Apa Korang Rasa Bila Ditipu Oleh…


Ditipu Oleh Kawan Baik 
Bayangkan semua benda dan rahsia korang cerita kat kawan baik tapi dia tikam belakang. Dicerita pulak dekat orang lain..habis satu kampung rahsia korang dijaja macam karipap panas..hahah. Aku kalau dapat kawan macam ni, sumpah sampai bila-bila aku tak percaya dah..tiada maaf bagimu.

Ditipu Oleh Girlfriend/Boyfriend 
Dah la tipu korang pastu kantoi pulak. Aku masa duk kat universiti dulu macam-macam kawan aku duk mengadu..dan aku sendiri pun terkena kena, bukan sekali tapi 2 kali. Pasangan korang kantoi dengan SMS, kantoi jumpa dengan orang lain..menyirap darah kalau dapat pasangan macam ni. Kalau benda ni terjadi kat korang, perlu ke diberi peluang kedua?

Ditipu Oleh Saudara Mara 
Orang kalau nak menipu, tak kira dah saudara ke hape..asalkan dapat apa yang dihajatkan tu jadi la. Kawan aku pernah kena tipu dengan sepupunya sendiri..sepupu dia kata ada kereta murah. Pastu bagi duit lesap macam tu je. So, do you trust your cousin? 

Apa Korang Rasa Bila Ditipu Oleh… Apa Korang Rasa Bila Ditipu Oleh… Reviewed by Nick Nashram on 12:39:00 Rating: 5

37 comments:

  1. kalo kena kat saya, saya diam je.. tapi saya blah dari hidup dorang senyap2.. babai~ haha..

    ReplyDelete
  2. mmg tensen nak mampus bila kawan tikam belakang ni... masa suh jadi penjamin punyalah ayat manis. tapi skrg loan tak bayar2... call pun tak angkat, kawan yg jadi penjamin ni nyaris nak kena blacklist.

    ReplyDelete
  3. ada
    tp malas lah nak kenang
    wat sakit hati je

    ReplyDelete
  4. Rasa apa lg.. Rsa nk penyepak arr org mcm niii...
    Pnh kena dah smua ktgri di ats.. Smua x ley pakai hahaha sabar je la

    ReplyDelete
  5. memang susah nak kembalikan balik kepercayaan kalau dah dikhianati kan...hihi...cik akak jenis cam tu tau...sekali orang buat salah...nak terima balik tu...memang payah...bukan niat nak berdendam bagaikan....hihi

    ReplyDelete
  6. selalunya boyfriend / girlfriend selatu tipu.. hihi kawan and sedara mara selalunya tak buat macam tu :)

    ReplyDelete
  7. ditipu oleh kawan baik , huh memang tak kasi peluang kedua la...serik-serik

    ReplyDelete
  8. Geram. Lepas tu buat bodoh. yg pasti jauhkan diri seberapa yg boleh !

    ReplyDelete
  9. antara semua tipu di atas, ditipu dengan kawan baik sangat menyakitkan sebab kawan baik tu mestilah dah kenal kita sangat2 nama pun kawan baik.. banyak entri pasal 'kekejaman' kawan baik hana buat kat hana.. strat daripada tu dia bukan kawan baik hana.. hana xdapat maafkan kesalahan dia. apa2pun kami masih lagi berhubung..

    ReplyDelete
  10. mati idup balik pun.sumpah serik, tiada maaf bagi mu lgi dah . hahaha.

    ReplyDelete
  11. PENAH GAK DAPAT MEMBER TIKAM BLAKANG NI..APA KITA CERITA DIA G CITA KAT ORG LAIN PLAK..RAHSIA ORANG LAIN DIA CERITA PLAK KAT KITA.SUDAHNYA PAKAT RAMAI2 BOIKOT DIA.HAHHA..BETA PUASSS..LAST, DIA BERHENTI STUDY.

    ReplyDelete
  12. stakat ni ketiga2 situasi tu belum lg...ada pun yg besa2 ja la..cuma kalau la terjadi...kalau tahap kronik sampai menyusahkan hidup kita...tak mampu nak maapkan ler...

    ReplyDelete
  13. saya kena tipu bf . dihari pertama saya buka acc fb trus kantoi bila tgk fbnya ... sepandai2 tupai melompat , saya bkn buta internet ... tak percaya org , lbh percaya kata hati ...

    ReplyDelete
  14. tak kira lah kawan baik ke, bf tersayang ke, keluarga tercinta ke, kalau dah menipu memang nak kena lettew..

    ReplyDelete
  15. semua tu saya pernah kena Nick. Dan memandangkan saya jenis susah nak percaya, jadi saya tend to ignore this kind of people. malas nak layan.

