Bila Perempuan Tak Hargai Daranya

Aku pelik la dengan sesetengah remaja perempuan zaman sekarang ne..siap berbangga lagi bila diri tu tiada dara. Budak sekolah pun tak terkecuali. Memalukan betul. Kenapa la senang sangat bagi dara korang tu pada kaum lelaki a.k.a BOYFRIEND? Ada pendapat mengatakan seks itu perlu sebagai bukti kasih sayang dan cinta diorang, so tak hairanlah berapa ramai anak gadis hilang dara sebelum kahwin. Bagi kaum lelaki kalau dah dapat..eerm..habis madu sepah dibuang. Tapi bagi kaum perempuan, apa yang diorang buktikan kepada kononnya bakal suami mereka..tak ke semua tu akan mengudang masalah besar! Dekat facebook pun benda camne dah jadi perkara biasa.

Masalah hilang dara sebelum bernikah banyak dah berlaku. Hilang dara pun banyak sebab. Mungkin sebab terjatuh, aktiviti lasak, kena rogol dan sebagainya. Kalau kes macam ne semua orang faham. Bukan salah perempuan.  Tapi bagi yang hilang dara pada jantan memang akan dipandang serong.


Sebenarnya rasa kesian jugak dengan perempuan kerana penderitaan yang diorang tanggung lebih banyak berbanding lelaki yang membuatnya ,sedangkan si jantan yang mengaku mahu bertanggungjawab ghaib entah kemana dah. Nasi dah jadi bubur,telan je lah bubur tu. Lebih malang lagi jika perempuan tu mengandung...jika anak itu lahir, lelaki mana yang nak pelihara anak tak sah tarafnya tu? kalau ada pun, lelaki yang terlalu baik sampai sanggup berkahwin dengannya. So, hargai la di atas apa yang telah Tuhan anugerahkan pada diri kita...jangan mudah menyerahkan sesuatu yang berharga pada mereka yang tak sepatutnya. Seronok kejap je merana seumur hidup.


Bila Perempuan Tak Hargai Daranya Bila Perempuan Tak Hargai Daranya Reviewed by Nick Nashram on 21:59:00 Rating: 5

2 comments:

  1. ooopppppsssss!!!

    larik!!!!

    ReplyDelete
  2. hahah,,bila dah kawen nanti kalo ade anak pompuan kena jaga baek2.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.