Tips Mudah Berjimat Cermat Untuk Lamar Blogger NMI

Mulai sekarang aku dah mula berjimat. Sebab apa? Sebab nak lamar si dia. Aku ni jenis yang suka shopping..siap kena marah lagi dengan dia sebab bad habit ni. Dah kena start fikir pasal komitmen dan tanggungjawab. Bila korang dah jumpa orang yang korang nak jadikan pasangan hidup, perkara pertama yang korang kena buat ialah berjimat cermat. Cukup duit terus nak masuk pinang dia :)


CARA BERJIMAT CERMAT VERSI AKU

1. Masak makanan sendiri 
 
Masak yang simple sahaja. Telur, ikan dan sayur goreng cukup la. Walaupun kadang-kadang tu tak berapa nak sedap, tetapi tetap habis. 

2. Guna pengangkutan awam
Kalau tempat kerja ada kemudahan LRT atau ada motor, guna je yang tu. Naik kereta kena fikir pasal parking,tol, petrol. Motor korang boleh main cilok-cilok. 

3. Berhenti merokok
Siapa yang merokok kat sini, berhenti la ye. Kalau sehari habis RM 10, sebulan, setahun tu dah berapa? Kalau korang kumpul untuk kahwin tu, boleh buat majlis 3 hari 3 malam kot.

4. Jangan bawa wallet
Kalau member ajak minum-minum kat luar takkan la nak tolakkan. Tips mudahnya time nak bayar korang cakap wallet tertinggal kat rumah. Konpem diorang belanja.

5. Kaji balik bil ASTRO dan internet
Dalam sebulan, berapa kali korang ada masa nak tengok TV? Sama jugak macam internet, langgan yang mahal tapi sekadar guna untuk facebook je, baik subscribe internet yang ada dalam handphone tu je.
 
6. Jangan pergi pawagam
Ada internet download je movie banyak-banyak. Nanti membazir kalau kuota internet tu tak habis. Kan korang langgan internet yang mahal..hehe

7. Elak pergi shopping mall
Beli je baju kat pasar malam atau bundle. Rasanya kalau setakar nak beli jersi tu berlambak-lambak jual. Asal boleh pakai sudah. 

8. Slow-slow unlike page shopping
Kalau korang selalu shopping barang atau baju secara online, dah boleh slow-slow klik unlike page tu.

Tips Mudah Berjimat Cermat Untuk Lamar Blogger NMI Tips Mudah Berjimat Cermat Untuk Lamar Blogger NMI Reviewed by Nick Nashram on 12:53:00 Rating: 5

39 comments:

  1. haha..tips no. 4 aku nak try buat...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... semoga berjaya nik.. :)

    ReplyDelete
  3. ko merokok ke? payah tu nak tinggalkan. Kalau dah erjaya, moga kekal sampai ke tua tak merokok. Selamat berjimat cermat!

    ReplyDelete
  4. Eh..Nik merokok ke? Eloklah berhenti. tak elok utk kesihatan. Haa...dah cukup duit tu, cepat2 masuk pinang si dia ya. Oh ye..majlis jgn lupa jemput ya. hihi

    ReplyDelete
  5. semangat betol..haha, semoga berkekalan sehingga ke alam perkahwinan.
    adarain.com

    ReplyDelete
  6. monthly budget paling penting. sebab setiap bulan boleh target berapa banyak nak kena save utk cukupkan amount yang nak simpan tu.

    tahniah cikgu.. semoga terlaksana impian suci murni tersebut. hehe..

    ReplyDelete
  7. pergghhhh.. lawa orang sebelah.. agagagaga

    ReplyDelete
  8. saya ada kawan yg tak merokok, tapi majlis kawen dia takde pulak 3 hari 3 malam,,, buat loan kat bank plakk tuu.. huhuhu

    ReplyDelete
  9. Good plan.hehe. As an addition, mana2 pakaian yg x pakai or jrg pakai tu blh wat preloved for sale.jual blk dlm fb ke ig ke.jual dgn hrga org mampu milik, tu kira salah satu saving. Then do have business on9, xde produk sndiri pn tlg jual produk lain.untung singgit dua pn klu lama2 jd bertimbun jgk.

