Alahai, Puasa Datang Lagi !


Puasa
datang lagi. Bukan setakat Tora je yang datang lagi ye. Yang bezanya kalau Tora datang, semua orang tak ambil kisah. Tapi kalau puasa datang lagi, ramai pulak yang resah gelisah.

APA YANG PERLU UNTUK PUASA?

NIAT
Kalau tak niat puasa, macam mana nak puasa kan? Nak elak dari korang lupa, niat puasa sebulan terus : Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

SAHUR
Bangunlah sahur walaupun minum air sejuk je. Kalau goreng ayam untuk bersahur pun sedap jugak..berselera makan. Tapi janganlah pukul 10 pagi dah ada yang mencekik kat belakang rumah. Tengok air paip menitik air liur.

IMAN & SABAR
Puasa memang menguji kesabaran. Lebih-lebih lagi musim kemarau. Tengok kambing tengah makan rumput rasa macam nak terajang je kambing tu sebab buat terliur..hehe. Masa ni jugak la nafsu nak makan tu mengamuk. Tengok makan tu sedap, yang ni sedap. Macam-macam ada kat bazar. Mata pulak kena jaga. Jangan pulak ada yang pergi bazar pakai legging..tak pasal-pasal kurus puasa kitorang.

BERBUKA
Yang ni tak payah suruh, memang tak payah disuruh korang akan buat. Masa ni jugak la nak tahu orang tu berpuasa ke tak. Kalau dia jeling lauk berbuka macam takde apa, sah masa tengahari tadi dia dah bantai awal-awal lagi lauk yang sama.

 Selamat berpuasa kepada semua *tulis entri ni sambil buat biskut raya*

Alahai, Puasa Datang Lagi ! Alahai, Puasa Datang Lagi ! Reviewed by Nick Nashram on 11:09:00 Rating: 5

23 comments:

  1. hehe..setuju dengan quote tu..layakkah kita berhari raya. selamat menempuh bulan Ramadan NN!

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut Ramadhan Nick :)

    ReplyDelete
  3. iman dan sabar penting..
    tambah2 bab bila kat bazar ramadhan bro..

    ReplyDelete
  4. Azam ramadhan dah ada. Harap2 dapat capai azam tu. awalnye buat biskut. Tak sempat raya nanti mesti dah habis. Haha

    ReplyDelete
  5. the first year... we will celebrate ramadan and syawal together :')

    ReplyDelete
  6. insya Allah moga ramadan kali ini kita raikannya dgn berpuasa n beramal ibadat banyak2..

    ReplyDelete
  7. amboii ye ke buat biskut?? ke makan biskut??hahah.. selamat menyambut ramadhan nick.. :)

    ReplyDelete
  8. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Nick...Moga Ramadhan ini lebih baik dr Ramadhan tahun2 sebelumnya...In Shaa Allah...

    ReplyDelete
  9. menghitung hari..tak smpi 10 hari kita nk puasa dahhh...slmt berpuasa ye..

    ReplyDelete
  10. Selamat menyambut Ramadhan ye Nick..

    ReplyDelete
  11. Dah nak puase laa.. Huhu. Cam tak caye je. Bukan takat tengok kambing je rasa nak terajang. Baca majalah, tunjuk gambar budak makan lolipop pun da terliur. Mencabar gak tuh.

    ReplyDelete
  12. semoga kita berjaya memperolehi pahala puasa yang sempurna kelak..selamat menyambut Ramadan buat Nick dan semua rakan blogger

    ReplyDelete
  13. salam ramadhan..tahun ni berseorangan, tahun depan in shaa Allah Nick dapat gi dengan pasangan ..hehehehe

    ReplyDelete
  14. Ramadhan datang lagi.. alhamdulillah kita dijemput lagi untuk menambah amalan berlipat ganda

    ReplyDelete
  15. awainya buat kue rya? wat sampel ke apa? slamt mnymbut buln puasa!

    ReplyDelete
  16. kuih syaaban la ... raya nanti baru sebut kuih raya ... heh heh

    ReplyDelete
  17. dah dekat ye..mcm xsabar je

    ReplyDelete
  18. selamat berpuasa kpd semua blogger dan pembaca blog ni :)

    ReplyDelete
  19. mak aii..awalnya buat kuih raya. hahaha
    macam best je nak puasa tahun ni. mencabar. harap semuanya berjalan lancar
    selamat berpuasa nik

    ReplyDelete
  20. Ramadhan datang lagi..teringat pulak spiritual journey daripada Ramadhan yang lalu...harap2, tahun ni makin banyak yang diperolehi..amin..

    http://exquisitely-aleda.blogspot.com/2013/08/the-real-meaning-of-ramadhan-and-eidul.html?m=1

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.