Salah Ke Perigi Mencari Timba?

 
Percayakah anda dunia sekarang perempuan lebih banyak daripada lelaki? Cuba tengok kat IPTA/IPTS atau kat mana-mana je, ramai betul perempuan. Ini lah dia tanda dunia di akhir zaman. Rasanya nisbah lelaki dengan perempuan 10 : 1. Kepada para lelaki, sila la berangan untuk kahwin 4 ye :)

Bercakap mengenai isu perigi mencari timba ni, pada pendapat aku la, ianya tak salah. Kenapa aku cakap tak salah? Sebab di dalam percintaan, kita kena la berani dan cepat! Kalau perempuan tu suka kat lelaki tu tapi malu sangat nak berterus-terang, melepas la jawabnya. Nanti kan jadi andartu pulak..cuma mungkin bagi pandangan sesetengah orang tak manis kalau perempuan yang mulakan dulu. Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya

Apa la yang nak dimalukan jika perigi tu mencari timba dulu? Bukan ke anda pernah dengar yang ada perempuan melamar lelaki dan ada juga perempuan yang meminang lelaki. Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.

Apa? salah ke kalau perempuan mengambill tindakan dulu? malu sangat ke? jatuh maruah ke? tak gentleman ke? Kebahagiaan itu perlu dicari, bukan datang bergolek ke kaki kita. Jangan harap nak dapat kebahagiaan dengan duduk tak buat apa. Perempuan juga kena la bertindak, jangan harap si lelaki je bertindak. Mana yang lebih penting? Ego atau kebahagian?

Kepada perempuan, jangan la memilih sangat dalam mencari jodoh ni. Standard spesifikasi tu jangan la letak tinggi sampai semua lelaki tak berani nak masuk. Ingat, perigi waktu banyak air ramai orang datang, tapi waktu kemarau kering kontang nak jenguk pun tak sudi. Umur ni bergerak, jangan sampai bila anda tersedar "alamak, umur aku dah 40 tahun tapi tak kahwin lagi". Masa tu, perigi nak cari pun timba pun susah. Jika sudah berumur tapi masih belum berkahwin, sudah pasti ramai orang tertanya-tanya, tak lupa gak pada orang yang mengeji, mengutuk dan bergossip mengenai gadis itu.

Ada macam-macam perigi dan berbagai jenis dan bentuk timba kat dunia ni. So, perigi kena la hati-hati dengan yang timba ye. Jaga maruah dan harga diri masing-masing. Jangan biarkan si timba tu senang-senang cedok air kat perigi awak tu. Nanti bila air dah tak da, timba mana nak singgah lagi? Mungkin anda boleh tutup perigi tu dengan daun pokok kelapa. Tapi sampai bila? Semuanya akan terbongkar jika ada timba yang sudi singgah untuk ambil air. So, renung-renungkan la ye.. buang la ego tu. Tidak salah pun kalau perigi cari timba :)

Salah Ke Perigi Mencari Timba? Salah Ke Perigi Mencari Timba? Reviewed by Nick Nashram on 14:03:00 Rating: 5

6 comments:

  1. melalui lebih perit dari melihatnya...semoga Allah memberi yang terbaik untuk saya...ameeen

    ReplyDelete
  2. jodoh setiap orang tu Allah dah tetapkan di Luh Mahfuz..cuma kena berusaha mencarinya :)

    ReplyDelete
  3. hmmm... x salah.. cuma perempuan ni pemalu :)

    ReplyDelete
  4. pasne ne ramai la perempuan yang propose dulu :)

    ReplyDelete
  5. this post is nice. tapi sesetengah perempuan bukannya ego tak mahu luahkan cinta tapi sebab malu,rendah diri, takut cinta ditolak so dorang lagi prefer pendam perasaan dari jauh daripada luahkan.bukannya semua laki boleh terima pon.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.