Masa Belajar Sesuai Nak Cari Jodoh?

 
Teringat balik masa lepak dengan kawan-kawan dulu, macam-macam topik duk sembang. Biasalah orang bujang malam-malam keluar dengan kawan cari tempat makan, borak-borak. Tengah enak duk makan, kawan aku yang sorang ni keluarkan topik pasal jodoh.

“Kita ni dah final sem..kau tak rasa ke waktu ni kira paling sesuai untuk cari calon isteri?"

"Entah la, mungkin betul jugak tapi aku kalau nak cari isteri biar la aku kerja dulu. Kenapa?"

"Tak adalah..saje je tanya. tapi aku rasa la masa belajar ni time yang sesuai untuk kita cari jodoh. Sekurang-kurangnya kita dah tanda si dia tu awal-awal lagi. Waktu ni jugak la kau boleh kenal sape dia tu, family dia macam mana. Lagi lama tempoh perkenalan tu lagi bagus. Fahami hati budi masing-masing dulu. Bila dah kerja nanti, nak tackle awek pun susah. Dengan kawan pun tak sempat nak lepak. Kalau kau jumpa awek yang kau berkenan pun, tak semestinya dia tu masih single. Kemungkinan besar dah jadi tunang orang.


So, pada pendapat aku ada jugak logiknya tu. Waktu belajar lebih sesuai nak cari jodoh. Kalau yang senior tu tackle je junior yang baru masuk. Bila anda dah masuk alam kerja, memang tak ada masa nak fikir pasal jodoh ni. Bebanan kerja yang tak habis-habis. Tengok-tengok umur dah lanjut. Lagipun masa ni sama-sama berstatus student lagi. So kalau seseorang tu nak terima diri kita pun dia dah tahu siapa kita,latar belakang kehidupan kita macam mana sebab boleh tanya rakan-rakan terdekat, keluarga dan lain-lain.

Tapi ada jugak yang tidak memilih untuk cari jodoh masa belajar. Biasanya jenis yang bercita-cita tinggi. Paling tidak kena ada segulung ijazah dahulu ataupun nak bina karier dalam bidang yang diceburi. Orang macam ni memang mengutamakan kerja dan sangat mengejar target. Ekonomi dah teguh baru nak fikir pasal kahwin. Ala, lelaki kahwin lambat pun boleh lagi dapat calon yang muda-muda. Tak pernah dengar pulak lelaki yang lambat kahwin dipanggil terunatu..hahaha

Bila bukak topik cari calon pasangan hidup ni sesuai masa belajar, konpem dah ada yang mula risau dan tak senang duduk, memikirkan yang dia ni dah di tahun akhir tapi masih tiada calon lagi. Biasanya wanita, bukan nak ‘gender bias’ tapi realiti. Mungkin sebab terlalu memilih nak cari prince charming tak tahu la.Tapi ada jugak yang tenang dan percaya jodoh ketentuan semuanya di tangan Allah. Masa yang akan menetukan bila dan siapa pemilik sebelah hati tu.

Jangan gelabah, jangan panik. Setiap orang dah tertulis jodohnya di Luh Mahfuz. Sama ada anda nak cari jodoh masa belajar atau kerja semua tu terpulang la pada diri sendiri. Tapi bagi aku, cari la bila anda dah berada di tahun akhir. Bila dah habis study, jodoh dapat kerja pun dapat. Apa kata anda?

Masa Belajar Sesuai Nak Cari Jodoh? Masa Belajar Sesuai Nak Cari Jodoh? Reviewed by Nick Nashram on 23:05:00 Rating: 5

6 comments:

  1. hehe.. tips yang sangat bagus..

    ReplyDelete
  2. lyla pun fkir cmtu.. msa study tu lh bleh tngok2 prangai dia jga..

    ReplyDelete
  3. katakanlah 5 tahun study, sempat la nak kenal hati budi masing-masing.

    ReplyDelete
  4. ala, dh hbis study bru baca post nik..haha

    ReplyDelete
  5. hahah..entri ne lambat sikit dikeluarkan.

    ReplyDelete
  6. I tak jumpa lagi yang pasangan yang suka sama suka... huhu mcmna yer??

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.