Aku Tak Nak Mengundi!


Sembang dengan kawan-kawan semalam, ada yang cakap "Bro, aku malas la nak mengundi". Aku tanya kenapa pastu dia bagitahu la sebab-sebabnya. Katanya..."kadang-kadang aku tengok kerana politik orang kita especially sesama melayu bergaduh. Dengan adik beradik pun boleh bermasam muka. Kerana politik putus kawan. Jiran rumah aku dia kaler hijau tapi bapak mertua dia kaler biru..bila balik rumah mak ayah isteri dia masing-masing diam tak tau nak sembang pasal apa. Kita ni dah jadi macam berpuak-puak pulak. Baik aku jadi neutral".

Pernah terfikir jugak pasal benda ni. Apa kata korang..pergi mengundi, tak nak mengundi atau tak kisah dengan pilihan raya 5 mei nanti? 


Aku Tak Nak Mengundi! Aku Tak Nak Mengundi! Reviewed by Nick Nashram on 17:41:00 Rating: 5

35 comments:

  1. undi tetap undi... tapi undikan rahsia, so teruskan berahsia, jangan sembang hal polititk sebab akan memperlihatkan kecenderungan kita ke arah parti mana.

    ReplyDelete
  2. Itulah masalah dengan orang kita. Especially orang Melayu (segelintirnya). Bila terlalu taksub dengan perjuangan politik masing-masing. sampaikan silaturrahim diabaikan. Kalau nak berpolitik tu berpolitiklah juga, tapi tak perlulah sampai nak putus kawan, putus persaudaraan and sampaikan kawan buat kenduri pun tak nak datang walaupun dijemput hanya semata2 kerna berbeza ideologi politik.

    Dah jadi trend pula. kau dengan puak kau..aku dengan puak aku. Malaysia yang macam tu ke kita nak?

    Saya lebih suka jadi orang atas pagar jer (NEUTRAL). Sokong mana yang patut dan tolak yang mana patut.

    Tak lebih dan tak kurang.

    ReplyDelete
  3. ntah lah...mls nk pk lg.masing2 cube utk burukkn sesama sendiri!

    ReplyDelete
  4. SAYA FOREVER TAK KISAH PASAL PILIHAN RAYA SEBAB BELUM CUKUP UMUR XD

    ReplyDelete
  5. dalam hal nie, kene jadi lalang..xpe undikan rahsia..keh3

    ReplyDelete
  6. betul ckp kwn awk tu tp undi ni kerana msa depan negara.. sy tkut ngeri sndri dpt kt cina.

    p/s: mnjawab soalan awk, sy pilih biru..hehe

    ReplyDelete
  7. undi untuk negara...siapa kita pilih? kena la bijak...

    ReplyDelete
  8. Undi tetap undi kerana ia kewajipan kepada negara. Berbeza parti politik dengan rakan dan keluarga tidak menjadi masalah, asalkan jangan sampai fanatik membuta tuli sampai tahap caci-mencaci pihak yang tak sama dengan kita. Agak2 tak puas hati dengan dua-dua side, masuklah politik, perbetulkan apa yang tak betul. Marilah kita semua elakkan dari sekadar menjadi pejuang papan kekunci.

    ReplyDelete
  9. Undi tetap undi, kerana ia kewajipan kepada negara. Berbeza parti politik dengan rakan dan keluarga tiada masalah, asalkan tidak sampai ke tahap fanatik membuta tuli dan mencaci-maki pihak satu lagi. Kalau tak puas hati dengan mana-mana side, masuklah politik, perbetulkan apa yang tidak betul. Marilah kita elak dari sekdar menjadi pahlawan papan kekunci.

    ReplyDelete
  10. eh mana boleh cenggitu. undi tetap undi. dengan kita mengundilah kita dpt menentukan nasib org melayu sekrang. Tak sedar ke org melayu akn jatuh satu hari nnti di bumi mereka sendiri . cewahhh,

    Bilalah umur kita nk 21 nie. Tak sbr nk undi.. jom kita mengundi :)

    ReplyDelete
  11. excited jg nak mengundi ni..:)

    ReplyDelete
  12. kathy pilih mengundi..hehehehehe...

    ReplyDelete
  13. tak daftar lagi and cepat2lah hari mengundi sbb tak tahan tengok iklan yg same k at tv. Hahahaha

    ReplyDelete
  14. dengan undi, kita memilih pemerintah yang akan memimpin dan meguruskan negara kita.
    sebab itu mengundi bukan perkara yang main-main. ada tanggungjawab di situ. dan akan dipertanggungjawabkan di 'sana' nanti.

    betul. ianya perkara yang serius, tapi sering dipandang ringan. undi rosak, atau tidak mengundi tanpa sebab yang kukuh tak banyak membantu pada pembangunan negara.

