Siapakah Boyfriend Perempuan Sebenarnya?

 
Siapa yang baca entri ni mesti korang curious nak tahu siapa boyfriend korang sebenarnya? Actually, pakwe sejati korang bukan lelaki. Tak kiralah dia hensem, macho, tough, smart ke hape, tapi dia masih bukan pakwe korang yang sejati. Pakwe dan boyfriend korang yang sejati dan setia ialah CERMIN. Sebabnya korang :

1. Bangun pagi cermin dulu yang dicari. Tengok cermin sambil betulkan rambut yang mengerbang, lap air liur basi dan buang tahi mata.

2. Masuk bilik air tengok cermin lagi sambil gosok gigi dan cuci muka. Ada jerawat sikit terus risau. Silap-silap mandi pun sambil tengok cermin.

3. Nak keluar bilik mandi pun sempat lagi tengok cermin kot-kot ada syampu ke melekat di kepala.

4. Bila dah siap mandi, masuk bilik tidur dan benda yang dicari cermin jugak. Tersenyum-senyum depan cermin sambil make up muka dengan mascara dan lipstick. Mesti ada yang cakap " lawa jugak aku ni".

5. Dah siap make up, bukak pulak almari cari kain tudung. Cermin lagi yang jadi mangsa duk mencuba fesyen tudung. Setengah jam kepala lentok sana sini baru la puas hati. "Dah la tu" kata cermin dalam hati.

6. Nak keluar dari rumah pergi kerja atau kuliah, breakfast dulu. Masa tengah minum air tu sempat lagi kerling dekat sudu. Maklum la ada reflection muka dia kat sudu tu.

7. Keluar rumah sebelum masuk kereta, betulkan tudung dulu kat cermin kereta. Dah masuk dalam kereta dan start enjin, visor mirror jugak yang dicari. 

8. Sampai di tempat kerja, kalau pintu pejabat tu cermin berhenti kejap betulkan mana-mana kain yang tersinsing dan terkelepet.

9. Balik kerja singgah dulu kat shopping complex. Sengaja lalu kat bahagian yang orang jual cermin sebab nak tengok muka berminyak ke tak. Maklum la sehari bekerja.

10. Cermin dalam fitting room pun tak terkecuali. Tengah mencuba baju dapat jugak snap 2 3 gambar.

Pendek kata, cermin ni pakwe wanita yang setia tanpa suara. 24 jam korang bersama, bercakap dan bersemuka dengan cermin. Even dalam beg tangan korang pun still ada cermin compact powder kan walaupun powdernya dah habis..kekeke. Jangan marah ye. Kata orang, sebaik cermin ialah cermin diri. Cantik luar dan cantik dalam.

P/S : Girlfriend lelaki pun cermin jugak tapi cermin apa ye..sila jawab :) 


Entri lain yang anda mesti baca :


Siapakah Boyfriend Perempuan Sebenarnya? Siapakah Boyfriend Perempuan Sebenarnya? Reviewed by Nick Nashram on 11:33:00 Rating: 5

22 comments:

  1. erkk..kalau cakap setuju.. x pastilah..

    tapi perasan juga.. dekat ofis pompuan mesti letak cermin dekat meja dorang.. :)

    ReplyDelete
  2. Bagus bagi hadiah cermin kt wanita cmnih xD

    ReplyDelete
  3. hahah. betul sangat2. perempuan tanpa cermin boleh lintang pukang hidup

    ReplyDelete
  4. la aku ingatkan ape tadi.. hehe

    ReplyDelete
  5. ahhaha...terbaik punyalah.. cermin ye ? hehe .terbaik

    ReplyDelete
  6. asyraf : dekat pejabat wajib ade cermin kecik kat meja tu :)

    everything's everything : kalo nak bagi hadiah kat perempuan, bagi la cermin..heheh

    najihah : perempuan ngan cermin memang takleh dipisahkan :)

    mad : saje je buat tajuk bagi suspen sikit..hahah

    syaifuddin : cermin jangan tak cermin..hahah

    raimi : jangan main2..cermin tu pakwe perempuan..hahah

    ReplyDelete
  7. nice sharing nick.,pe pun tirana selalu gak becermin

    ReplyDelete
  8. gelfren laki :
    cermin kereta
    cermin nset (front cam)

    the best = motor punye side mirror haha

    ReplyDelete
  9. dalam wallet wanita pon ade cermin.. tambah dak skolah dalam pencil case jer dorang letak cermin.. hadoi..

    1st time comment sini
    -btul ke english teacher? good..!!

    ReplyDelete
  10. hnahdy : yeah, cermin awak :)

    tiranaaduka : lelaki pun selalu jugak bercermin..betulkan rambut kan.

    green applez : hahah..kalo naik motor pakai helmet mesti tengok kat side mirror motor..rambut messy..huhu

    korn : pernah tengok budak sekolah duk make up masa mengajar..hahah..btw, thanks komen kat sini..yeah, im an english teacher :)

    ReplyDelete
  11. betol3.. wanita dan cermin tak boleh dipisahkan.. hehehhe..

    ReplyDelete
  12. ahhaah kene setuju jugak.. tp cermin tu ibarat kenyakinan kepada seseorg perempuan.. hehe

    ReplyDelete
  13. cik yuyu : betul tu..wanita tanpa cermin sehari memang tak sah :)

    bukankosong : jumpa pelesit ape bro..hahah

    eva : macam iklan produk kecantikan pulak..heheh..betul la tu, perempuan memang takleh nak pisahkan.

    ReplyDelete
  14. Fie hanya tengok cermin bila lepas mandi. Takut pengsan tengok muka sendiri. haha

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum w.b.t

    Bagi memudahkan untuk kita berinteraksi antara kumpulan, saya rasa seelok eloknya kita berkomunikasi melalui facebook sebab bila ada berita apa apa mengenai game tu, kita akan alert jika dibandingkan dengan blog..

    Apa kata cari saya kat facebook melalui email saya
    azmi_amengs88@yahoo.com

    ataupon like fan page saya yang ada tersedia dalam blog sya sebelah kanan... tq

    ReplyDelete
  16. haa... mmg curious pn..
    tp ade btul jgk ni..
    sbb dri sdri pn cmtu jgk.. hehehe

    ReplyDelete
  17. entah kenapa, naluri wanita obses terhadap cermin cam tu..

    ReplyDelete
  18. best baca entri ni. kat opis ni pun atas mjea mesti ada cermin. baru semangat nak kerja. free kejap sempat belek muka

    ReplyDelete
  19. Haha...sumpah nak gelak je bce entry nih. Stuju sgt

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.