Mak Cik Nak Jual Anak Ke?

Soalan femes sedara mara tanya bila pergi beraya. Dah ada calon belum?

Kalau jawab takde diorang tak percaya.

So, mudah je aku jawab. Calon tu memang ramaiii. 'Calon PMR' dengan 'Calon SPM' kat sekolah ada la.hehehe


Alkisahnya, aku ada terbaca dalam paper Kosmo..katanya nilai anak dara berkelulusan ijazah boleh mencecah RM 50,000. So, kitorang yang bujang ni buat la meeting kat kedai kopi, bincang pasal benda ni. Antara pandangan kawan-kawan aku :

A :
Hantaran mahal, hutang keliling pinggang, isteri tu jugak yang susah nanti.

B :
Ish...ish..macam nak jual anak je..siap ikut kelulusan lagi tu..yang ada PHD tak tau la bape.

C :
Macam ni membujang sampai ke tua la kita..

D :
Adakah hantaran yang mahal tu boleh jamin kebahagiaan perkahwinan itu sehingga akhir hayat?


Tapi ada jugak yang kata "Kalau kita boleh usung anak dara orang ke sana sini, kita boleh berbelanja dating paling leceh pun RM50, kalau kita boleh habis topup beratus sebulan bergayut dengan marka, takkan nak bising dengan hantaran tinggi?"

P/S : To my future wife, please be nice to me :)

 
Mak Cik Nak Jual Anak Ke? Mak Cik Nak Jual Anak Ke? Reviewed by Nick Nashram on 14:28:00 Rating: 5

25 comments:

  1. orang timur pn mahal gak ke ? setahu saya , orang luar mmg mahal sekarang , tapi orang timur hantaran dia macam dulu gak kot ...or depend pada family , sebab ari tu pakcik khawin , tak sampai 10 ribu pn hantaran , dua-dua cikgu...maybe depend pada budi bicara family kot

    ReplyDelete
  2. soalan wajib saudara mara bila waktu beraya hehehe...salam aidilfitri

    ReplyDelete
  3. perlu terima hakikat..
    bahawa majoriti lelaki bujang yang nak kawin tak berduit / tak cukup duit.
    kes hantaran mahal memang orang tahu, tapi tak ramai yang sanggup terima hantaran murah.

    * ade terjumpa kawan dapat rezeki. kawin dengan duit lebih kurang 2k saje.

    ReplyDelete
  4. Hahaha.. yang penting jangan berhutang ja..

    siapakah dia?hehe

    ReplyDelete
  5. tujuan asal wang hantaran cuma nak bagi lepas kenduri sebelah pmpuan je.. tapi sebab sekarang ni dok pandang pd klulusan (darjat) dtambah lagi pengaruh dan hasutan dari sedara mara makcik makcik, makenye, tu yang jadi sampai 50k..

    nak tawar? terpulang...

    option? take it or leave it..

    tak gitu?

    #mujur duit hntaran yg aku kne tak sampai 10k.. huhu

    ReplyDelete
  6. x gentle kalau x layan harga hantaran beb!


    sekali seumur hidup.


    ReplyDelete
  7. raya tahun ni, soalan calon tu takde orang tanya. soalan tahun ni "mana satu yg nak kawin ni?" nasib baik kakak aku dah ada.
    tahun depan tak tahu pulak soalan apa yg kuar nt.

    ReplyDelete
  8. yang wajib sebenarnya mas kahwin.. dan pemberiannya ikut kadar kemampuan pihak lelaki. duit hantaran tu adat je. xde pulak dalam Islam suruh pihak lelaki tanggung belanja kahwin pihak perempuan. tapi bila masyarakat lebih agungkan adat, mula la nak merepek meraban tambah macam2. nak ikut kelulusan apa bagai la..

    ReplyDelete
  9. moga masyarakat kini sedar yang hantaran tinggi ni x memberi apa2 kebaikan pada pasangan yang ingin berkahwin.. dah suka sama suka, rasanya biarlah dikahwinkan dengan harga hantaran yang rendah saja..

    ReplyDelete
  10. Jangan tinggi sangat kot, rasanya bauk ikut rate sekarang lah brapa..huhu

    ReplyDelete
  11. dah ade calon ke ..? Hehehehe..
    Selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  12. Tak semua mak bapak letak hantaran mahal. Nick kalau nak calon yang hantaran murah boleh contact sya ye heheheheh.... (tolong cari jodoh untuk kawan2). p/s singgah2 la kat blog merapu saya... http://sweetlittlecastle.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Itu jual anak namanya.. kecil atau besar janji diberkati, ikhlas ketika buat kenduri kendara untuk menjamu tetamu..

    ReplyDelete
  14. ati ikhlas lagi bawa bahagia...slmt hari raya! :)

    ReplyDelete
  15. Salam Lebaran,
    Mujurlah aku dah kahwin...RM50K!
    Lupakanlah kalau nak kahwin kalau sebegitu nilainya...huhu
    Tapi masih ramai lagi ibu bapa yg tidak pentingkan nilai hantaran ni...

    ReplyDelete
  16. biarlah berpada dan ikut kemampuan kedua belah pihak. asal jgn lps majlis masing2 tanggung hutang menggunung tinggi sudah. yg penting keberkatan..

    Nik, siapakah calonmu itu? heheheh

    ReplyDelete
  17. hantaran biasa2 sudahlah, ikut kemampuan, saya pun taknak bebankan bakal suami. kahwin bukan nak menunjuk nunjuk..tak paham olang sikalang..

    ReplyDelete
  18. tergelak akak baca ayat kat atas tu "calon PMR dan SPM ramaila..." kuang3... pandai no... buat lawak...
    Kalau mengikut arwah emak akak (Al-Fatihah utk beliau)dulu, "Aku bukan nak jual anak... cuma duit tu nak gunakan utk kenduri dan demi masa depan anak aku jugak..." tu ja...
    Setuju dgn pandangan terakhir tu, larat plak nak usung anak dara org sampai sanggup berhabis duit, takkan utk hantaran tak sanggup... Lagipun, kumpul2 duit yg ms p usung anak dara org sn sini tu, dah dpt buat duit hantaran. Kan3... hehe... Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin cikgu Nick :)

    ReplyDelete
  19. bg yg anaknya adalah lelaki akan kata
    'mahal sgt mcm nak jual anak'
    bg yg anaknya pompuan
    'semua barang mahal skrg, hantaran tu kira okey la dgn rega barang sekarang,xdelah mahal sgt'
    huhu

    ReplyDelete
  20. depens family letak harga..
    mmg mahal disebabkn kos barang untuk belnja kenduri sendiri mahal..
    apa pon atas diri juga..
    nk bina masjid insyallah da jln dimudahkn

    ReplyDelete
  21. haha p/s ko yang tahan tu..

    ReplyDelete
  22. suka jawapan awak tu.. calon pmr dan spm.. hehehe

    ReplyDelete
  23. Xpandai nk komen sbbnya saya belum kahwin. Tapi mmg la sy xsanggup nk tengok future hubby sy susah slps kahwin nanti sbb nk menyenangkan masa kahwin.
    buat yg wajib cukup

    ReplyDelete
  24. Semua nmpak duit je zaman skrg..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.