    ReplyDelete
  15. Mengundi adalah hak kita utk menentukan siapa yg akan menerajui negara dan mewakili kawasan anda bukannya untuk mereka yg bergaduh, dengki mendengki, mengutuk dan sebagainya. Jadi, pergilah mengundi, undi anda rahsia.. undilah...mereka yg mampu membawa kebaikan untuk anda dan tempat anda. Biarkan mereka yg tidak mengerti apa itu mengundi bercakaran...xde faedahnya.

    ReplyDelete
  16. nak kritik juga ni...hihi...tulah cuba main sama-sama tak payah nak gadoh 2 kan..kita sama melayu..junjungan Agama yang sama..gaduh2 tak baik tau..hihi...


    ngundi yang no.4 tu bet lagi..hahaha

    ReplyDelete
  17. ena undi parti slamber je.. hahahahaha... ena pun tak tahu la nk undi ape nanti.. tpi not this year la.. xcukup umo lagi

    ReplyDelete
  18. erk. hana xdaftar lagi. hehe xberkesempatan. ada ja yang sebaya hana xdaftar lagi..

    ReplyDelete
  19. xcukup umur lagi..taun epan baru boleh

    ReplyDelete
  20. undi tanggungjawab kita :) tp jgn lah bising kita undi pihak mana.. sbb nak elakkan dr hal yg macam ni lah.. bermasam muka tak tentu pasal.. hmm, seriusly sgt kecewa dgn pemikiran org dewasa yg taksub dgn politik.. jgn sampai hubungan silaturahim terputus dek politik :) ..

    ReplyDelete
  21. try cari video selamba giler jane kat youtube. then itu jawapan aku.hehe

    ReplyDelete
  22. undi tetap undi.. itu tanggungjawab pada negara dan diri sendiri.. jgn tau complaint jer.. undi tu kan rahsia.. dan kita pun perati jer orang yg taksub sgt dengan politik ni gitu gaya dia, so kita jangan la buat mcm tu.. not good.. not good.. memutuskan silaturahim tu dosa..

    ReplyDelete
  23. taksub sgt tu yang bermasaalah.
    undi ttp undi.. tapi undi adalah rahsia.. undi kita penentu masa depan negara

    ReplyDelete
  24. undi itu rahsia, nak ngundi ke tak ngundi pun rahsia gak lah hehehe :)

    ReplyDelete
  25. saya balik undi....mak ayah suh balik...dorang support tambang...hih

    gaduh atau tdk atas sebab fahaman politik mmg x patut ..tp semua tu atas kewarasan dan pertimbangan masing2...kalo ikut perasaan, mmg la jadi keruh hubungan sesama saudara...

    undi saja la..tok sah mengumpat sana sini, kan??

    ReplyDelete
  26. xnak mengundi ??
    saia pun x tau apa2 tntg mengundi ni,,ahaha,,
    kat fb byk yg undi PAS..

    ReplyDelete
  27. undi itu rahsia.. so, diam2 je lah.. hehe..

    ReplyDelete
  28. sbb tu lah, kita jangan terlalu tabsuk dengan politik, biasa2 je, bila sampai waktu x aja..kan?

    ReplyDelete
  29. Setuju dgn beberapa pendapat di atas. Tapi mengundi itu hak kita sebagai rakyat.
    Tapi sy tak suka ngan politik mcm yg sy dh sebut dlm entri ini http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/04/tips-blogging-dari-nuffnang.html

    ReplyDelete
  30. Hmm..samalah... family sy pn dulu alami jgk benda ni..skrg dh kurang sket politik..

    ReplyDelete
  31. Kita kena undi untuk tentukan masa depan negara dan diri kita juga dapat kebaikan. Berbeza politik tu dah lumrah sebab dalam sesebuah keluarga takkan semua sekepala...cuma jgn sampai berpecah belah cam saya, diputuskan antara alasan sbb saya bukan orang PAS dan kononnya tak Islamik. LOL...parti tak melambangkan Islamik sbb cara hidup tu yg penting kan.

    ReplyDelete
  32. anna tetap akan keluar mgundi...

    ReplyDelete
  33. sebab itu undi adalah rahsia.. jom mengundi. aku dpat cuti so aku jadi balik kampung untuk mengundi. kerana undi aku rahsia. tak perlu nak cat rumah kaler hijau atau biru. hanya pangkah mana yang dirasakan baik dan rahsiakannya. Itulah neutral. :)

    ReplyDelete
  34. x suka org yg taksub sampai hubungan persaudaraan sanggup diputuskan krn politik je

    ReplyDelete
  35. kalau tak mngundi atas pagar la eh..nanti kalau parti itu menang dan tak buat kerja jangan banyak bunyi di kemudian hari..huhu ^^

    ps/pilih betul2 masa election nanti..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.