Bahaya Upload Gambar Wanita Hamil Di Facebook


Page Ibu Hamil Di Facebook

Terjumpa satu status ini di facebook di Santai Ben Ashaari "Kenapa aku nasihatkan jangan post gambar ibu sedang BF ?? Nak tau kenapa ??? Ini contohnya yang dah berlaku...." dan bersama status tu ada diberikan sekali link ke page hamil bertudung. Kesemuanya adalah gambar-gambar ibu yang mengandung yang mana dikumpul di dalam facebook dan dimasukkan ke dalam page tersebut. Ini link ke page itu : https://www.facebook.com/groups/hamilbertudung/?ref=br_tf

Komen Lucah Gambar Ibu Hamil  

Apa yang menyakitkan hati, gambar-gambar tersebut akan dijadikan bahan tontonan dan komen-komen yang ditulis pada gambar-gambar berbaur seks dan lucah yang melampau. Nak tahu macam mana tahap kelucahan tu? Korang masuk page tu dan bacalah sendiri. Sanggup ke korang nak biarkan gambar isteri, adik, kakak atau saudara korang dijadikan tontonan oleh makhluk yang bernafsu macam tu?  

Report Page Hamil Bertudung

Langkah yang korang boleh buat sekarang ialah dengan report page tu ramai-ramai. Bagitahu kat kawan-kawan untuk buat perkara yang sama dan kalau boleh, elakkan daripada upload gambar-gambar yang boleh menjadi target kepada makhluk-makhluk ini untuk memanipulasikan gambar-gambar korang.

Bahaya Upload Gambar Wanita Hamil Di Facebook Bahaya Upload Gambar Wanita Hamil Di Facebook Reviewed by Nick Nashram on 08:56:00 Rating: 5

15 comments:

  1. ishh takotnyee.. org pregnant pon boleh buat org bernafsu.. hurmmm... sepantas kilat anis g report page tu.. :)

    ReplyDelete
  2. perempuan tengah hamil pun boleh ke...ni semua dasar pervert.hadoi la..

    ReplyDelete
  3. benar tu xelok gambar2 kita diupload kedalam facebook selain terdedah dgn komen2 lucah gitu juga mudah terkena sihir..

    ReplyDelete
  4. whattt the fish!! gila ke apa...ada gak org mcm ni harusss di rejam je...skrg ni mcm2 dorang bleh buat dgn hanya sekeping gambar!

    ReplyDelete
  5. nafsu binatang ni yg mana joint and komen page tu..
    org hamil pun bleh stim..
    ni dasar sex..giler2.. entah.. bapak ar..
    smoga korang dpat hidayah :P

    ReplyDelete
  6. Haishh..gambar ibu hamil pun boleh jadi mangsa. Memang awal2 lagi dah report. Klik terus report. Moge2 dpt hidayah la orang2 yg komen kt fb tu.

    ReplyDelete
  7. Tak senonoh betul lah mereka2 yg tak bertanggungjawab tu..org nak share kegembiraan pun salah..

    ReplyDelete
  8. dierog xde keje...cri bahan xfaedah nii...byk dh mereport...iskk..post gmbr sdri pon bhya skg ni kan..

    ReplyDelete
  9. gambar pregnant pun jadi bahan

    ReplyDelete
  10. menggerunkan la..bahaya sungguh...sis x pernah tangkap gambar masa pregnant sbb buruk sgt rasanya...hehehe

    ReplyDelete
  11. sis cuma berani letak satu gambar jer ... yg lain delete . takut jadi mcm muja wpun x secantik mugagirl ... heh heh . org klu otak tu dah fikirkan ke arah 'itu' , apa pun bahan blh dia jadikan 'itu' .

    ReplyDelete
  12. menakutkan je tengok komen satu2..masing2 xde keje..

    ReplyDelete
  13. gambaq pumpuan yg brtudung pun ada page jugak nick..huhu..

    ReplyDelete
  14. saya dah report page tu tapi facebook bagi mesej review yg mana takde unsur2 apa pun dalam tu ...jadi diatak remove pun ... apa punya Mark Zuckenberg laa...hmm

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.