Pilih Isteri Cantik, Pilih Suami Hensem



Ada orang kata nak anak comel, kena cari isteri cantik atau suami yang hensem.

Ada orang kata kalau memilih suami kerana kacak, kacak tu akan hilang..lagipun hidup bersama nanti nakkan kasih sayang,bimbingan,tunjuk ajar dan saling mengimbangi.

Ada orang kata kalau memilih isteri hanya kerana cantik, 24 jam sibuk dengan tips kecantikannya, suami tak terurus..bila dah hilang cantik,takde lagi yang indah,takde lagi sayang.

Nak pilih yang macam mana?

Putih-putih bak melati,
Merah-merah bagai delima,
Pilihlah yang baik hati,
Yang sayangkan agama.

Pendapat aku, rupa penting jugak dalam mencari pasangan. Kalau aku, paling kurang nak yang ada rupa dan agama..hehe. Rupa tak semestinya kena cun or cantik macam artis tapi biarlah tenang kita melihatnya. Sebab tu dianjurkan tengok dulu pasangan sebelum kahwin. Tapi kalau kita dengar orang cakap dia ni beragama sekian-sekian, then bila kita tengok dia, tak berkenan di hati, agak-agak apa akan jadi. Entri ini sekadar pendapat admin..sekian :)

Pilih Isteri Cantik, Pilih Suami Hensem Pilih Isteri Cantik, Pilih Suami Hensem Reviewed by Nick Nashram on 17:33:00 Rating: 5

29 comments:

  1. Kalau saya pun camtu nik..biarlah sedap mata memandang. Biar dia tinggi sikit dari saya dan yang penting dia boleh terima saya dan keluarga seadanya

    ReplyDelete
  2. Kalau tak berkenan mesti habaq awai2. Jgn permainkan perasaan org lain, hehehe..
    cun dan hensem, ermm susah gak kalau kita punya kayu pengukur tu panjang sgt. Takut tak tercapai akalnya..

    ReplyDelete
  3. cantik tu subjektif.... ikut selera memasing, kadang2 kita tgk biasa je, tapi org lain tgk cun...

    ReplyDelete
  4. bagi aku rupa itu satu bonus kalau dapat yang cantik or hensem. Paling penting, kesersian dan akhlak yang baik.

    ReplyDelete
  5. Pilihlah kerana memang tanggungjawab kita untuk memilih :)

    ReplyDelete
  6. bagi hana kan.. hensem ni akan hana perasan bila kali pertama pandang lelaki tu.. pastu bila dah lama nampak biasa2 ja..

    lelaki bila senyum yang tak hensem pun jadi hensem tau.. wink wink.. :P

    p/s: pasal entry tu. ambik ja nick. hana buat tu.. entah apa2.kalau ambik lepas tu dah edit hana nak baca :)

    ReplyDelete
  7. Samalah, orang tengok rupa juga..janji sedap mata memandang. yang penting terima kita seadanya. bukan demand..hahaha.. :)

    ReplyDelete
  8. Pilihlah yang cantik atau handsome. Tak perlu cantik/handsome di mata orang, cukup di mata kita sendiri =) Orang yang jadi kegilaan ramai pun tak jamin lagi kekuatan imannya. Biar luaran buruk, asal dalaman itu indah :) Kasihilah orang atas dasar kasihNya keran kasihNya tidak mengenal rupa! :)

    ReplyDelete
  9. aku nak pilih lelaki yang solat cukup 5 waktu sbb boleh bimbing aku yg kdg2 tong2 solat ni.Heh~

    ReplyDelete
  10. Pilih suami yang tahu hukum hakam lagi comel hihihi anak2 pun nanti comel...

    ReplyDelete
  11. sy suka lelaki yg pentingkan agama dan penyabar. hensem tu mmg satu bonus tp terpulang pd org yg melihatnya. contoh kwn sy ckp si A ni hensem tp bg saya tak pun. Saya ckp si B ni hensem tp kwn sy ckp biasa2 je. hihi.. yg penting sapa2 yg jd suami sy nti, dialah yg plg hensem bg sy :)

    ReplyDelete
  12. sesiapa pun nak pasangan hensem dan cantik tp itu bukan la ukurannya. Janji akhlak kita baik mesti dpt pasangan yg serupa juga. heee

    ReplyDelete
  13. bagi saya , cukuplah sekadar sedap mata memandang , bila melihat wajahnya , hati kita rasa tenang ... saya selalu perhatikan , ibu yg cantik nih , selalunya anak x cantik . ibunya cantik seorg2 jer ... heheheee ...

    ReplyDelete
  14. yang penting hati dan kejujuran je.. tapi kalo dapat yang handsome/cantik kira 2 satu bonus buat kita :)

    ReplyDelete
  15. yg agamanya cukup
    pandai jaga hati

    ambil berat
    pun dah ok
    rupa next hehe

    ReplyDelete
  16. pilih yg bila tengok muka dia tak rasa serabut and AGAMA itu juga penting :)

    ReplyDelete
  17. x pe ah x cantik. asal pandai masak. x kuat cemburu.. independent.. jujur.. baik budi pekerti .paling penting ada pegangan agama jugak. hihihihi

    ReplyDelete
  18. Sama dgn kita...rupa yang sedap mata ni mandang..first yg kita pndang, agama dan tanggungjwb.. :)

    ReplyDelete
  19. agree ! paling pnting agama...tp susah jgk nak cari macam tu zaman skrg..so..nk yg baik kite pun kne jd baik..lelaki yg baik untuk prmpuan yg baik n mcm tu jugak sebaliknya... =)

    ReplyDelete
  20. Carilah yang amanah, menghormati dan menghargai masa. Jika ada sikap ini...pasti didikan agamanya pun bagus dan kecantikan dalamannya terserlah.

    ReplyDelete
  21. Biasa la 2. Kena jugak memilih tapi kalau dah jodoh dengan sesiapa pun sy terima. Memilih utk jd teman seumur hidup kita. Bukan blh main2 kan. Btl tak admin?

    ReplyDelete
  22. emmmm.... cantik dan ensem tapi bukan rupa sahaja, perangai tu biar cantik dan ensem sekali...

    Sedap dimata sedap dihati...

    ReplyDelete
  23. Yg penting sedap mata memandang..
    Lagi penting jgn tgk rupa tapi AGAMAnya klu nak rumahtangga yg harmoni selamanya..pendidik pd anak2...amin! :)

    ReplyDelete
  24. Err..rasanya baik ukur baju dibadan sendiri kot..huhu. Nak anak ensem, masa pregnant baca surah yusuf banyak2..hehe

    ReplyDelete
  25. sjuk mata memandang pn dh cukup....

    ReplyDelete
  26. apa2pun yang penting sentiasala bersederhana dalam kehidupan kita ni...:)

    ReplyDelete
  27. pilih yang beragama atau senang dididik , dan kalau dapat yang hensom or cantik , tu rezeki la tu...:)

    ReplyDelete
  28. setuju. jenis "yg sedap mata memandang" pun dah memadai.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.