    ReplyDelete
  16. dekat mulut mungkin takde peluang kedua tapi dalam hati kalau boleh nak bagi peluang kedua.huhu

    ReplyDelete
  17. kena tipu dngan sesiapa pun rasa bengang tambah2 sya ni jenis yang lurus bendul..sadisnya..redha ja la..

    ReplyDelete
  18. kawan tikam belakang penah.. kazen? byk yg xkenal dan xpenah kena tipu lg. hehe

    ReplyDelete
  19. di tipu kawan kawan tu dah memang jadi lumrah hidup aku. tapi bab saudara && boipren nih, xda lagi lah, sbb aku xrpat dgn spupu sepapat aku, and no boipren at all. hahaha :3 jadi kesimpualannya, jgn terlalu percaya pada mahluk yang bernama manusia.

    ReplyDelete
  20. kalau ena, ena buat tak tahu je... even sakit hati ni hanya Allah yang tahu... tapi ena yakin, segala kelakuan mereka akan terbalas juga

    ReplyDelete
  21. Baca entry bro ni, teringat pasal seorang rakan sekerja yang kuat menipu..pada awalnya, semua kawan2 dia pinjam duit, dia kata 'urgent' anak sakit, jangan bagitau orang lain katanya..aku bagi pinjam tapi, bila aku kata nak lawat anak di hospital, dia kata tak dapat? hah!..tu yang p siasat tu rupanya bukan aku seorang yang dia pinjam duit..aku rasa tertipu, kawan baik menipu memang buat aku naik angin..tu lah last aku bagi pinjam duit dgn dia..RM600 bayar 2 tahun, giler

    ReplyDelete
  22. rasa marah dan rasa nak tumbuk je sapa yang tipu 2..hahahhaha

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah...itu sahaja yang mampu di ucapkan dan bersabar.

    ReplyDelete
  24. Bagi Nia kan, biar kena tipu dengan kawan/girlfriend/boyfriend. sebab bila gaduh, da maafkan, da tak payah jumpa lagi.

    Tapi kalau kena tipu dengan sedara-mara @ darah daging sendiri memang sakit hati berganda-ganda. Sebab confirm bila ada family gathering, kenduri ke mesti jumpa balik. nak senyum hati bengkak, nak masam kang dikatanya kita macam budak2 maka moral of the story, jangan beli apa2 daripada sedara mara. walaupun niat nak asal nak support dia berniaga. tapi takut nanti kita pula termengumpat pasak apa yg dia jual.. nak beli, belilah dengan orang lain.

    ReplyDelete
  25. memang sakit hati kalau kena tipu..tapi kadang2 kes menipu nie mungkin ada sebab tersendiri..kena selidik betul2 la

    ReplyDelete
  26. conclusinya, bila kena tipu comfirm menyirap darah !! sekali kena tipu, selamanya dah tak percaya :) berhati hati lah..

    ReplyDelete
  27. perasaan bila ditipu ni sangat2 menyakitkan. x kiralah sape yg menipu

    ReplyDelete
  28. of course sakit hati, kalau boleh balas, balas. kalau x dok diam je, haha

    ReplyDelete
  29. Paling benci ditipu dan ditikam dari belakang...tp sy tak kata apa...diam je..

    Pernah dicurangi dan diberi peluang kedua..tp last, baik kau pergi dari hidupku..

    ReplyDelete
  30. kene menilai la...kenapa di tipu..mungkin sebab diri kita..tau memg diri dia dah tak suka..

    ReplyDelete
  31. haaa ni kepantangan sya.. tak boleh terima betul kalo ditipu ni..

    ReplyDelete
  32. saya pernah terjadi, ditikam dr belakang (kwn mkn kwn) oleh rakan sekuliah yg sekelas sy. smpi rmi kwn2 dlm kls pulau sy. dlm hati mmg sakit hati tp sy berjaya buat bodo je... lantak dia lah.. biarkan je dia yg sombong,berlagak dan ego tu dgn dunianya sendiri... Nak berbaik smula? Malas la...

    ReplyDelete
  33. dapat kawan yang tikam belakang ni lah paling bahaya....depan baik belakang kita adoiiii...yang ni mintak jauh2 selalu kena

    ReplyDelete
  34. manusia zaman la ni mmg mcm tu. menipu je. kalo sunat xpe gak.

    ReplyDelete
  35. Well, kalau kita jadi mangsa tipu tu...jgn la kita dok tipu org lain pula....belajar drp kesilapan kita :)

    ReplyDelete
  36. blogger, jom join!

    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/wang-tunai-rm5000-untuk-blogger.html

    ReplyDelete
  37. pernah alami,member satu office dulu,ditipu bulat2,bukan saya saje ditipu malah satu department..bile dah kantoi depan2 mata..still tak nak mengaku dia penipu,still x cakap sorry..& die buat biasa je & x berani nak cakap dengan saya & pandang muka saya..1st time dapat jumpa orang mcm ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.