Bro, Diorang Tak Sepadan Langsung!


Lepak malam-malam dengan kawan-kawan, so terkeluar la topik ni. Salah sorang kawan aku cakap "Cuba kau tengok mamat tu (sambil tunjuk kat pasangan couple)...sama padan tak dengan awek dia?" Ok, straight to the point..inilah soalan yang biasanya sama ada korang atau kita ajukan bila jumpa pasangan yang pada mata kita tak sama padan langsung!. Betul ke tak?

Rasanya memang dah jadi tabiat kita suka membandingkan pasangan orang lain. Antara contoh-contoh lain :

1. Pakwe hensem tapi awek dia tak cun pun.
2. Awek macam galah tapi pakwe dia pendek macam ayak katik.
3. Pakwe body ketul-ketul tapi awek dia perut berlipat-lipat.
4. Awek body cantik tapi pakwe dia gemuk.
5. Kahwin muda tu mesti buat benda yang tak senonoh.
6. Lambat kahwin mesti tak laku la tu.


Macam-macam lagilah yang biasa kita dengar tentang ni. Kena ingat, citarasa manusia ni tak sama. Hodoh di mata kita, tapi cantik di mata pasangannya. Mata setiap orang berbeza...kadang-kadang cantik dan hensem pada kita, tak sama dengan cantik dan hensem pada pandangan orang lain.

Senang cerita, tak payah nak pertikaikan ciptaan Allah..dah tertulis tu jodoh dia. Lagipun, mungkin apa yang kita nampak macam tak sepadan, kurang tang tu tang ni tapi sebenarnya Allah dah rencanakan dengan sebaiknya...ok, adios :)

Bro, Diorang Tak Sepadan Langsung! Bro, Diorang Tak Sepadan Langsung! Reviewed by Nick Nashram on 18:37:00 Rating: 5

35 comments:

  1. dah jodoh mereka..nak cakap apa pun diaorang ada yang sayang.. mereka2 tu? kesepian..huhuh

    ReplyDelete
  2. betol2...siapa pun jodoh kita memang dah ditentukan :) jodoh kan rahsia Allah

    ReplyDelete
  3. Hehe mmg btl.. Stuju sgt au. :-)

    ReplyDelete
  4. Benar! Hanya mereka berdua sahaja yang tahu isi hati mereka. Orang lain cuma tengok luaran, bukan dalaman. :)

    ReplyDelete
  5. cantik tu subjektif, lain orang lain citarasanya.

    ReplyDelete
  6. manusia suka mengata blkg padahal diri sendiri tak sempurna mana pon..

    entah2 bf/gf dia lebih ___ dari org lain.hehe

    ReplyDelete
  7. kalau dah jodoh takkan kemana ,,ekeke

    ReplyDelete
  8. kite hnya mnusia biase yg tak sptutnya menilai owg sesukanya...sdgkan diri kite bukan semprna dimata owg jga...jdi jadilah diri sndiri.:)

    ReplyDelete
  9. betoi tu nick!!! janji yang pasti hati sama2 ikhlas dan sama2 elok... rupa paras tu, letak ketepilah...

    ReplyDelete
  10. Salam Ustaz...eh cikgu,
    Rupa paras, bentuk badan tidak penting...Yg penting cantik didalam.
    Cantik dalam cantiklah luarnya... Cantik didalam tidak dimamah usia, tapi cantik diluar hanya sementara.

    ReplyDelete
  11. yelaa abg . mulut manusia ni tak boleh nak tutup . ad jer benda yang nak dikutuk . baik ker buruk ker ad jer yg tak kna . ish3

    ReplyDelete
  12. yelaa abg . mulut manusia ni tak boleh nak tutup . ad jer benda yang nak dikutuk . baik ker buruk ker ad jer yg tak kna . ish3

    ReplyDelete
  13. yelaa abg . mulut manusia ni tak boleh nak tutup . ad jer benda yang nak dikutuk . baik ker buruk ker ad jer yg tak kna . ish3

    ReplyDelete
  14. biasa sangatt,,
    yang penting sebenarnya hati bukan rupa :)

    ReplyDelete
  15. setuju sangat dgn entry nick ni...
    bersyukurlah apa yg kita ada kan, xpayah nk sibuk pasal org lain kan..

    ReplyDelete
  16. Jodoh rahsia Allah.. kapel2 ni baek xyah la.. terus kawin.. mesti yang tak pdn akan jadi padan jugak.. hehe

    ReplyDelete
  17. da jdoh diorg..kita manusia biase sape la nk mmpesoalkan tkdir tuhan 2.. :)

    ReplyDelete
  18. erm.. betol tu. hehe tapi yang orang duk kata pasangan xsesuai tu lah akan berkekalan..

    ReplyDelete
  19. Kwn2 selalu ckp mcm nie jugak kalau melepak kt mall..

    ReplyDelete
  20. btol..stuju.. manusia ni slalu judge org lain

    ReplyDelete
  21. org yang cakap n suka pertikaikan kekurangan org lain tu sebnarnya org yg perasaan dia perfect! org mcm ni bg je cermin dkt dia suruh dia cermin diri dulu sblom mengutuk

    ReplyDelete
  22. haah betol..salu tengok kalau sorg cantik/hensem sorg lagi x..hurm..mungkin ada kelebihan org xcantik/xhensem tu..setiap org ada lebih ada kurang.terima seadanya

    ReplyDelete
  23. lumrah mulut manusia..HATI masing-masing yang jaga

    ReplyDelete
  24. Yes setuju dgn entri ni!
    Tak kira lah nmpak tak sesuai apa ke, kalau dah jodoh tak ke mana kan.
    Kekadang yg nampak sama cantik sama padan, pun tk kekal lama. Jodoh tu antara rahsia Allah.

    ReplyDelete
  25. betul setiap manusia kan tak sempurna ...itu yang kita kena ingat sampai bila-bila...bukan rupa paras jadi ukuran....
    so mulut tu janganlah lacang berbicara takut nanti terkena kat diri sendiri pulak..doakan aje yang terbaik untuk mereka..

    ReplyDelete
  26. Setiap jodoh itu telah ditentukan..mungkin pandangan mata berbeza. Kalau kita tak rasa cantik dimata kita, tp mungkin mata orang nampak cantik.Pada saya, setiap manusia itu dijadikan istimewa dengan kelebihan yang tersendiri

    ReplyDelete
  27. Haha..setuju2.. suka jgk komen2 lg2 klu berkepit tgh jln atau bertonggek atas motor.. kuakua..

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum ... key words nya ialah itulah jodoh yg allah tetapkan utk mereka ...

    ReplyDelete
  29. kalau syg..dia xpeduli la gemuk, pendek, kurus..asl blh syg kt..
    yg fizikal nmpk sempurna tp perangai mcm hantu xde gna jgak.

    ReplyDelete
  30. Tu la pasal, Allah dah sediakan pasangan yang lengkap kat dunia ni, mata kita ni nampak secara kasar je..
    p/s: saya pun suka bandingkan jugak sebenarnya :P

    ReplyDelete
  31. x menjamin apa2 pun semua tu

    ReplyDelete
  32. Jodoh yang telah ditentukan di Loh Mahfuz

    ReplyDelete
  33. benda macam tu subjektif bro.

    ReplyDelete
  34. org yg nsem atau cntik xsemesti psgn pn kna cntik2 nsem2. org yg gmuk, xlawa, huduh xsemestinya psgn pun kna huduh or gemuk jgk.Apa yg penting adalah soal hati. Kalo arap muka je nsem tp perangai tu x secantik atau sehensem muka tu pn xguna jgk.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.