Bila Lelaki Serius Bercinta?


Pada pendapat aku lelaki mula serius dalam perhubungan bila dia berani bertemu dengan keluarga teman wanita itu sendiri. Lelaki yang dah bertahun-tahun bercinta tapi kalau setakat hantar SMS "sayang awak" tanpa mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan bakal mertuanya memang tak anggap perhubungan itu serius. Tetapi lelaki yang berani nak bersua muka dengan keluarga teman wanita dia memang dah nampak kesungguhan itu. Memang dia betul-betul serius dan apa yang ada dalam kepala dia ialah bagaimana nak atur perhubungan tu jadi happy ending melalui restu keluarga dan perkahwinan. Proses nak jumpa dengan mak ayah teman wanita bukan mudah. Terketar-ketar lutut rasanya. Macam kena interview pulak. Tapi jika dia berani buat seperti ini, sejujur-jujurnya dia cintakan anda.

Bila si lelaki dah kenal dengan keluarga perempuan, so akan timbul satu perasaan di mana dia takkan mengkhianati perhubungan tersebut. Sebab dia rasa dia dah ada tanggungjawab dan tanggungjawab dia ialah setia pada yang satu. Malulah dah sampai tahap kenal mak ayah teman wanita tapi sanggup lagi curang dengan pasangannya dengan cari perempuan lain. Bayangkan kalau dalam perhubungan pun boleh curang apatah lagi bila dah berkahwin nanti. Persoalan yang kena fikir jugak tu. Pada pandangan aku la, memang nampak berbeza sikap lelaki yang dah jumpa family teman wanita berbanding lelaki yang masih dalam kategori cinta monyet. Dan memang betul, lelaki yang dah kenal dengan keluarga pasangannya lebih serius mencorakkan hubungan mereka.

Kalau hubungan anda baru berusia dua tiga bulan, rasanya masih terlalu awal nak buat keputusan nak berjumpa dengan keluarga teman wanita. Lebih baik kenal pasangan dan fahami hati budi masing-masing dahulu. Dan kalau boleh pastikan si lelaki dah kerja atau ada kerja yang menanti. Bukan apa, ini adalah soalan-soalan killer yang biasa ditanya oleh keluarga perempuan. Nanti takde la tergagap-gagap nak jawab. Apapun, lelaki yang serius nak berjumpa dengan keluarga perempuan sememangnya jujur nak dapat restu keluarga. Takde sifat hipokrit dan pura-pura. Sebabnya setelah berkahwin nanti anda bukan hanya berkahwin dengan teman wanita sahaja tetapi 'berkahwin' juga dengan seluruh ahli keluarganya. So, jangan hipokrit dalam percintaan.

Apapun kepada yang sedang hangat bercinta semoga kekal ke alam perkahwinan. Kepada semua member-member blogger, nak kahwin nanti jemputlah. Nak bagi hadiah besar ni..hahaha :)


Bila Lelaki Serius Bercinta? Bila Lelaki Serius Bercinta? Reviewed by Nick Nashram on 16:04:00 Rating: 5

3 comments:

  1. baru semalam 'lelaki masa depan sy datang bertandang ke rumah . Alhamdulillah sesi 'interview polis' berjalan lancar
    :) Thankiu Allah (:

    ReplyDelete
  2. bel : alhamdulillah, bagus la si dia dah berani jumpa mak ayah untuk interview..tanda dia dah tunjuk komitmen tu.semoga kekal la hubungan tu ye :)

    ReplyDelete
  3. kalau perempuan yang kena jumpa family lelaki dan kena intebiu dulu,macam mana eh?...agak2 lelaki tu yang tak gentle ke,atau perempuan tu yang terhegeh2..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.