Cara Nak Ubati Kekecewaan



1. Jangan salahkan diri dan orang lain
Orang kata setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahnya. Katakanlah anda pernah dikecewakan oleh seseorang , jangan sesekali salahkan diri sendiri dan menyalahkan orang lain. Bukan apa, sebab kalau anda ada fikiran macam ne lagi stress rasanya. Lebih baik duduk berfikir sebab mengapa anda dikecewakan supaya anda boleh perbaiki kelemahan diri tu.

2. Dapatkan sokongan

Bila anda dikecewakan, janganlah duk memencilkan diri tu dalam bilik sampai tak makan nasi. Cuba bergaul dengan kawan-kawan sebab time ne la sokongan daripada teman-teman rapat dan keluarga amat penting untuk ubati kekecewaan anda tu. Duduk bersendirian boleh menyebabkan anda teringat balik memori lama. Lagi la anda sedih. Bersosial dengan kawan-kawan sedikit sebanyak boleh membantu melupakan kisah sedih anda.

3. Jaga kesihatan

Ketika ne jugak la ramai yang tak jaga kesihatan sebab duk bersedih setiap masa. Buat apa anda perlu bersedih sampai memudaratkan kesihatan diri sendiri sedangkan orang yang mengecewakan anda tu bergembira? Ingat, hidup ne tak pernah sunyi dari dugaan dan masalah. Banyak bersabar dan sayang diri sendiri dengan jaga kesihatan tu. Keluar bersukan dan buat apa-apa je lah aktiviti yang menyeronokkan.

4. Tengok cerita lawak

Tidak dinafikan bahawa memang sakit hati dan sedih sangat bila dikecewakan oleh orang yang kita sayang. Sabar? Bukan semua orang boleh bersabar dengan masalah dan ujian yang dihadapi. Apatah lagi nak berlakon macam tak ada apa yang berlaku. Kalau macam tu, apa kata anda banyakkan tengok cerita lawak. Dekat You Tube pun banyak. Tak kiralah raja lawak ke or maharaja lawak ke asalkan cerita tu dapat meredakan stress anda. Jangan pegi tengok cerita romantik sudah la. Bertambah parah nanti!

5. Luahkan perasaan

Jangan biarkan perasaan sedih tu membengkak dan pecah dalam dada anda. Luahkannya kepada orang yang anda boleh percayai. Kalau anda rasa malu, cuba luahkannya dengan menulis dalam diari ke. Sekurangnya dapat jugak kurang bebanan perasaan yang anda tanggung tu.


Cara Nak Ubati Kekecewaan Cara Nak Ubati Kekecewaan Reviewed by Nick Nashram on 16:03:00 Rating: 5

2 comments:

  1. cara ubati kesedihan ialah berdoa kepada Allah dan cara ubati sakit ialah ke klinik... ahakz...

    ReplyDelete
  2. rasanye rmai skng ne buat kalo sakit hati ubatnya mengadu kat pesbuk..hahah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.