Surat Untuk Bakal Isteriku



Surat ini saya tulis untuk awak. Ya, untuk awak yang tengah baca entri ini. Saya tak tahu siapa awak, di mana awak sekarang ni..cuma apa yang saya harapkan awak tenang membaca entri ini.

Sebelum kita bakal diijab kabulkan, ada beberapa soalan yang saya nak tanya.

Awak,sudah sedia ke awak untuk jadi isteri dan ibu kepada anak saya?
Bukan apa, orang kata tanggungjawab bila dah kahwin lain nak bandingkan masa bujang. Manalah tahu, kalau saya tegur nanti, awak cepat merajuk. Lepas tu tak nak masak, jenuh saya nak pujuk nanti. Tapi kalau awak dah bersedia, insha allah, rumah tangga kita bahagia.

Bercakap pasal anak, saya tak kisah dapat berapa pun. Lagi ramai lagi meriahkan, lebih-lebih lagi anak-anak comel macam awak :P Bab-bab nak mendidik anak tu awak jangan risau kalau mereka perangai degil dan nakal. Awak jangan lupa, saya kan cikgu. Bertahun-tahun berada di sekolah, saya dah masak dengan perangai budak-budak. Cuma apa yang saya nak bagitahu, walaupun awak dan saya sama-sama bekerja, tapi jangan lupa tanggungjawab untuk bersama mereka. Layan kerenah, dengar masalah diorang, pujuk bila diorang merajuk. Ala, macam awak dulu-dulu merajuk.
 
Untuk pengetahuan awak,saya sekarang ni cuba nak tambah lagi ilmu agama dalam diri. Mudah-mudahan dapat membantu saya untuk membimbing awak dan anak-anak. Biar mereka boleh membaca al-quran dengan fasih, boleh menjadi imam dalam solat. Insha allah, kita akan jadikan mereka hamba Allah yang soleh dan solehah. Doakan saya supaya sentiasa istiqamah dalam mendalami ilmu agama ini.

Setakat ini dulu lah surat saya untuk awak. Sama ada awak dah bersedia atau belum, terpulanglah pada awak. Jika awak belum bersedia, saya setia menanti di sini. Sekali lagi, jika awak yang terbaca surat ini, jangan lupa bagi clue sikit siapa awak. Agaknya mana awak ketika ini ye. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Sekian.

P/S : Terasa macam poyo pulak publish entri ni..haha. Kali pertama guna “saya” tulis entri semata-mata untuk awak. Ya, awaklah : )
Surat Untuk Bakal Isteriku Surat Untuk Bakal Isteriku Reviewed by Nick Nashram on 11:00:00 Rating: 5

27 comments:

  1. haha. 'saya tak kisah ada berapa anak" so sweet surat ni. Insyallah jumpe la tu nanti =)

    ReplyDelete
  2. hihi..bestnya.kat mana la 1 lagi tulang rusuk nick tu kan.xpa.Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar , xlama lagi jumpa la tu :)

    ReplyDelete
  3. Aduh...terharunya baca surat ni. Nk tulis jugalah buat bakal suami yg entah mana2 menyorok tu. Aci tak nik?

    ReplyDelete
  4. ko ke yang buat ni?..haha, menanti sampai bila tu?..hahaha

    ReplyDelete
  5. Hahaha gelak jap nick.
    Lepas nie nak komen lak haha .
    Alhamdulillah satu nawaitu yang ikhlas.
    Semoga bertemu dengan si dia.
    Haha

    ReplyDelete
  6. sekali tengok macam sweet jugak ko nih. hahahaa.. dua kali tengok, tak mau komen. wakaka

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah ada jodoh Allah temukan juga nanti :)

    ReplyDelete
  8. alolololo sweetnye sir menaip surat utk "awak" eak hehehe
    insyallah jodoh yang baik akan datang kepada mereka yg baik juga hehehe

    ReplyDelete
  9. Em sedih chegu kalau terbaca entry mcm ini

    ReplyDelete
  10. yg pasti surat ni bukan utk akak lah kan?hahahha hak tuih
    moga yg di tujukan baca surat ni ye
    mesti dia bangga baca surat ni kamu tulis utk dia kat blog lagi

    ReplyDelete
  11. Untuk saya...Oh! Tidak mungkin kita bersama... hahaa!
    Kesian saya lihat orang bujang ni...Semoga dipertemukan jodoh segera...Amin,

    ReplyDelete
  12. gelak kejap aku baca surat cikgu nick nih. hahaha . ada lah sweet sikit. haha saya bagi 4 bintang

    ReplyDelete
  13. semoga org tu memahami ... senyum jer dia baca surat ni nick . sampai masa pasti bersatu juga ... insha Allah .

    ReplyDelete
  14. Kena kahwin cepat2 nie... Heehehe....

    ReplyDelete
  15. Semoga ditemukan jodoh untuk Nick dengan sepantas kilat. Hehehe...

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  16. malaslah balas surat awak sebab saya dah kawen...hahaha

    ReplyDelete
  17. touching la baca surat cinta ni...taknak komen lah...sobsobsob...

    ReplyDelete
  18. nice idea... haha..

    nanti nanti bakal bini baca la...

    ReplyDelete
  19. hahaha..mcm poyo jer... mcm mat romeo jer... :P

    ReplyDelete
  20. bila nak kahwin nanti jgn lupa jemput abe kie..

    ReplyDelete
  21. omomo..cek tersentuh larr..

    ReplyDelete
  22. hihi suweeetttt nya wat surat utk 'dia' ;) apa2 pun kita tungguuuuuu je la ye ;p

    ReplyDelete
  23. "bernikah kita cinta"

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.