Hati Seorang Bakal Pengantin


Perkahwinan - Pelengkap Kehidupan

Mungkin antara kita ada yang dah bersedia untuk berkahwin tapi masih ragu-ragu. Salah satu sebabnya ialah belum mendapat pekerjaan. Bagi yang dah bekerja, perasaan bimbang tu tetap ada di sudut hati kerana terfikir "adakah gaji yang diterima itu cukup untuk menyara keluarganya nanti?".

Kalau kita buat benda yang baik, insha allah, Allah akan tambahkan rezeki lagi. Jangan disebabkan alasan ekonomi, benda yang baik  dijadikan alasan untuk ke jinjang pelamin. Ramai je yang bermula daripada tidak ada harta semasa kahwin, tapi rezeki melimpah dan cukup keperluan untuk menyara keluarga selepas kahwin.

Bila Nikah Jadi Mahal - Zina Jadi Murah


Jangan terkejut kalau ada yang sanggup pinjam sana sini sebab nak kahwin. Dah lahir dua tiga orang anak pun masih duk bayar hutang dengan bank lagi. Tapi nak buat macam mana? Sesetengah mentaliti masyarakat kita yang memandang sesebuah perkahwinan tu mestilah dibuat secara besar-besaran. Jangan ikut orang kata, tapi ikut agama. 

Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan mudah urusan perkahwinannya.

Kos Perkahwinan

Lelaki mana yang tak stress bila fikir tentang duit untuk kahwin. Dari duit hantaran, pakaian pengantin, jurugambar, kad kahwin dan macam-macam lagilah. Sekarang kos sara hidup tinggi, dengan cukai GST lagi, gaji yang banyak pun kejap je habis.

Alhamdulillah, my future wife dekat je dengan rumah aku, lebih kurang 15 minit dah sampai. Kitorang sebenarnya tinggal di satu bandar..tak sangka pulak jumpa, dah jodoh. Kalau jodoh korang dengan orang jauh, kos perjalanan (minyak+tol) dan kos tempat tinggal (homestay) tu kenalah kira sekali dalam bajet tu. Apapun, berjimat lah dari sekarang macam cara yang aku tips ini.

To My Future Wife



Thank you for accepting me into your life, thank you for sharing your tender love with me, thank you for making me laugh where I'd almost forgotten how to, thank you for understanding and trusting me so much. Thank you for everything, you and your family. You are truly a blessing :)

Hati Seorang Bakal Pengantin Hati Seorang Bakal Pengantin Reviewed by Nick Nashram on 11:16:00 Rating: 5

29 comments:

  1. maksud saya...merancang perbelanjaan :-)

    ReplyDelete
  2. Cepat2lah akad :) ...semoga anda berdua akan kekal bersama dan bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  3. sweet weh ayat2 last tu..
    moga Allah berkati hubungan nik dan muja.
    cepat2 langsung dehhh.. :D

    ReplyDelete
  4. Comel sangat bakal isteri dia. hahaha

    ReplyDelete
  5. Alolooo so sweett la .huhu.
    InsyaAllah Allah akn mudahkan urusan kalian mndrikan masjid :)

    Kompang dipaluu.. Pengantin baru.. Ahaks ternyanyi pulak

    ReplyDelete
  6. eh..eh..macam kenal...wah....cikgu bertemu cikgu..alhamdullilah...baru sempat godek blog...tahniah..:) dan semoga dipermudahkan semua rancangan..:D

    ReplyDelete
  7. insya Allah..Allah akan permudahkan semua urusan perkahwinan cikgu nick...

    ReplyDelete
  8. tahniah...semoga di lancarkan semuanya..

    ReplyDelete
  9. Hii..saya datang dan follow kamu..feel free to hit me back yeah..
    *meet new friends*

    Btw, kite dah berlalu zaman perantin perantin ni..memang stress kalau terlalu mengharapkan kesempurnaan untuk majlis.satu hari tu..just plan and follow the flow.. Allah is our greatest planner! Nanti kenduri ajak tau..hiks..hiks..kite kawan dah kan? 😉

    ReplyDelete
  10. bila dah jodoh ... jumpa di dunia blogging rupanya satu kg jer ... hehehee . teringat my housemate satu masa dulu . dok mencari jodoh sampai umur 35 sudahnya jumpa kat mirc ( ruang sembang internet yg popular satu ketika dulu ) yang rupanya cuma dok sebelah kg saja ...

    ReplyDelete
  11. Semoga segalanya dipermudahkan. ^^ baik niat kite insya-Allah segalanya Allah mudahkan.

    ReplyDelete
  12. hahaha
    bab kos yg palingg paling paling pening sekali..
    ps.... x lama dah nihh hahaha untung la ddk dekat

    ReplyDelete
  13. Semoga bahagia sampai ke anak cucu.

    ReplyDelete
  14. semoga segala yang dirancang oleh abg nik and kak muja dipermudahkan. Nak kawen jangan lupa bagi kad ye abg akak sekalian :)

    ReplyDelete
  15. wohaaaa tahniah2...semoha dipermudahkan segalanya bro...nanti jgn lupa jemput aku heheeh

    ReplyDelete
  16. wau! amboi2..berbunga-bunga cinta..

    ReplyDelete
  17. Sweetnya.. Hehee semoga segala perancangan menuju alam perkahwinan dipermudahkan.. Amin.. :)

    ReplyDelete
  18. Saya doakan semoga segala urusan Nik dan bakal wife akan dipermudahkan Allah. Kalau niat dan hajat yang baik, Allah akan tolong kan

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah, semoga terus bahagia ye..

    ReplyDelete
  20. Semoga semuanya dipermudahkan.. org cakap jodoh kita sbenarnya dekat dengan kita sampai masa kita akan bertemu...

    ReplyDelete
  21. Soal bersederhana dalam majlis kahwin ni la yang buatkan saya jadi rebellious dengan family. Bukan apa, kalau dah sampai buat personal loan ikat 20 tahun semata-mata untuk sehari majlis kahwin yang gah, saya rasa itu kerja orang bangang namanya.

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillaj.akhirnya..:)
    Hana tetamu vvip yaa..hehe

    ReplyDelete
  23. @ewanthology

    ewan, seb baik kau cepat² cover eh? hahahaha.

    ReplyDelete
  24. Assalammualaikum... bro nicknasham,

    cepat2 kahwin... insaallah moga2 berbahagia sehingga ke akhir hayat.. amin.

    mselim3

    ReplyDelete
  25. bila nk buat benda baik...insyaAllah segalanya akan berjalan lancar...kena buat list la...benda2 yg perlu disetelkan...

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah..benda baik tak elok di percepatkan orang kata hihih

    ReplyDelete
  27. semoga dipermudahkan..aminn

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.