet Kos Pertunangan

Tema warna                    : ___________?
Jumlah undangan          : ___________?
Tarikh hari pertunangan : ___________?


1. Baju tunang

  • Korang boleh guna kain yang dihantar oleh pihak lelaki masa hari merisik untuk buat baju.
  • Atau guna baju raya yang belum pakai/ yang dah pakai kalau ok apa salahnya.
  • Atau kalau ada modal lebih beli baju baru atau sewa.
2. Gubahan hantaran
  • Guna kreativiti korang sendiri. Boleh tengok dalam majalah pengantin cara nak gubah tu. Jimat kos. Lipat kain dan barang-barang, kemudian letak reben sikit pun dah cantik. Simpan duit untuk kahwin lagi baik.
3. Barang-barang hantaran
    Nak jimat dulang, letak apa yang nak dipakai masa kahwin nanti macam :
  • Cincin
  • Sejadah & Quran
  • Dompet & Tali pinggang
  • Kemeja
  • Handphone / Kamera 
  • Kek / Chocolate/ Buah
  • Set perfume/ Body shower set
 4. Mini catering
  • Untuk mini catering, korang boleh bajet dalam RM 500. Tapi masak sendiri lagi jimat. Jemput saudara mara je untuk majlis ni datang makan. Dah kahwin nanti, baru buat besar-besar.
 5. Kad undangan
  • Tak ada pun tak apa. Jemput dengan mulut je. Simpan duit untuk kad kahwin nanti.
  • Kalau nak buat bagi tujuan nak ada peta bagi memudahkan tetamu datang, bajet la dalam RM 3 untuk sat kad.
6. Mini pelamin
  • Bajet dalam RM 300, sekali dengan gubahan bunga.
  • Yang simple, korang design sendiri, nak buat kat luar atau dalam bilik.
 7. Make-up
  • Korang make up sendiri je atau mintak tolong kawan-kawan. Tak payah la habiskan duit panggil mak andam.
Majlis pertunangan tak grand pun tak apa. Janji sempurna. Kahwin lagi banyak nak guna duit. Semoga semua berjalan dengan lancar. Mohon my future wife baca ni jugak :)
Checklist Dan Bajet Kos Pertunangan Checklist Dan Bajet Kos Pertunangan Reviewed by Nick Nashram on 11:09:00 Rating: 5

24 comments:

  1. Yahhhhh.. Dah bertunang ke? Heheww

    ReplyDelete
  2. Info yg bermanfaat! Congrats bg yg dah bertunang tak terkecuali cikgu nick dan kak muja, goodluck bg yg bakal bertunang. ^_^ moge jodoh berpanjangan sampai bila2. Amin..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..keluarga belah sana cakap cincin pun dah cukup.

    ReplyDelete
  4. Kawan dulu bertunang, dgn gaji delay belum dapat nak dekat 2 bulan...poket tinggal beberape keping rm 1 dan 5. Tiket nak balik kl pegi kerja pun tak lepas.
    Tapi dah rezeki, dapat juge bertunang. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Good info untuk bakal menjadi tunangan orang..
    Selamat bertunang

    ReplyDelete
  6. ehem..dah bertunang ya? Tahniah ya Nik. nanti share la sekeping gambar

    ReplyDelete
  7. bejimat cermat amalan mulia ek cikgu ;p mewhehuhuhu...

    ReplyDelete
  8. dulu ramai share entry pasal nak berjimat cermat dlm melangsungkan pertunangan dan perkahwinan.... tapi bila dah lalui semdiri baru tahu bahawa walau nak berjimat mcm mana pun, byk juga wang yg perlu dibelanjakan kan?

    ReplyDelete
  9. terbaik la tips nie.. berguna utk mase depan nie..hihi.. btw, semoga semua yg nick n pasangan rancang berjalan lancar.. aminn.. :)

    ReplyDelete
  10. selamat bertunang nick.. nanti boleh refer sini kalau nk brtunang. hehe

    ReplyDelete
  11. erm.. yang nak bertunang tu mmg nak berjimat n buat kecil2an. tapi yang famly ni nak besar2. ngee.. cmna tu..

    ReplyDelete
  12. esok mcm merisik jer ... ehem ehem . tak yah catering . kerah jer tenaga adik beradik n anak buah pi masak ... heh heh

    ReplyDelete
  13. nak lagi jimat takyah buat pelamin..hehe..macam nad..

    ReplyDelete
  14. wah3..hehe..honeymoon bila ? hehehhe... kawen kat mana ? Nanti jgn lupa jempuit ..

    ReplyDelete
  15. majlis tunang buat simple2 bersama keluarga terdekat saja...berkenduri anak beranak pun kenduri juga...

    ReplyDelete
  16. majlis tunang buat simple saja ...raikan bersama anakberanak n keluarga terdekat..kenduri kecil2.

    ReplyDelete
  17. hehe, kwan timm buat simple + spontan je..patutnya family lelaki nk mai merisik je, alng2 perempuannya dah setuju, truih tunang la tu jugak..sweet gila!

    ReplyDelete
  18. bagus nick ni..biasa orang perempuan yang ambil berat pasal majlis bertunang,lelaki datang antar mak ayah je.tapi personally saya rasa kalau bertunang hantaran simple je kot macam kain baju dan makanan.kalau gadget lagi elok tunggu hari kahwin nanti. anyway, congrats!

    ReplyDelete
  19. good..bley gune ni,,hikhik,,jimattt

    ReplyDelete
  20. tp klau umo bru 21..rase2 fmly ok x?
    tkot nk bercakap ngn abh n mama :(

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.