Jangan Berkawan Dengan Bekas Teman Lelaki

Bila status anda dah berubah, jadi girlfriend/boyfriend atau isteri/suami orang, banyak benda yang perlu dikawal. Jika anda perempuan, batas pergaulan yang perlu dijaga. Jika anda lelaki, jangan pandang ringan soal perlakuan. So, nak bagitahu la sikit batas seorang perempuan nak berkawan dengan lelaki. Mesti ada orang kata "Ala, kawan je, tu pun nak kecoh". Ha, kena ingat, silap berkawan buruk padahnya!


Kalau anda single lagi tak ada masalah dengan siapa anda berkawan. Biasalah, tak ada hati yang perlu dijaga. Tapi lain pulak cerita bila anda dah kapel atau dah kahwin ne. Baik sekali mana pun hubungan anda dengan kawan tu, kalau dia dan anda berlainan jantina jagalah batas pergaulan anda.

BATASAN NAK BERKAWAN DENGAN LELAKI

Jangan keluar makan malam bersama
Kalau anda sayang hubungan anda dengan pasangan anda tu, elakkan daripada keluar makan berdua dengan kawan lelaki. "Kami dah lama tak jumpa, lagi pun dia ne kawan sekampung". Tak kira apa alasannya, anda tak boleh makan sekali kecuali ditemani oleh kawan-kawan lain. Kalau kawan lelaki tu ajak jugak, cuba tolak dengan baik. Ingat, di antara dua orang pasti ada yang 'ketiga' dan boleh mengundang curiga. Tak pasal-pasal anda bergaduh dengan pasangan anda.

Jangan dekati tempat yang romantis
Jangan cuba-cuba nak dekati diri dengan kawan lelaki dekat tempat yang romantis. Mungkin ada yang cakap "Kami di sini sebab atas dasar nak berbincang tentang kerja". Ini kerana perasaan romantik tu boleh bercambah bila anda berada kat tempat sunyi, santai dan dingin. Bila dah berada dalam situasi ne, tak ingat dah dekat pasangan tu.

Jangan bercerita pasal rahsia
Perempuan memang suka bercerita tapi kena hati-hati jugak sebab bukan semua benda anda boleh kongsi terutamanya dengan kawan lelaki. Kalau anda berkongsi jugak sesuatu yang anda tak kongsi dengan pasangan anda kepada kawan lelaki, ini bermakna anda lebih mengutamakan dia berbanding pasangan anda. Mengadu masalah kepada kawan lelaki akan mendatangkan perasaan yang tak sepatutnya.

Jangan bersahabat dengan bekas teman lelaki
Mungkin pasangan anda cakap dia tak kisah dengan siapa anda berkawan tapi anda kenalah bijak supaya pasangan anda tu tak terasa hati. Memang di mulut dia cakap tak kisah tapi dalam hati mesti ada perasaan curiga. Berhubung semula dengan bekas teman lelaki anda boleh mengimbas kenangan lama semasa anda bercinta. Secara tak langsung, cinta lama boleh bertaut. So, jauhilah ye kalau anda sayang hubungan dan pasangan anda.

Post a Comment

14 Comments

  1. saya dah try..
    tp ex sy tetap call..
    byk kali..
    boleh kata kerap la dlm sehari tu die call..
    naik rimas jugak sy..
    kdg2 sy xlayan..
    sbb sy xnk die taruh harapan lg kat sy..
    hurm..
    tp hakikatnya susah nk jge perasaan org nie kan..

    ReplyDelete
  2. kalo awak dah ada pengganti, cuba terangkan kat dia nak supaya dia faham,,yang dah lepas tu sama-sama lupakan.bukak buku baru..awak ckp kdg2 awak x layan..kalo dilayan sebenarnya bagi harapan kat lelaki tu dapatkn cinta lamanye kembali..nape awak tak block atau tukar je nom baru supaya tak diganggu lagi?

    ReplyDelete
  3. opss! slalu kuar mkn n tgk wayang ngn ex..
    kdng2 share citer ngn ex..
    skrg still kwn ngn ex lgi..
    maybe sbb gf dia jauh ngn bf sya jauh..
    so, msing2 jdi sunyi...
    conclusion, pndai2 jga batas diri..

    ReplyDelete
  4. still boleh berkawan cuma cam pandai2 jaga batas pergaulan tu..sesetengah orang bila berkwn ngan ex takot memori lama tu kembali..

    ReplyDelete
  5. yup.. btul ape yg dkatakn..
    sbb dh trlalu lma knal syg nk lupakan trus..
    mgkn dtakdirkn syg sbgai kwn baik shj..
    so, trime ape yg dh tertulis..

    ReplyDelete
  6. sbb hubungan tu dah lama sgt memang susah nak lupakan macam tu je..
    laen la kalo laptop boleh format..hahah
    orang kata kalo dah jodoh ngan dia tetap bersama..

    ReplyDelete
  7. hurmm... klu la memori dlm kpala ni ble format cm laptop kn bagus.. hahaha

    ReplyDelete
  8. saya nak tanya..kekasih saya beritahu saya bahawa kita putus tapi kita jadi kawan rapat....
    dalam masa yang sama dia cakap "saya akan tunggu awak sampai awak abis study n kerja" awak trus masuk pinang saya..

    apa maknanya itu ek??

    ReplyDelete
  9. @shaffiq ramli
    ok,camni bro..aku interpret berdasarkan pengalaman aku sendiri.
    ex gf aku dulu pun cakap dia nak putus tapi tetap nak berkawan.
    maknanye dia nak hubungan tu sekadar kawan je la..tak lebih dari tu.
    tapi aku tolak sebab kita pilih dia bukan sebab nak kwn tapi kerana nak jadi pasangan.

    "saya akan tunggu awak sampai awak abis study n kerja" awak trus masuk pinang saya..yg ni pelik sikit..kena perlu putus kalo dia dia setia dan sanggup tunggu?



    ReplyDelete
  10. saya memang berkawan dngn ex bf saya..malah kadang2 kami lepa sekali..kadang2 saya skit jgk aty bila tau ksh dy ngn gf dy...tapi saya buat2 cool je..hee..memang susah bila bf jadi kawan.

    ReplyDelete
  11. Baru2 ni sy ada masalah dgn boifren sy, dia meajuk n sakit hati kat sy smpai sy mesej n kol xnk angkat, dia xnk bgtau apa silap sy, lgsung xde respon dr dia smpai skrg dekat smggu da, apa harus sy bt ni?

    ReplyDelete
  12. @Sahajida Kabir
    cuba baca entri kat sini
    http://nicknashram.blogspot.com/2013/06/blogger-cinta-tak-bertauliah.html

    ReplyDelete
  13. macam mana pla kalo tunang sya dah cuba sedaya upaya mejauhkan diri drpd ex gf nya smua..tapi mereka x berhenti gnggu dya..kadang sya makan aty dgn mereka..sya tegur mereka dgn cra baik pun mereka nak tunang sya yng ckap.. tpi masalah nya tunang sya x berani ckap sebab mereka ugut dya untuk buat sesuatu..apa yng ptt sya buat..sya dah x taw nak buat apa ag..

    ReplyDelete
  14. Mmg betul,baik llki atau wanita jgnlah berhbg semula dgn ex masing2..tlh berlaku kpd sy,wife berhbgan semula dgn ex bf hggakan hbgn mrk spt suami-isteri tnpa pengetahuan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.