Naikkan Trafik & Dapat Buffered Earning Di Innit Nuffnang


Ramai yang pasang iklan Nuffnang kat blog tapi tak ramai yang tahu tentang rahsia Innit Nuffnang. Bagi yang belum tahu, Innit merupakan salah satu cara Nuffnang menolong blogger untuk meninggikan traffik blog. Dengan menggunakan Innit, korang dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung ke blog. Dikatakan,blogger yang selalu ping entri di Innit ada peluang cerah untuk dapat Buffered Earning. Hanya Nuffnangers yang mempunyai keahlian Glitterati saja boleh post entri di Innit. 

Cara Nak Ping Entri Di Innit 
 
1. Masuk laman web ini Innit.Nuffnang.com 
2. Tekan sign in dan masukkan email dan password Nuffnang korang. 
 

3. Bila dah sign in,tekan +ADD NEW POST dibahagian atas sebelah kanan. 
4. Kemudian, isi maklumat tentang entri korang dan SUBMIT.
5. Selepas itu, tekan NANG IT kat post korang atau kat blog post yang orang lain.

NANG IT ini lebih kurang macam butang LIKE kat Facebook, yang menunjukkan korang suka pada sesuatu entri. Semakin banyak orang NANG IT post korang, secara automatik blog korang akan muncul di dalam Innit Featured Posts . Jika post korang tersenarai dalam Featured Posts, semakin banyaklah traffik masuk ke blog korang tu.

Cara Untuk Tersenarai Dalam Featured Post


  
1. Post entri korang antara jam 8.45 pagi hingga 9.15 pagi sebab 9.16 mereka akan send email pada rakan rakan innit, memberitahu 10 post terbaru yang di hantar, mungkin post korang termasuk dalam list ini, jika ada, blog korang akan menerima traffik yang banyak.
 
2. Postkan entri korang pada jam 12 malam kerana waktu itu semua Featured Posts lama akan dibuang dan digantikan dengan post baru. Jika korang post pada masa ini, post korang akan tersenarai di dalam Featured Posts.
 
3. Tulis tajuk post yang menarik kerana tajuk yang menarik boleh menjamin entri korang mendapat jumlah Nang It yang tinggi dan seterusnya tersenarai paling lama di Featured Posts.

Entri lain yang anda mesti baca :   

Naikkan Trafik & Dapat Buffered Earning Di Innit Nuffnang Naikkan Trafik & Dapat Buffered Earning Di Innit Nuffnang Reviewed by Nick Nashram on 08:39:00 Rating: 5

22 comments:

  1. x ltak ads nuffnang pun dlm blog... tpi tips naikkan trafik tu sngt brguna :)

    ReplyDelete
  2. memang selalu post kat innit nuffnang ni.. tq for this info.. :)

    ReplyDelete
  3. satu lagi info baru..tq bro...

    ReplyDelete
  4. semenjak nuff berwajah baru xtahu kat mana nk cari innit ni...dah lama fikit..hoho btw thnx bgthu..sekrg dah jumpa..:)

    ReplyDelete
  5. Nick, cepat pilih senjata. bagitahu kat blog saya. jika tidak pilih saya akan tentukan senjata untuk kamu.

    ReplyDelete
  6. cik siti pn baru tau bnda ni 2 bulan lps..huhu

    ReplyDelete
  7. Bro nick kalau keahlian tak gliterrati lagi tak boleh daftar eh ?

    ReplyDelete
  8. salam singgah & follow sini..aku pun selalu ping kat innit ni hehe

    ReplyDelete
  9. selalu ping sebelah pagi..malam jarang lak nak ping kat sini :p

    ReplyDelete
  10. ima tak berapa pandai la guna Innit tu.pening tgk.

    ReplyDelete
  11. Sangat meaningful. So far I just masukkan badge nuffnang jer...thank you very much

    ReplyDelete
  12. sorrryy but "ping" tu ape eh? haha
    btw, penah dgr tak asia fans? inc.traffic jugak~ i saw it from other blog and currently usin'it :)

    stakat nie okay je, takde problem ..cume tataw lg berkesan ke tak~

    try tengok ?

    http://www.asiafans.net/index.php?ref=334

    ReplyDelete
  13. hehe...baru tahu ni bro..info bernas..tapi nuffnang baru, gua tak reti guna la bro innit..tak tahu kat mana dah ..haha

    ReplyDelete
  14. info menarik untuk para blogger

    ReplyDelete
  15. hi, saya da try bukak innit.nuffnang. tp yang keluar nuffnangX. xbesttttt... cm ne nk suh kuar page innit kuning yg leh post blog kat c2?/?? tlg pleaseee

    ReplyDelete
  16. betul ar bro,skunk masuk page innit die suroh pegi nuffnang..xreti nak guna..tolong

    ReplyDelete
  17. ohhh tq :)
    nty kami try

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.