Checklist Untuk Lelaki Sebelum Kahwin


Sebut je pasal kahwin sume seronok..maklum la dah nak kahwin. Bagi kaum lelaki, korang kena prepare sikit-sikit sebelum nak kahwin. Kat bawah ni checklist yang korang kena bagi perhatian masa perkahwinan nanti.


1.Hafal Doa Qunut

Jangan terkejut kalau ada yang masih tak boleh nak baca doa qunut. Nampak sangat la solat subuh selalu skip..malu dengan tok imam nanti. Pernah dengar cerita sorang lelaki ni..bila disuruh baca doa qunut, dia siap tanya tok imam nak baca doa qunut panjang ke qunut pendek. Kalau qunut pendek bacanya "QUNUT" tapi kalau qunut panjang "QUNUUUTTT" :)

2. Kaji Soalan Ramalan

Bukan setakat nak exam je kena tahu soalan ramalan , nak kahwin pun kena tahu soalan-soalan yang biasa tok imam tanya seperti rukun nikah, rukun islam, rukun iman dan macam-macam lagi la. So, kalau dah lupa tu bukak la balik buku Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA). Nak mudah lagi baik pergi kautim dengan tok imam mintak soalan bocor dengan jawapan sekali. Pastu belanja la dia secawan dua tongkat ali :)

3. Berlatih Akad Nikah


Maklum la, time nak angkat nikah tu macam-macam jenis perasaan ada. Ada satu video kat You Tube aku tengok ,sorang mamat ni bila time dia kena sebut "Aku terima nikah bla bla bla...." dia pergi sebut "Saya setuju" pulak..heheh..satu lagi masa proses akad nikah tu, jangan la tertukar nama dengan bekas teman wanita..kantoi la jawabnya. So, sebulan nak nikah tu baik practice akad nikah dengan kawan korang dulu ye.


 Berani tak korang buat hantaran camni ?
 

Post a Comment

16 Comments

  1. Wakaka.Kena study balik sbelom akad nikah.Prcatice2!

    ReplyDelete
  2. haha...topik best...kahwin!!! bila agaknya nak jenguk ke alam ni...bro cmner??? haha....yg best tu hantaran buah petai...tambah lak sebakul durian....

    ReplyDelete
  3. Hahaha...lawak la hantaran tu..
    Bkn saje bole dimasak..malah leh jd hantaran tuh..kreatif dan inovatif!

    ReplyDelete
  4. amboi..nick sndri da brsedia da ke?

    ReplyDelete
  5. kreatif benor hantaran . ha ha ha

    ReplyDelete
  6. Mak oii.. Xnak hantaran mcm tu haha.. Haaa mmg penting utk laki nih.. Jgn kasi malu dgn bakal bapak mertua haha

    ReplyDelete
  7. Betul tu bro nick, jangan fikir seronok nak kahwin je nie tok kadi tanya pasal doa qunut, rukun iman dan islam pun tertukar. Tak lulus lahhh nak kahwin. Hahaha

    ReplyDelete
  8. hehehe.. ayah ena lepas pencen ni, dia jd PPN.. tolong nikahkan org.. memang macam2 ena dengar nasihat dari my dad.. =3

    ReplyDelete
  9. nick...kalau nak buat hantaran upa gne....alamat satu malaysia heboh...orang zaman sekarang semua tak k adat...suma mahu yang nampak money...hihi

    ReplyDelete
  10. salam...sweetyz pun pnah dengar kisah yang bacaan qunut tu..

    ReplyDelete
  11. ada kes pengantin yg nikahkan pak imam,lagi haruuu... haha
    Lg 1 utk bakal pengantin jgn lupa check kesihatan,mn tau psgn ada HIV ke,pembawa talasemia ke,and so on lah kan... :)

    ReplyDelete
  12. da pengalaman nampak..haha

    ReplyDelete
  13. HAHA. Jgn kantoi sbut nma ex sudah..alamtnya kena baling dgn bunga manggar..hahaha:P


    p/s: tak berani aih buat hantaran guna petai..try guna cupcakes..lawa ooo..HAHAH:D

    ReplyDelete
  14. sangat cool hantaran petai,
    noleh dijamu seisi keluarga.. ehhe :)

    Terbaru: Peserta Segmen Tingkatkan Follower,!

    ReplyDelete
  15. Suka hantaran buah petai tu terbaik lah...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.