Apa Tok Imam Perlu Buat Supaya Ramai Datang Solat Terawih?

Mudah je sebenarnya kalau tok imam nak suruh ramai orang pergi solat terawih dekat surau atau masjid lebih-lebih lagi budak-budak remaja. Pernah sekali tahun lepas, aku tengah duk solat terawih diorang pulak sibuk duk main mercun. Sekali meletup bergegar bunyi mercun tu. Main pulak dekat dengan masjid. Orang yang nak solat terawih pun tak khusyuk. So, aku ada la beberapa idea nak bagi budak-budak remaja ne pakat solat terawih sekali.

Apa yang tok imam perlu buat?                       

1. Cakap dekat diorang sesiapa yang tak tinggal terawih selama 30 hari berturut-turut akan dibagi hadiah. Tak kira la hadiah apa pun, duit RM 50 pun bagus jugak. Habis tu budak-budak yang pergi tu sebab kerana duit la? Jangan fikir negatif. Sekurang-kurangnya diorang pergi jugak ke surau untuk solat terawih. Duit RM 50 putus anggap sebagai sedekah untuk diorang.

2. Sediakan menu moreh yang sedap-sedap. Tahun lepas kat surau kampung aku ada sedia moreh macam burger, mee bandung dan kuih muih yang sekali makan nak lagi. Tapi tak jumpa lagi yang bawak kfc dan pizza untuk moreh tu. Kalau ada yang sediakan moreh seperti ne, konpem penuh surau dengan budak-budak.

3. Pastikan imam untuk mengepalai solat terawih itu jangan la terlalu tua sangat. Memang betul orang tua banyak ilmu agama. Tapi kena fikir jugak pasal makmum kat belakang ne especially budak-budak. Baca surah pun bergetar suara. Kesian pula dengar. Rasanya patut bagi la dekat imam muda.

4. Sebelum solat witir, bagilah sedikit tazkirah dan ceramah yang boleh mendatangkan keinsafan kepada budak-budak remaja ne. Kalau dekat surau atau masjid ada projektor, boleh la guna video atau slide sebagai bahan tazkirah. Kalau topik ceramah tu kena pada diri diorang, insha allah Ramadhan mampu mengubah diri mereka. Panggil Ustaz Azhar Idrus pun ok jugak :)

5. Apa kata kalau buat buka puasa secara besar-besaran di masjid dan surau selama 30 hari? Selepas tu terus dibuat dengan solat terawih. So, budak-budak ne tak ada la masa nak lepak kat luar, main mercun ke apa. Menu berbuka tu samada sendiri bawak atau pihak masjid sediakan melalui hasil kutipan daripada orang kampung.

Apa Tok Imam Perlu Buat Supaya Ramai Datang Solat Terawih? Apa Tok Imam Perlu Buat Supaya Ramai Datang Solat Terawih? Reviewed by Nick Nashram on 16:07:00 Rating: 5

3 comments:

  1. Jemput Ustaz Azhar Idrus dgn Ustaz Don ^^ mesti ramai brminat nak dgr ^_^

    ReplyDelete
  2. ape kata jemput ustaz azhar idrus, ustaz don dan maher zain..tiap2 hari penuh masjid :)

    ReplyDelete
  3. Jemput Cikgu Nik jd Imam surau...sure ramai makmum perempuan hehehe...*gurau aje!

    Well, RM 50 tu byk sgt, byk surau yg tak mampu nak sediakan sbb bergantung kepada sumbangan orang yg dtg surau je. Saya pun geram gak dgn budak2 yg main2 kt saf belakang tu haha sbb sy x suka budak2 hahahahah.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.