    Then bila tau je ada sale gile2, elok slow2 bli trus brg hntrn dan sbgnya.cth bila bln dpn ada sale kemeja, bli trus.nxt sale utk prfume, grab them. Jd tiap2 bln at least kna ada pruntukan utk plg tidak pn satu par brg hntrn.hopefully membantu :)

    Pray for both of u.nik nti pm email nik n nmi, i'll send wedding plan and list

    ReplyDelete
  10. klu nk tgok astro gi kedai mamak je siap ada free wifie lgi tuh! buat2 la minum segelas air ;p
    dahhhh jimat dua benda...

    ReplyDelete
  11. anak muda yang berwawasan.. hehehe.. tahniah buat kamu berdua.. :)
    sama cantik sama padan..

    ReplyDelete
  12. WAH BERJIMAT CERMAT SUNGGUH NI..BAGUS TU..NAMPAK SERASI PILIHANNYA TU..

    ReplyDelete
  13. Jangan fikir nak berjimat je. Kena fikir bgm nak tambah rezeki jugak...Ok tips nya...banyakkan sedekah. Semoga hasrat murni kalian tercapai segera.

    ReplyDelete
  14. Wahhh nikkk.. Bila agak2 dapat rase mkn nsi mnyk nie.. Huu

    ReplyDelete
  15. waahh..tips menarik..no 4 mmg lawak..kopak kawan nikk!!hahahahaa..

    ReplyDelete
  16. tips yang bagus nie ^_^ jimat cermat

    ReplyDelete
  17. wah...semoga cepat2 tunaikan hajat tuh yer..

    ReplyDelete
  18. Niat yang baik insyallah Allah permudahkan..mudah2an ada jodoh kelak..

    ReplyDelete
  19. semoga dipermudahkan urusan nya . kalau jalan tu dah mudah aka tak de halangan , insha Allah segalanya akan berjalan seperti yg dirancang . psst ... no.4 tu ulor sikit weh !

    ReplyDelete
  20. ehem ehem cantiknya si dia, nick stop merokok, kak ana sokong 100%, si dia pasti bertambah chenta... bab tinggal wallet tu bahaya gak nnt drive kena sport check dgn pak polisi kena kuar duit saman lak tak bawa lesen..hehe..

    ReplyDelete
  21. Erm..tips utk perempuan gak ni.hehe

    ReplyDelete
  22. Nick, kau kalau selfie memang tu je eh port yang kau pilih? Tempat sama je? Hahaha.


    Jahat tak komen aku?

    ReplyDelete
  23. Niat yang baik, semuga ALLAH ermudahkan.....
    AMIN>>>>>

    ReplyDelete
  24. semoga kekal ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat untuk korang. yg penting jgn lupe jemput =)

    ReplyDelete
  25. cantik.. niat baik insyaAllah akan dipermudahkan....... :)

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah..keep it up nik..

    ReplyDelete
  27. Macam cantik je, macam comel je dia...inshaallah Nick, smga smua berjalan lancar spt y dirancangkan..smoga kalian bahagia sokmo..

    ReplyDelete
  28. amboi Nick...sama padan sungguh...encem dan cantik...bagus tu tu...jimat cermat..yg no. 4 tu tak tahan...bagus tips ni..hehehe...semoga berjaya nick..cepat2 kumpul duit..cepat2 melamar si dia yg cantik lawa tu... :)

    ReplyDelete
  29. Korang berdua memang sama padanlah....
    Jangan lupa jemput ha.... ^__^

    ReplyDelete
  30. tiba2 aku terblogwalking kat blog NMI. huahuahua.. cepat2 skit bro..

    ReplyDelete
  31. waa..so sweet..memang berwawasan bangat ni...god lux ya..moga semua tips tu diikuti untuk melamar sis muja..

    ReplyDelete
  32. Semoga dipermudahkan niat baik nak mendirikan masjid tu.. hehe .

    ReplyDelete
  33. Banyak komennya di sini, letih nak skrol bawah...semoga berjaya!

    ReplyDelete
  34. tapi baru semalam ada org shoppingkan 3 helai wide shawl utk si dia. hihi thank you yea.

    ReplyDelete
  35. la hai...dgn mujadewa tu ke?blogger kan?ish..ish..tak sangka btol...tahniah :)

    ReplyDelete
  36. Congrats! MAcam penah baca entry macam ni kat blog Muja.

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  37. amboii tu dia..hehe..pandai cikgu..kene berjimat ok..nak pinang anak org ni..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.