Debat Awek Bertudung VS Awek Tak Bertudung



Seorang awek yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung kat Facebook. Status yang dia tulis "huh....sume yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke?" banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tetiba, ada sorang muslimah ne, namanya Suri balas komen Lia tu. 


Suri : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka :)

Lia : Ala....tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang sana sini.

Suri : Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu..Katanya "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia..."Samalah dengan tudung, tudung yang disalahkan,"pakai tudung tak semestinya baik..bla..bla..bla..."

Lia : Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku..ntah-ntah kau dulu lagi jahat.

Suri : Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. Selagi awak islam dakwah itu wajib..At least, orang yang kita dakwah tu insaf dan bertaubat :)

Lia : Weh pompuan...kau ingat aku jahil sangat ke?? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik!

Suri : Adakah awak mendakwa diri tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat?

Lia : Pakai ketat ke, jarang ke..itu hak aku. Kalau tak suka tak payah tengok ok!

Suri : Awak berani jamin ke yang sume lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu?

Lia : Aku rasa aku tak pakai seksi pun. Terpulanglah pada orang yg melihat...so what??

Suri : Seksi atau tidak...hukumnya tetap berdosa walaupun menayangkan sehelai rambut :)

Lia : Ala...tak bertudung pun, aku solat dan puasa macam kau jugak.

Suri : Awak yakin ibadat tu diterima? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga?

Lia : Suka hati aku la nak pakai macam mana pun. Aku tak susah pun hidup orang lain.......

Suri : Awak sebenarnya dah susahkan bapa,abang,adik dan suami dengan menarik mereka ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik anda.

Lia : Apa yang aku pakai....ne antara aku dengan Tuhan.

Suri : Kat dunia berani la cakap. Berani kat depan Allah nanti cakap macam tu? Lawan perintah Allah neraka tempatnya..

Lia : Bukan aku tak nak tutup aurat....cuma masih belum sampai seru lagi.

Suri : Mati tak kenal usia. Tak takut ke mati usia muda. Nanti tak sempat nak bertaubat.

Lia : Relak la...perubahan bukan boleh buat terus...kena la slow-slow.

Suri : Boleh ke cakap dekat Malaikat Izrail suruh tunggu kejap? Lepak la dulu...jangan ambil nyawa aku lagi..boleh??

Lia : Tutup aurat tu bagus tapi tak nak la hipokrit bila buat tak ikhlas...

Suri : Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas beragama islam.

Lia : =.=" ok baiiiiii......................................

Suri : Sekadar renungan kita bersama :) 

Debat Awek Bertudung VS Awek Tak Bertudung Debat Awek Bertudung VS Awek Tak Bertudung Reviewed by Nick Nashram on 15:08:00 Rating: 5

10 comments:

  1. Semoga Allah bukakan hati Lia untuk bertaubat.. ;)

    ReplyDelete
  2. nama Lia dan Suri tu rekaan je..huhu..apepun, ambil la pengajaran daripada cite ne :)

    ReplyDelete
  3. Astaghfirullah hal azim. peringatan buat semua semoga hati ikhlas melaksanakn perintah Allah.

    ReplyDelete
  4. terbaik..
    follow blog saya http://auntieseekers.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. tak guna ada baju transparent tetapi lemak berlebihan.

    ReplyDelete
  6. menarik tul gambar diatas tu...

    ReplyDelete
  7. mcm2 org ade dlm dunia ...
    susah kalo da pikiran cmtu
    aptb

    ReplyDelete
  8. syok sendiri...
    Perkara pertama yang bermain di benakku bila baca tajuk ni ialah, eh! ade ke orang islam bertudung dan tidak bertudung nak berdebat? membazir masa je. rupa-rupanya memang tak ada, rekaan je. Sungguh tak adil, sungguh tak adil. Err sori ye kawan. Kadan-kadang kita terpaksa mereka-reka isu untuk dihadiahkan kepada orang lain yang ingin kita dakwah. Ini pernah berlaku kepada seorang pada zaman dahulu, kerana ingin supaya orang islam pergi solat terawih, lalu direka-rekanya ganjaran-ganjaran solat terawih. Semoga kita semua ditunjuki jalan yang benar oleh Allah s.w.t.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.