Duit Dalam E- Penyata Gaji Aku Hilang Kena Hack!


Bayangkan korang duk tunggu gaji masuk, sedar tak sedar rupanya gaji korang tu dah kena godam dengan hacker. Cuak tak kalau kena macam tu? Sekarang ni dah heboh dengan e-Penyata gaji kena godam. Kadang-kadang takut nak check slip gaji online
 
Khas untuk cikgu-cikgu ye, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada sekolah-sekolah untuk memberi senarai nama guru-guru dan kakitangan sekolah bagi tujuan pengemaskinian maklumat pengkalan data Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Kalau dapat surat dari mana-mana email, tu penipu namanya. Macam ni la rupa surat palsu dalam email tu ye.


 
Tapi sistem e-Penyata gaji katanya ciri-ciri keselamatan tu dah di upgrade. Kena update no h/p dan email. So, kalau password korang tu kena reset, automatically notification akan dihantar kat korang samada melalui sms atau email. Macam-macam la orang nak paw duit orang sekarang ni :(


P/S : Tajuk entri tu saje je buat gempak..gaji dah masuk woiii 10hb ni..hehehe

Post a Comment

19 Comments

  1. tu lah nick...manusia cam tu memang tak berkat hidup kan

    ReplyDelete
  2. Bikin terkejut Nik ni.ingatkan betul2 tadi,

    Orang zaman sekarang ni terlebih cerdik namanya. aduh la..

    ReplyDelete
  3. simpan duit duit buat belanje kawin wak.
    banyak nak pakai nanti tu....

    ReplyDelete
  4. Lah! ingatkan betul2 gaji cikgu hilang..isk! ehehe..apa pun kena extra berhati2...

    ReplyDelete
  5. Lerr.. buat terkejut je Nick ni.. hahaa

    ReplyDelete
  6. nasib baik dapat gaji tu. kalau tak, mesti mengamuk mcm king kong nanti. haha..

    takde keje ke orang tu nak hack, tp nampak jugak sistem tu ada kelemahan di situ..

    ReplyDelete
  7. cepatnya ! ... owh, raya haji . pastu kena puasa sebln ... kena berjimat tuh ...

    ReplyDelete
  8. untung laa gomen gaji 10 haribulan...hehehe

    mengajor kat Melaka ke?

    ReplyDelete
  9. skrg ni mcm² kes la kan...tak kire la ape cara sekali pun...janji dapat duit..hishhh!!!

    ReplyDelete
  10. kat n9 pun dah ada beberapa buah sekolah yg dah terkena..

    nasib bek kerani sekolah aku sgt teliti.. kalau tak jadi mangsa jugak lah..

    inilah padahnya kalau kemahiran yg ada disalahgunakan.

    sabar je la.

    apapun tq for info.

    ReplyDelete
  11. prevent is better than cure... *tetiba.. hehehe

    ReplyDelete
  12. peh gaji dah masok.. kayo den kayoo

    ReplyDelete
  13. celik It sgt pun susah juga...mcm2 nak di hacknyer kite punya....ske2 je hek!

    ReplyDelete
  14. Apehal sekarang nih ramai orang yg dah tak ada keje sgt nak hack2 system nih~ Dahlah harituh google malaysia kena hack dengan orang Pakistan =_____=

    ReplyDelete
  15. pasal duit mcm2 banda boleh buat..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.