Monday, 25 June 2012

Memori Tragedi KB Mall


KB Mall dibuka pada 2005 sehingga kini, banyak menyimpan memori dan tragedi. Antaranya adalah.

Tragedi kereta terbang

Tragedi KB Mall 6 Disember 2009

Pada 6 Disember 2009 jam 5:00 petang, penduduk Kota Bharu dikejutkan dengan kejadian KB Mall Runtuh atau Kereta Terbang ekoran dentuman yang sangat kuat dimana sebuah kereta dari tempat paking tingkat atas melanggar tembok bumbung dan menjunam kedalam pasaraya tersebut. Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian. 


Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom. Dalam insiden ini, dua pelajar dari Kolej Kesihatan Masterskill maut ditempat kejadian manakala dua yang lain cedera parah. Al- Fatihah. 

Tragedi cubaan bunuh diri

Tragedi KB Mall 24 Mac 2011 

Pada 24 Mac 2011 jam 5:00 petang, sekali lagi tragedi berlaku di kompleks ini iaitu cubaan membunuh diri apabila seorang gadis nekad terjun dari bangunan ini. Bagaimanapun gadis tersebut berjaya terselamat walaupun telah jatuh dari bangunan tersebut tanpa sebarang kecederaan kerana pasukan Bomba dan Penyelamat telah meletakkan beberapa tilam dibawah bangunan tersebut. Kejadian ini telah menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk dikawasan tersebut.

Apa yang lebih membanggakan, KB Mall dipilih mewakili Malaysia sebagai 'Tempat membeli belah paling ramai dikunjungi di Malaysia ' menewaskan beberapa pusat beli-belah tersohor yang lain seperti Mid Valley, Sogo, dan Sunway Pyramid pada tahun 2008.


4 Orang Puji Entri Ini:

woww.. KB Mall plg ramai pengunjung.. untunglah!

memang rmai.lebih2 lagi time weekend,bdak2 datang main bowling.

huhu sohor kbmall nih..:)

hahah,,jgn main2 ngan kb mall neh.

Post a Comment

Setiap komen anda amat dihargai : )