Diet Yang Tak Menjadi

Banyak orang diet dengan tujuan untuk kurus dan berjaya. Banyak jugak orang yang diet nak kurus tapi tak menjadi. Nak tahu diet macam mana tak menjadi? Diet macam ne la yang tak menjadi. Anda tengah khusyuk duk study ne. Mentang-mentanglah esok final exam, kira malaslah nak keluar makan nanti takut terganggu konsentrasi nak study pulak. Tengah duk khusyuk study, tiba-tiba kawan ajak keluar untuk beli burger. Disebabkan anda malas nak keluar, so bagi la alasan nak diet.


Anda pun sambung balik la study tu. Tetapi dalam fikiran anda sebenarnya tengah berperang sama ada nak makan atau diet. Alasan yang anda nak diet sebenarnya ia keluar secara spontan disebabkan anda malas nak keluar. Anda nak makan tapi takut pulak akan mengantuk masa nak study nanti. Kira diet je la.


Tanpa disangka, perut anda berbunyi "KREOOOKK". Bukan perlahan, kuat pulak tu sampai terbang habis nota-nota atas meja. Mujur roomate anda tak ada..hahah
Bila dah jadi macam tu, diet entah ke mana dah. Terus tepon kawan pesan beli burger ayam. Bukan satu tapi dua. Memang terbaik. Untuk sedapkan hati, anda pun cakap untuk malam ne je. Lagipun buka banyak 2 biji je pun.


Pernah terjadi tak kat korang? Jom tengok cara diet dengan Nando KAT SINI :)


Diet Yang Tak Menjadi Diet Yang Tak Menjadi Reviewed by Nick Nashram on 22:00:00 Rating: 5

3 comments:

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.