Zaman Apa Yang Korang Rasa Paling Seronok?

 
ZAMAN BAYI

Zaman dimana korang menghabiskan duit mak bapak untuk beli nestum dan diaper..maklum la kerja korang makan, tidur dan berak je..kekeke

ZAMAN TADIKA

Zaman dimana korang mula kenal ABC dan 123. Masa ni pun korang enjoy lagi..kalau boleh tiap-tiap hari nak pergi tadika sebab nak jumpa kawan baru. Pagi mak hantar tengahari mak datang ambik.

ZAMAN SEKOLAH RENDAH

Zaman dimana korang dah ada tanggungjawab sikit. Yalah, tiap-tiap tahun ada exam..siap berlumba-lumba nak dapat nombor 1. Mak ayah hantar pergi kelas tuition lagi nak bagi dapat 5A. Dan bab pergi sekolah tu benda wajib. Kalau tak pergi konpem kena rotan. Korang mesti pernah buat-buat sakit perut kan sebab tak nak pergi sekolah kalau kerja rumah tak siap..hehehe

ZAMAN SEKOLAH MENENGAH

Zaman di mana korang sibuk dengan kelas tambahan dan tuition siang malam. Maklum la, zaman ni penentu hidup korang setelah 11 tahun belajar. Kalau tak dapat tinggi dalam SPM tak boleh masuk universiti. Dan zaman ni jugak la korang mula bercinta, ponteng kelas dan macam-macam lagi la. Mesti korang tahu kan macam mana budak-budak dulu bercinta sebelum adanya Facebook ni..silap haribulan surat cinta korang kena rampas dengan cikgu disiplin :)

ZAMAN UNIVERSITI

Zaman dimana hidup korang sentiasa dihantui dengan makhluk yang bernama assignments. Dah siap satu dapat pulak yang baru. Kadang-kadang tu sampai 3 4 pagi tak tidur lagi duk siapkan kerja. Nak enjoy sikit pun tak selesa sebab duk fikir kerja yang tak siap. Tambah lagi kalau masa nak exam, tidur pun tak menentu sebab termimpi banyak lagi subjek yang tak study. Dan yang paling buat korang tak lalu makan bila nak check result. Stress kalau kena repeat subjek.

ZAMAN KERJA

Zaman dimana korang akan dapat benda yang korang idam-idamkan selama ini. Yalah..dah ada gaji sendiri. Nak beli kereta, nak kahwin dah takde masalah dah. Dan zaman nilah korang akan teringat balik zaman-zaman kat atas tu..mesti seronok kalau dapat kembali ke zaman kanak-kanak dulu..hahaha..So, kalau diberikan peluang zaman mana korang nak pergi?


Zaman Apa Yang Korang Rasa Paling Seronok? Zaman Apa Yang Korang Rasa Paling Seronok? Reviewed by Nick Nashram on 16:24:00 Rating: 5

23 comments:

  1. kalo dalam senarai ni zaman uni. paling best...bukan sebab ada peristiwa best, tp zaman menuju kedewasaaan, zaman meraih kejayaan

    ReplyDelete
  2. zaman sekolah menengah...^__^

    ReplyDelete
  3. semua zaman best kecuali zaman byi dan tadika sebb zaman tuh kita kecik tak igt sgttt perasaan masa tuh best ke x..lagi satu patut tambah lagi satu zaman zaman dah kawen. zaman tuh mesti best..hehehehe

    ReplyDelete
  4. zaman bayi.. merengek nangis,
    confirm org dukung... hihihi

    ReplyDelete
  5. zaman bayi..

    dirasakan zaman kecomelan.hahaha yang penting hana boleh tido je..siapa yang nak marah. abah mak pun mmg suka kalau hana tido dan last skali hidup yang tiada masalah. xyah fikir2 pasal itu ini.

    ReplyDelete
  6. zaman tadika, zaman sek rendah, sek menengah sikit je fun, zaman uni. Kerja tak tahu lg nak ulas best ke tidak. hikhik. Tapi the best is tadika. Waktu semua org manja kan kita, nak makan pun orang tolong suapkan. Kuikui

    ReplyDelete
  7. *sejuk je dlm perut ibu...hehe

    ReplyDelete
  8. mestila kite akan ingat zaman mase kite mude2..bile jumpe member lame, sure akan bukak kisah lame yang kalau dipikir balik xdela gempak sangat tapi, punyai sentimental value.. :)

    ReplyDelete
  9. semua ada kenangan sendiri tapi paling best zaman sekolah menengah kot. nakal-nakal sikit. hahaha

    ReplyDelete
  10. nk zamn sek men..he3..sweet memories byk..

    ReplyDelete
  11. zaman sekolah menengah! sobbbbbbb

    ReplyDelete
  12. saya rindu zaman saya ada banyak masa untuk blogging...sbb skrg byk sgt assignments.,...sampai tak terkejar huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  13. sy suka zaman tadika, sekolah rendah & universiti

    ReplyDelete
  14. zaman tadika..sebab nak pergi lawatan pakai gaun comel-comel..hihi..

    ReplyDelete
  15. zmn baby sbb ms tu xtau pk masalah tp...zmn dah bekerja zmn terbaik sbb macam2 ada....hehe...

    ReplyDelete
  16. semua zaman best.. tak tau nk pilih yg mana.. ehhehe

    ReplyDelete
  17. zaman sekarang la best mencabr tau.hehe

    ReplyDelete
  18. As-Salam..
    Saya paling suka zaman sekolah menengah terutama time spm n stpm..time tu walau sibuk belajar n stress camane skali pun tetap rasa seronok..

    ReplyDelete
  19. kalau boleh nak zaman bayi boleh? makan minum semua di beri.. huk huk huk.. xyah nak pk mcm zaman kerja skrg ni

    ReplyDelete
  20. kalau boleh nak zaman bayi boleh? makan minum semua di beri.. huk huk huk.. xyah nak pk mcm zaman kerja skrg ni

    ReplyDelete
  21. Terkenang plak kisah lampau..haha..

    ReplyDelete
  22. Intan suka zaman sekolah rendah,.,.the best momento bro …kalau leh kaleh masa, nak je berenti kat zaman tu

    ReplyDelete
  23. paling suker zaman bayi la..
    xpayah sibuk2 nak pikir pasal masalah hidup, pasal stress,...

    but the best moment adelah zaman sekarang, zaman kat uni... banyak belajar benda baru byk belajar pasal hidup... perit tapi wajib kena tempuh jugak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.