Kenapa Perempuan Sensitif Dengan Isu Umur?

Baru je terbaca dalam satu majalah tentang isu perempuan yang sensitif bila ditanya pasal umur. Umur = rahsia = sensitif = perempuan..persamaan matematik yang tak dapat diselesaikan sehingga kini..hehehe. Percayakah korang, perempuan sangat sensitif dengan umur? Kalau tak percaya cuba tanya umur kawan perempuan korang atau cuba tengok profile facebook diorang..rasanya ramai yang sembunyikan tahun kelahiran diorang. 

  Gambar sekadar hiasan semata-mata

Kalau lelaki bila tanya pasal umur, selamba je jawab "Tahun ni umur aku genap 24 tahun dah". Tapi kalau perempuan mesti dijawab " Perlu ke nak tahu umur kami?". So, kat bawah ni sebab-sebab aku rasa kenapa perempuan sensitif dengan umur diorang.

1. Tak suka dipanggil mak cik.
- kalau boleh biarlah orang panggil dia "akak" daripada panggil "makcik".

2. Tak jumpa lagi calon suami.
- bila dah masuk umur 30 tahun tapi tak jumpa lagi calon suami, segan la nak bagitau umur tu..nanti saham jatuh merudum.

3. Suka berahsia.

- katanya biarlah rahsia..kalau nak tahu jugak cuba teka.

4. Menarik minat lelaki untuk mendekati mereka.
- biasanya lelaki akan mencari perempuan yang lebih muda menjadi pasangannya.


5. Tak boleh terima hakikat.
- ada jugak yang malu dengan peningkatan usia..umur ni tak boleh sorok sebab orang boleh tengok kedut pada muka kecuali pakai botox :)

6. Nak kekal awet muda.
- bila ada orang puji wajah dia nampak muda seperti Rozita Che Wan, konpem ada yang tersenyum sampai ke telinga. 

Ini berdasarkan teori pemerhatian je la..tak tahu betul atau tidak. Jangan marah ye..huhu..so, korang rasa betul ke perempuan ni sensitif dengan umur diorang?


Kenapa Perempuan Sensitif Dengan Isu Umur? Kenapa Perempuan Sensitif Dengan Isu Umur? Reviewed by Nick Nashram on 11:33:00 Rating: 5

20 comments:

  1. Hehe, memang tak dinafikan jenis suka sembunyi tahun lahir. Tapi tak bermaksud tak nak bagitau umur, cuma ada sesetengah orang tak percaya pada perempuan yang masih berusia setahun jagung. Tapi kalau ikut teori kat atas ni, rasanya 10,000% betul :D

    ReplyDelete
  2. saya 24. ha. rilek je.hahaha
    age is just a number. hahah

    ReplyDelete
  3. setuju jugalah kan ngan sebab2 tu..
    tapi ye ke lelaki tak sembunyikan umur??? :p

    ReplyDelete
  4. @Iha Zaliza
    kalo tengok kat facebook ramai kan yg letak tarikh lahir je tapi takde tahun..huhu..tapi tak kisah la pasal umur tu.

    ReplyDelete
  5. @dayteenlea
    heheh..pengakuan ikhlas tu.betul la orang kata, umur tu sekadar nombor je.

    ReplyDelete
  6. @nita
    lelaki ada jugak yg sembunyikan umur tapi tak ramai kot..lelaki tak kisah pasal umur ni :)

    ReplyDelete
  7. @Nick Nashram

    hahahah
    nak berahsia pun watpe
    macam la takde org leh peca rahsia kan.hahaha kawan sekolah. orang dkt JPN ke.haha

    ReplyDelete
  8. @dayteenlea
    tengok je dekat kad matrik dah tau umur berapa..tapi kalo cantik tak kiralah umur 40 tahun pun tetap ade orang berkenan kan..kekeke

    ReplyDelete
  9. @Nick Nashram


    RCW tu rilek je tua2
    hot lagi
    VVVVIIP hambat je lagi.
    yang penting penampilanhahahaha

    ReplyDelete
  10. slalunya berahsia sebab

    dah tua sangat
    tak khwin lagi
    orang suka cakap usia dia lg tua dr umur sebenar..


    hahaha dri pngalman..
    tpi saya suke bohong ckp umo dah 30++ hahahahaha

    ReplyDelete
  11. @Cheida_Mymee
    mesti orang pelik kalo awak cakap umur 30 tapi muka muda remaja lagi..huhu

    ReplyDelete
  12. Selalunya yg sudah berumur 30 keatas tu memang menjadikan umur tu rahsia kan? xD

    ReplyDelete
  13. hehehehe..betul kot..ngeeee~

    ReplyDelete
  14. memang ada sesetengah perempuan macam tu, mcm KY memang tak suka nak dedahkan umur apa lagi wajah hehehhee...biarlah rahsiakan?

    ReplyDelete
  15. hahaha...tapi , gambar rozita che wan ..haha ..terbaik :D

    ReplyDelete
  16. Tak gtau sbb tak nk la org judge yg penampilan tak sepadan dgn umur...

    "Muka mcm budak berhingus je"

    ataupun

    "Er.. Mcm dah anak 5"

    Kan ke sensitip tu^^

    ReplyDelete
  17. Umur fie dah 23 uhuk dah capai tahap matang nie, harus kahwin. haha. tapi takpe sebab makcik makcik suka tanya nie tingkatan berapa. Hahaha. kan muda kan.

    ReplyDelete
  18. Hana pun sensitif gak.tapi kan kalau yang muka tu baby face dia xkisah sangat pasal umur.

    ReplyDelete
  19. 20.12.1990. 22tahun 4bulan 16hari. Itu kalo ikut tarikh lahir la. Kalo ikut tahun, 23 dahh.. Haa, rilek ja habaq ni.. >.<

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.