Masih Ingat Tak First Date Korang?

Adakah korang pernah bercinta? Korang ingat lagi ke first date korang? Apa yang korang buat masa first date korang?Best ke tak first date korang? Ke korang tak pernah bercinta? Sekarang ne nak bercinta senang. Jumpa dekat facebook pastu chatting. Bila dah kenal dan berkenan, mula la nak kenal face to face. Cuba bayangkan situasi di bawah ne sebagai anda.

Anda ada berkenalan dengan seorang lelaki ne. Kira-kira setahun jugak la anda berchatting dengan dia. Bila ditanya pasal kerja dia cakap yang dia ne kerja sebagai CEO. Lebih-lebih lagi tempat dia kerja pun sama dengan anda. Apa lagi, senyum sakan la jawabnya. Maklumlah, hati dah berkenan.

Dalam hati dah tak sabar-sabar nak jumpa ne. So, anda buatlah temujanji pertama. Omputeh kata first date. Dah set masa dan tempat nak jumpa. Malam tu konpem tidur tak lena, makan tolak ke tepi. Tidur pun tersenyum sampai ke pagi. Hati pulak berdebar-debar nak jumpa. 


Seperti yang dijanjikan, anda pun pergi untuk jumpa dengan dia. Pakai cantik-cantik ne. Perfume habis sebotol disembur kat badan. Disebabkan dia CEO, anda mesti terbayang betapa segak dan kacak dia bila jumpa anda nanti. Jam pun dah berapa kali tengok. 

Bila anda disapa oleh dia, rupa-rupanya lain dari apa yang disangka. Terus jiwa jadi kacau. Maklum la, orang kata first impression tu penting. Cadang nak jumpa lama, 10 minit pastu dah blah..hahah. Cerita ne rekaan aku saje. Tetapi ramai jugak yang first date korang yang ok dan kekal sampai ke hari ne. Yang tak ada jodoh tu nak buat camne. Apa pun semoga berbahagia :)
 
Masih Ingat Tak First Date Korang? Masih Ingat Tak First Date Korang? Reviewed by Nick Nashram on 23:39:00 Rating: 5

2 comments:

  1. bahaya blind date mcm ni.ahaha ..bukan ape, takut termasuk mulut buaya je..tmbah2 gadis2 ,kan...

    ReplyDelete
  2. betul.skng ne bnyk kes rogol dan culik sebab first date.xyah la first date, tunang dan kawen terus lagi bagus :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.