Telefon Bimbit Boleh Rosakkan Sperma

Kepada golongan lelaki, jangan menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar kerana risiko kerosakan sperma serta mati pucuk. Hasil kajian yang dibuat oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menunjukkan ada kaitan di antara sperma yang berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari. Mereka yang membuat panggilan lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.

Lelaki yang membawa telefon bimbit yang diletakkan di bahagian tali pinggang atau dalam poket dengan 'keypad' mengarah ke luar pula akan menghadapi kesan yang tinggi kerana antena berada di belakang dan lebih hampir dengan tubuh. Wanita yang sering meletakkan telefon bimbit di dalam beg sandang yang tergantung di sebelah payu dara turut mendapat kesan terhadap kesihatan dalamannya.

Pihak pengeluar alat komunikasi itu sendiri telah mengeluarkan peringatan mengenai risiko penggunaannya terhadap kesihatan pengguna. Misalnya, syarikat Apple dalam buku panduannya telah memberi amaran kepada pengguna agar menjauhkan Iphone dalam jarak sekurang-kurangnya 15 milimeter daripada tubuh. Syarikat Blackberry pula menasihatkan pelanggannya supaya menggunakan telefon bimbit bebas wayar atau menjarakkannya seinci dari tubuh wanita hamil dan bahagian bawah perut remaja.


Telefon Bimbit Boleh Rosakkan Sperma Telefon Bimbit Boleh Rosakkan Sperma Reviewed by Nick Nashram on 14:52:00 Rating: 5

4 comments:

  1. mujur selalu whatsapps saja heheh selamat :)

    ReplyDelete
  2. jaga2..nati x sempat nak jadi bapak..hahah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.